. TEGAK BERDIRI . TERUS BERLARI . TERBANG TINGGI .

Dec 31, 2015





May Allah bless and ease everything.
:)



Dec 27, 2015




Nanti kat akhirat,
apa aku nak jawab
bila depa meruntun tanya, mana aku untuk membantu?

Sedangkan depa tu saudara seislam aku.



Tak da.
Langsung takda contribution.
Sedangkan tu adik beradik aku.





Nov 12, 2015

Nov 10, 2015




"Kalau aku tau nak jadi macam ni,
tak kan sesekali aku buat keputusan macam tu dulu!"

Keluh.
Kerana kita tak mungkin tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan sebab dan akibat dari perbuatan kita sekarang.

Jika kita tahu, sudah pasti keputusan yang dipilih dulu akan lebih berhemah.
Dan sebab dan akibatnya pasti akan lebih baik.
Jika kita tahu akan masa hadapan.

Dan inilah perihal dunia.

Tetapi lain ceritanya perihal akhirat.
Apa yang akan terjadi nanti, sudah lengkap diceritakan!
Sebab dan akibat perbuatan kita sudah lengkap di dalam Al-Furqan;
cerita tentang masa hadapan 
yang pasti akan berlaku,
azab bagi sang pendosa dan nikmat bagi sang taat.

Jadi, bukankah lebih mudah untuk kita membuat keputusan yang lebih berhemah,
untuk mendapat sebab dan akibat yang lebih baik (seperti yang sudah diperihalkan)?

Sebab tika itu, tiada guna keluhan atas perkara yang sudah termaklum.




Nov 4, 2015




Untuk mempercayai seseorang,
ia bukannya total terletak kepada berapa lama (waktu) kita sudah saling mengenali,

ia lebih kepada karakter dan peribadi seseorang itu sendiri.

Sejauh mana ia sanggup dan bertahan bisu memegang amanah sesuatu.

Bagaimana mahu tahu?

Lihat saja pergaulannya seharian dengan manusia-manusia, 
dengan anda,
dengan orang yang sangat dia kasih.

Jika dia benar boleh dipercayai,
apa amanah pun tak mungkin dia khianati, diketahui orang di atas ini.

Dan sungguh, aku hormat orang yang begini.

Everyone needs them,
so let us be one.




Oct 22, 2015




Tika diuji dengan ujian yang sama berulang kali, 
itu kerana kita belum berjaya lolos dari ujian itu.
Maka kita perlukan,
-kesabaran; sabar di atas sabar.
-pengorbanan.
-keikhlasan.




Oct 17, 2015




Benda yang paling rindu di UK:
1. Majlis ilmu
2. Senang nak bergerak/travel
3. Kebebasan untuk join anytime anywhere
4. Geng yang sama-sama ada kehendak-kehendak di atas








Oct 8, 2015






Just enjoy doing things that I love! 

✌🏼️




Oct 2, 2015




'Well, it's a form of act wanting to please God, even more. The further extend chosen by some muslim. Bearing in mind that, whatever we do, is for us- not that God needs it from us. Allah is self-sufficient.   . . . '

Whatever we do, is for us.
Just for ourselves,
not that God needs it from us.

That fact,
we always forget.

While Allah is self-sufficient.



So why do you keep sinning 
while you know where the 'future' will take you?






Sep 17, 2015




Semua yang berada disekeliling
memainkan peranan dalam kehidupan kita,
hatta hanya seekor kucing.

Ia kucing kecil yang menjengkelkan;
sibuk sepanjang masa tak tumpah 
seperti budak kecil dua tahun.
Aku selalu fikir yang ia anggap dirinya juga manusia, bukan seekor kucing.

Selalu kacau aku tidur tatkala dua tiga pagi,
gerak tahajud mungkin.

Bila buka pintu kereta,
pantas dia masuk seolah-olah dia manusia 
yang tidak mahu ditinggalkan di rumah.

Bila makan,
dia turut sama bising
ingin merasa makanan yang sama kami makan.

Ah, sungguh jengkel!

Sungguh, ia tak tumpah seperti kanak-kanak berumur dua tahun, yang banyak kerenahnya,


sehinggalah semalam. . ia mati.


Yang jengkel itu juga yang sangat dirindui tika ini.
Setiap penjuru rumah ternampak bayang-bayangnya,
sang kucing kecil yang jengkel.

:'(


Appreciate others while they are alive
because you won't know when is our last time. 




-cuki r.i.p 16/9/2015-
:'








Sep 3, 2015




Keliru.
Lagi keliru bila perkara tu berpusing-pusing pada tempat yang sama, tiada jalan penyelesaian yang hak 
yang mampu otak ini fikirkan.

Kenapa?
Sebab ceteknya ilmu di dalam dada,
kerana itu otak ini tak mampu meneliti yang mana lebih perlu, antara ini dan itu.

Ayuh, aku perlu tambahi ilmu!

Namun sebelum itu, berapa banyak sudah yang kau amalkan dari ilmu yang kau pelajari?
Dush.

Sunnah nabi itu pun susah mahu diikuti, hatta hanya solat witir sebelum tidur yang tampak mudah, tapi berat untuk diamalkan.

Inikan pula masalah negara yang lebih besar? 
Mahu dipelajari lalu diamali?

Aduh.

Ya, tidak salah untuk tahu 
kerana semua itu ilmu; suluhan yang membantu dalam memilih yang hak.
Namun, amalinya perlu juga selari
walau ilmu itu sekecil biji sawi,
atau seluas langit tinggi;
semuanya perlu selari diamalkan.

"Ilmu tanpa amal,
ibarat pokok yang tidak berbuah."
-pepatah Arab



Aug 31, 2015

58th.




Arahan: Isi tempat kosong dengan
a) kaum
b) parti politik

______________________________________________________________________

Ada sesetengah muslim yang jahat dan tersalah,
tapi bukan bermaksud semua muslim itu jahat atau pengganas!

Ada sesetengah itu berniat jahat dan berkepentingan sendiri,
namun tak semestinya keseluruhan _________ itu juga jahat dan penting diri!

Seperti mana kita sakit bila orang sesenang hati label kita terrorist,
macam tu juga yang dirasa, bila kita lakukan yang sama pada mereka.
Pukul sama rata!

Yang berniat jahat itu, wajib kita perangi!
Yang masih bersama mahukan keamanan, perlu kita santuni.

Seperti mana kita mahu disantuni 
sebagai seorang muslim, 
yang kian ditekan saban hari.

Yes, berhati-hati itu perlu.
Dan menjauhi dari sangkaan-sangkaan itu juga perlu.

After all, mereka juga antara orang yang dipertanggungjawabkan ke atas kita,
untuk kenali Islam melalui kita.

Bagaimana kita mahu menyampaikan kesejahteraan,
bila mereka itu kita benci?


Too much negativity in Malaysia. 
Dear extremists, please be moderate.





Aug 26, 2015




Semua benda berlaku 
ada kebaikannya.
Cuma anda yang perlu
melihat dengan kaca mata 'positif'
untuk nampak hikmahnya.

:) 



Aug 14, 2015




Hati manusia tu berbolak balik.
Dulu mungkin kita senang dengan seseorang,
dan boleh jadi sekarang, dia bukan lagi jadi manusia favourite kita.

Even kekadang pun, kita tak suka dengan diri sendiri.
Sebab kita rasa diri kita macam ada kesalahan di mana-mana,
diri kita dah tak sama dengan kita suatu masa yang dulu;
diri yang di satu tahap yang 'paling terbaik diri ini pernah menjadi'.

Tak pelik pun
sebab manusia tu bersifat baharu.
Berubah-rubah mengikut perjalanan waktu.

Pentingnya bila kita sendiri sedar dan alert dengan perubahan itu.
Samada perubahan ke arah positif atau negatif, kita perlu tahu.

Kenapa? dan Untuk apa aku berubah?
Kenapa aku senang dan tak senang dengan dia?
Kenapa aku suka dan tak suka dengan diri sendiri?
Atas sebab apa semua itu?
Baik bagi Nya atau tidak?

Analisis diri.

Atleast dari situ kita dah tahu, 
dari sudut mana kita bole start untuk improve diri kan? 

;)








Sila isi jika anda free! :D
>>>>>> http://goo.gl/forms/HeDKKqVtlX





Aug 11, 2015




Kadang-kadang bukan perkara besar pun yang buat kita rasa tak senang,
maksudnya murni dan mudah saja untuk dilunaskan hasratnya.

Cuma, bila hasrat disampaikan dalam ayat yang kurang sempurna atau gaya bahasa yang kurang senang untuk diterima,
buatkan hajatnya yang kecil, berat untuk diri melunaskan.

Perkara yang sama dalam menyampaikan dakwah, menegur kemungkaran.

Jika bahasanya tersalah, 
maksudnya tak mudah untuk diterima.
Hatta nasihatnya hanya satu garisan senyum yang mudah.

Muhasabah.



Aug 10, 2015




Benda pelik yang dirasa
dan sesuatu yang tidak pasti.

Gundah.

Bukan hak dan ketentuan aku
malah perlu terus berjalan.

Fikiran.

Kecamuk dengan yang bukan-bukan
bersama andaian kosong angan-angan.

Nak ke mana?

Jalan yang terpesong dan
penuh halangan.

Antara ini dan itu,
dua yang berbeza
dan keduanya aku suka.

Mustahil.

Tak mungkin,
sebab semuanya itu atas aku sendiri.




#kosong





Jul 15, 2015




Terima kasih Tuhan atas peluang tiga tahun yang diberikan.

Tinggalkan Cardiff
mungkin untuk selamanya.

Kembali pada realiti,
hai Malaysia! 



Jul 6, 2015




Adik kena denggi,
dan aku dah mula tawar hati.



Jul 5, 2015




Kiasan dan common sense

Zaman sekarang ramai yang kata zaman kurangnya common sense.

Aku terfikir, kenapa orang kata begitu?
Common sense yang bagaimana yang hilang?
Memandangkan aku juga hidup di zaman sekarang.
Hairan.

Bila duduk dengan wan,
lama-lama aku mula faham.
Mungkin tidak faham sepenuhnya,
tapi atleast suku dari bahagian common sense tu aku faham kenapa mula hilang
dan betapa aku sendiri pun kurangnya common sense tu sendiri.

Wan banyak guna bahasa kiasan,
sebagai contoh bila nak makan mee goreng,
wan mula cakap yang bahan-bahan nak goreng da ada, sedapnya kalau dapat makan,
tanpa sekali pun menyuruh sesiapa untuk  menggorengkan untuknya makan.
Orang yang dengar haruslah sendiri faham dan bertindak mengikut kiasan yang diberi.

Seperti tadi, ada selut kering di kaki lima luar,
wan tanya kepada aku,
'Tu pasiaq (pasir) apa?'
Aku pantas menjawab entah, selut kasut depa kot, lalu terus berlalu masuk.
Tanpa menangkap maksud sebenar wan.

Selepas seketika, aku lihat wan terbongkok-bongkok menyapu di laman,
membersihkan selut tadi dan pasir di kaki lima.

Zass.
Baru aku faham maksud wan bertanya tadi dan betapa rendahnya common sense aku.

Bila difikirkan balik, 
kenapa perlu wan tanyakan benda yang obvious di depan mata? 
Hanya aku yang kurang ambil faham apa yang tersirat sebenarnya. 

Mungkin kita sudah terbiasa arahan direct dan terlampau fokus dengan dunia bukan didepan mata,
hingga hilang common sense dalam memahami bahasa kiasan.

Kita lihat dan terus ambil secara surface apa yang kita lihat tanpa
cuba memahami perkara tersirat setiap perkara dan kemudian bertindak mengikut cara yang sepatutnya.

Mungkin sebab tu common sense semakin terhakis,
sebab sikap kurang ambil peduli.

:(



Jun 19, 2015




Usia muda.

Komuniti Malaysia di Cardiff sangat beruntung
kerana berhubung baik dengan seorang imam tempatan yang berasal dari Yaman; 
Syeikh Zane.

Banyak kelas yang khas dibuat untuk komuniti Malaysia Cardiff sahaja.

Dan tahun last ni aku baru terbuka hati untuk join salah satu kelas beliau;
Tarbiyatul Aulad.

Kelas tentang pendidikan anak-anak melalui bedah buku 'Riyadatul Sibyan'.
Kelas yang sangat menarik.
Kenapa aku join?
First, sebab kelas ni ja yang khas hanya untuk perempuan.
Second, sebab tajuk dia.
Third, aku ada tujuan utama aku sendiri.
Fourth, sebab kelas ni hari Isnin,
dan mengikut kalendar 4th year, hari Isnin hari yang paling aku stress 
sebab kena ngadap group project,
so dengan buat sesuatu yang aku suka selepas hari yang menyampah,
amatlah mujarab.
Walaupun kena travel jauh sikit tapi sangat berbaloi untuk merawat ke-pishang-an Isnin aku.

Walaupun ramai kalangan kekawan aku start mengejek macam-macam
bila tau aku mula istiqamah dengan kelas Syekh yang satu ni,
tambah-tambah bila tau kelas tu mengenai apa.
Meh~

Tapi asalkan keempat-empat tujuan kat atas tu tercapai dan aku puas,
aku layan ja kata-kata depa.
Tak luak apa-apa pun actually.
Sambil tu aku selit jugak ajak depa join sekali,
so that depa faham kenapa aku semangat sangat
even sanggup redah hujan semata untuk kelas yang sejam ja tu.

Banyak benda extra yang 
aku dapat dari kelas ni buatkan aku semangat untuk terus join 
dan pada masa yang sama mula rasa menyesal,
dan mula terfikir dan berfikir.

Sebab tu jugak wujudnya entri ni :)

So antara benda extra tu :
First, aku mula faham dan nampak hikmah 
kenapa parents aku didik dan besarkan aku dengan cara macam tu.
Second, seterusnya buat aku lebih hargai mereka 
yang sangat berhati-hati dalam membesarkan aku ni.
Third, aku kenal lebih ramai golongan ibu postgrad Malaysia melalui kelas ni 
dan buat network baru,
which is sesuatu yang aku sangat enjoy; berkawan dengan orang yang lebih berumur dan matang.
Walaupun mula-mula macam pelik bila aku dengan galas beg dari kelas masuk kelas tu sesorang,
dikelilingi para ibuwan.

Aku sendiri prefer konsep menuntut ilmu melalui guru,
daripada baca buku atau tengok ceramah youtube ja,
sebab dengan berguru, barakahnya lebih dirasa dan
boleh hindari dari fitnah ilmu dan andaian-andaian syaitan.

Ditambah dengan kawan-kawan dari kalangan umur yang lebih matang,
buatkan aku dapat belajar banyak benda secara tak langsung dari depa.
Pengalaman depa banyak, dan soalan yang depa ajukan lebih relevan,
dan buatkan aku dapat berfikir lebih jauh dari tahap sendiri.

Sebab tu jugak, aku cuba untuk istiqamah setiap minggu.

Tapi sayang, kelas ni tak lama aku dapat join 
memandangkan tugasan 4th year yang menghimpit dan
aku yang dah balik ke Malaysia.
Bebal seketika.
Dan perasaan menyesal mula menebal. . .
Kat mana aku selama ni?
Kenapa final year baru nak join?
Mana usia muda aku dihabiskan?

Melalui perhatian aku jugak,
bermula saja saat wanita tu punyai anak, pergerakan dia mula terbatas; 
sejak dari mengandung sampai la anak tu ke universiti.
Lepas dari fasa tu, baru la seorang wanita tu boleh buat balik aktiviti yang dia selalu lakukan
sewaktu sebelum punyai anak.
Tapi waktu tu, tenaga dan kudrat yang ada da tak sama seperti waktu muda.

Mungkin ada ja super mom yang boleh bergiat dalam aktiviti yang disukai walaupun sudah ada anak,
tapi bagaimanapun masa mereka dirumah lebih diperlukan.
Sebagai contoh, solat tarawih.
Ada ja mak-mak yang bawa anak kecil ke masjid untuk solat bersama,
tapi masih tak sama keadaannya dan ketenangannya seperti waktu single.

Bukan point aku yang anak tu satu beban atau penghalang,
tapi yang aku cuba hendak sampaikan kat sini ialah
kemanisan usia muda; masa lapang dan tenaga kuat.

Kalau diusia sekarang yang kita masih kurang tanggungjawab berat, masih bertenaga,
dihabiskan pada perkara sia-sia,
di waktu bila pula kita berkesempatan untuk lakukan perkara bermanfaat?

Makin bergerak waktu,
tanggungjawab kita makin memberat,
waktu senggang ketika waktu belajar di universiti,
tak semestinya akan ada sewaktu kita bekerja,
dan mungkin akan lebih menghimpit ketika kita bekeluarga,
dengan kudrat yang semakin lelah.

Kalau bukan sekarang hang nak explore dunia,
kalau bukan sekarang hang nak tuntut ilmu bermanfaat,
kalau bukan sekarang hang nak bergaul dan berkhidmat dalam masyarakat,
kalau bukan sekarang hang nak beribadat banyak, bersungguh-sungguh dan penuh khusyuk,
bila lagi?

Sebab makin bergerak waktu juga,
masa kita lebih banyak akan terbahagi kepada orang lain,
tak semua waktu kita itu milik kita seorang,
perlu diberikan untuk bahagian orang lain juga, 
sebagai hak mereka dalam hidup kita.

Jadi kalau bukan sekarang,
bila lagi?

Bila terfikir semua ni, 
buat aku menyesal
sebab tak guna waktu muda aku dengan bermanfaat sepenuhnya.

Well, aku bukan la tua mana pun
but mungkin ni sindrom orang da habis degree kot.
Bila mula terfikir tanggungjawab lepas ni makin berat,
dan masa makin menghimpit,
buatkan aku terfikir betapa selama ni
banyak sangat peluang dan masa aku yang terbuang.

Bila rujuk kembali hadith nabi, antara tujuh golongan manusia yang akan
mendapat naungan Allah pada hari yang tiada naungan kecuali naunganNya ialah
pemuda yang menyibukkan dirinya dengan ibadah kepada Allah.

Pemuda itu kita lah; fasa dimana ada masa lapang, tenaga kuat, syahwat memuncak dan mudah terfitnah dengan maksiat.
Ibadah itu skopnya luas; asalkan sesuatu yang syariat yang Allah redha, itu dikira ibadat.

Maksiat selamanya tak kan selari dengan redha Allah dan
tak mungkin juga akan bertindih dititik yang sama.
Maka, pemuda yang dapat melawan nafsunya untuk redha Allah itu yang menjadi antara si tujuh. 

Kita masih muda,
jadi ayuh sama-sama jangan buang masa yang berbaki!
Moga kita tergolong antara yang tujuh.



Azam Ramadhan 1436H  : Jadi pemuda yang menyibukkan dirinya dengan ibadah kepada Allah.
Specific target, tunai haji dalam usia 20-an insyaAllah.



Waallahu'alam.












Jun 17, 2015




I appreciate this kind of relationship ☺️
Bilamana semua orang dengan hala tuju masing-masing, 
even dalam setahun tu, jarang sangat nak contact.
Tapi dalam hati, takda rasa akward or marah pon bila tiba-tiba salah seorang text tanya beberapa patah soalan, 
dan kemudian hilang balik. 
:p

I really do appreciate this relationship.
Sebab takda expiry date.


#samewavelength
#noclingyfriends
#justneedtheloyalone
#bukankawanMLM 




Jun 2, 2015




Uniknya perancangan Tuhan.
Berat untuk ditanggung perasaan dan otak aku, hamba hina.

Ada orang, yang dah bebulan-bulan rancang untuk berjumpa,
tapi sekelip mata Allah tak bagi jumpa.
Perancangan semua tersusun rapi, tiket da beli, plan jalan da siap,
tapi masih kalau tak dapat izin, 
masih bukan jodoh untuk kita bertemu.

Ada orang, yang tak terlintas pun di hati untuk berjumpa, apatah lagi duduk semeja makan, gelak, berkongsi cerita masa hadapan yang sama,
tapi sekelip mata Allah bagi jumpa.
Bila dah mendapat keizinan, semuanya menjadi, walaupun tak pernah terlintas dibenak sanubari.
Hanya sekadar text, set masa dan tempat,
kita sudah berdepan empat mata.

Bila Dia kata
'Kun!'
Tiada siapa dapat menghalang hatta dunia dan seisinya.
'Fayakun.'

Jodoh pertemuan, ajal maut 
semua di tangan Tuhan.

Kita hanya merancang,
Allah yang izinkan.



Moga semuanya baik-baik saja.



May 28, 2015




Rancangannya, berturut-turut menaiki kereta.
RancanganNya, terus laju pulang ke rumah.

Siapa sangka?
Dalam sekelip mata, rancangannya berubah.
Pastinya dia perlu akur.

Kerana setiap rancanganNya,
disertakan sekali jalan keluar.
Have faith!

Aku pernah berdoa tentang sesuatu itu,
dan mungkin ini jalan termakbulnya doa aku.

After all, semua benda ada peringkat kepentingannya,
dan rancanganNya juga lebih prioriti daripada perancangannya.

Semoga dipermudah!



;)





May 14, 2015




Stressssss!
Bukan sebab exam.

Aku tertengok satu video majlis pertunangan ni,
entah siapa-siapa punya.
Stress sebab grand gila.
Daripada grand macam tu,
baik hang nikah ja terus, kan senang.

Ni gila grand, 
padahal tunang ja pun.
Tak tentu pun lagi.

Mungkin akan ada yang kata,
'Biarlah, tak kacau duit hang pun.'

Yes, true.
But bukan masalah duit sapa or apa,
just kefahaman tu. 
Masalah kefahaman. 

Kalau betul faham dan sedar,
duit tu boleh disalurkan ke tempat yang lebih bermanfaat aku rasa.
Tak kisah la dia memang dah kaya sangat atau tu memang dalam kemampuan dia,
aku tak mau tahu tu.

Cuma aku nak tahu setakat mana tahap kefahaman dan kesedaran tu sampai;
Kefahaman yang Islam anjurkan sederhana.
Kefahaman yang pertunangan lebih baik dirahsia.
Kefahaman yang dunia bukan segala-galanya.

Sebab bila aku tahu tu, 
aku juga akan tahu betapa banyak lagi kerja aku 
untuk tanamkan kefahaman dan kesedaran tu. 
Dan betapa aku tak boleh bermalasan.

Bukanlah aku yang bagus dalam faham dan kuat kesedaran tentang hal ini,
sebab aku rasa, aku hanya setakat mampu berfikir, 
sangat-sangat tak arif yang lain.
Hanya mampu berfikir. 

Kadang-kadang bila tengok majlis tunang yang grand-grand, yang ada makcik pakcik berusia dalamnya,
aku terfikir;
Apa yang pakcik makcik ni fikir dan rasa agaknya?

Mungkin depa gelak guling-guling dalam hati sambil terkenang usia perkahwinan mereka yang da masuk puluhan tahun;
'Majlis tunang ja pun anak oii. Hidup rumah tangga tak semanis yang disangka~ tunggulah saatnya. Heh.'
Mungkin.

Mana aku tahu, aku pun budak-budak lagi. Heh.

Moga Allah lindungi kita dan kurniakan kefahaman kepada mereka.
Ameen.







May 7, 2015




Semalam.
Berita tentang kematian seorang penuntut perubatan di Moscow
akibat terlibat dalam kebakaran.
Pelajar tahun akhir.
Nak grad lagi beberapa bulan.




Aku terjumpa video ni.
Video yang kawan dia buat,
niat asalnya video gembira untuk graduation mereka
setelah berjaya survive 6tahun medic.

Tapi last sekali,
video ni jadi video memperingati rakan seperjuangan,
yang pergi dahulu
tanpa sempat bergraduasi.

Negatif kan aku?

Bukan niat nak takutkan sesiapa
atau nak matikan mood gembira anda
sebab aku pon dalam mood yang sama;
tak sabar nak graduate wey!

Tapi. .
siapa kita?

Siapa kita?
yang mampu cakap
'Aku akan graduate 13 Julai 2015 nanti!'
Siapa kita? untuk cakap ni dengan yakin
yang event tu akan berlaku dengan kehadiran kita waktu tu,
siapa kita?

Tiada kekuatan selain Allah.

Kita bukan sesiapa pun,
kalau bukan Allah yang izinkan untuk semua perkara berlaku.

Kita-- bukan sesiapa.

_____________________________________________

Hidup pada waktu sekarang.
Waktu ini; sekarang.

Ibadah khusyuk,
solat tepat waktu,
fokus belajar,
buat baik,
layan semua orang dengan baik,
telefon ibu ayah,
cakap perkataan yang baik,
ingat Allah setiap waktu,
bertaubat,
hari ini.

Sebab siapa kita
untuk mampu cakap
yang kita akan hidup lagi esok?




Al-Fatihah buat beliau.
Moga Allah redha.





May 6, 2015




"Orang yang tak buat engine (engineering) tak kan faham pergaulan kami laki perempuan. Budak engine ja faham macam mana kami bergaul."

Ayat ni.
Mungkin kebiasaan didengari dari mulut-mulut perempuan engineering,
bila mana orang lain memandang keterbukaan kami dikalangan berlainan jantina.

Dengan alasan mereka tak faham 
kerana mereka bukan berada dalam situasi kami.
Mereka hanya bergaul dengan jantina yang sama,
buatkan mereka awkward dengan lainan jantina dan pandang pelik dengan kami
bila mana kami berkomunikasi mudah dengan berlainan jantina.

Lelaki-perempuan engineering dilayan sama rata, tiada fefeeling.
Kata kami.
Mungkin.

Mungkin itu hanya pandangan kami, 
si perempuan engineering.
Tanpa dapat menerobos masuk
ke dalam fikiran sebenar lelaki engineering.

_________________________________

Alasan?
Mungkin ini hanya alasan 
bila mana diri dipandang pelik.
Alasan yang 'aku sudah biasa kerana aku dalam bidang ini' dan 'kau tak kan faham'.

Walaupun hakikatnya,
diri sendiri tahu.

Dalam apa situasi pun, 
ikhtilat itu nombor satu.

Tiada alasan 'sebab aku dalam engineering',
ada 'kelonggaran' untuk aku berhubung dengan yang lain jantinanya.

Dan sebenarnya, ujian untuk kita lebih besar, sebab terjebak dalam bidang ni.
Ujian dalam menjaga batasan.
Bukannya jadikan as alasan. 

Sungguh, aku respect perempuan yang mampu dan kuat dalam menjaga batasan hubungan lelaki-perempuan 
dalam bidang engineering.

Sebab semuanya, kita sendiri yang control dan corakkan macam mana kita nak sesuatu hubungan atau komunikasi tu terbentuk.
Batasan dan had tu, kita sendiri boleh letak.

Kalau betul niat diri mahu menjaga,
diri sendiri tahu had batasannya.
Tak perlu wujudkan alasan, jika diri sendiri tahu ianya salah. 



nota: fokus kepada komunikasi yang tiada sebab dan urusan penting.

_________________________________




Ada sesetengah benda, senang lagi cakap direct.
Direct ke batang hidung sendiri.
Peace.

#jangankacauaku






May 2, 2015

Assalamualaikum!


"La quwwata illa billah."
Tiada kekuatan, selain Allah.

Ayat pendek, tapi dalam impaknya.
Untuk segala masalah dan perkara yang kita takut dan tak suka untuk hadapi,
ayat ini pengubatnya.

Kerana benar, tiada kekuatan selain Allah.
Setiap perkara yang kita benci itu tetap termasuk dalam ciptaan Allah.
Jadi hanya Allah jualah yang akan tunjukkan jalan keluar bagi setiap permasalahan ciptaanNya.

Tiada kekuatan, selain Allah.

Ayat pendek yang mampu mempositifkan diri.
Hanya Allah tempat bergantung.
Hanya Allah
kerana tiada kekuatan selain Dia.

"La quwwata illa billah."



Apr 25, 2015

"Apa pun, kita sama-sama belajar lah."




Antara dua orang yang berselisih,
seorang yang tekun bekerja,
dan seorang lagi ketua yang kurang pengalaman.

Perselisihan tak kan dapat diselesaikan dengan ego dan keras kepala.
Mungkin seorang akan keluarkan hujah 
untuk pertahankan dirinya.
Begitu juga orang yang kedua.

Tapi aku orang yang ketiga,
aku tak salahkan orang pertama mahupun yang kedua.
Juga tak menangkan yang pertama mahupun kedua.

Yang aku nampak,
macam mana kita boleh belajar dari pengalaman dan teguran untuk perbaiki lagi diri.
Saling melengkapi gittew.

Well, pengalaman kita hanya satu. 
Dan untuk tahu yang lain, salah satu cara 
belajar melalui pengalaman orang lain.
At least save masa dan tenaga.

Tapi kalau sebab ego,
kita tak dapat terima teguran
dengan perasaan yang dia nak jatuhkan kita,
maka masalah tu bukan dia,
tapi diri kita sendiri. 
Hati kita.

Kalau lihat sesuatu itu positif,
jadilah ia positif.

Benar, bukan semua perkara perlu diterima bulat-bulat.
Tapi jika sesuatu itu betul-betul benar, maka apa hak kita untuk menidakkan?
Walaupun kebenaran itu pahit.
Tambahan menidakkan dengan alasan-alasan ciptaan sendiri,
demi kerana ego.

Jika sesuatu itu betul-betul benar,
terima ia dan sesuaikan dengan situasi dan diri anda.

Mungkin orang nampak sesuatu yang kita tak nampak dan tak ada pengalaman kendalikannya,
sebab tu orang bersuara.
Bukan sebab nak lawan siapa betul, siapa salah,
atau siapa menang, siapa kalah.

Terimanya dengan aman,
jadi sama-sama kita boleh belajar dari satu sama lain.
InsyaAllah.






Apr 13, 2015






Ni ja motivasi untuk waktu sekarang.
Please, jangan malas.

Beriman dengan Al-Quran kan?
Please, buktikan dengan amal.

Buat apa ayat atas ni suruh, please.





Apr 12, 2015




Aku bukan seorang yang gemar membaca,
walau aku tahu,
membaca itu bukan hobi tetapi membaca itu satu keperluan,
seperti perlunya kita kepada air dan udara,
dan membaca itu wahyu pertama.

Haish, wahyu pertama pon tak mampu nak buat, cemana nih? 
Ish.

Dan jarang sekali untuk aku ada wishlist buku yang aku nak,
sebab buku apa yang ada di pasaran pon aku tak cakna.
Double Ish.

Tapi untuk kali ni, aku teringin sangat nak buku ni



Sebab nak sangat kenal dengan baginda sallahu alaihi wasalam.

Anyone baik hati nak bagi hadiah birthday in advance? 
Hewhew 
#pickupline #lol



Gift of ummah.




Extremism.
Talk dari Prof Kamaruzaman tentang negara-negara Asia Barat (Timur Tengah)
dan ISIS secara spesifiknya.
Banyak sungguh aku tak ambil tahu.

ISIS yang pada pandangan aku wujud untuk mendatangkan fitnah kepada Islam,
dengan membawa slogan jihad demi agama,
walaupun amalan mereka sangat-sangat bertentangan dengan agama Islam dengan konsep yang salah tentang jihad dan syahid.

ISIS; memporak-perandakan Islam dari dalam dan menjatuhkan nama Islam di mata dunia.
Sungguh cantik perancangan musuh-musuh agama.

" Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun! " 
-Saidina 'Ali

Talk yang dihadiri pada waktu pagi
bagai ada kesinambungan dengan talk dari Habib Ali Al-Jifri yang aku hadiri pada  waktu petangnya; "Uniting for the Prophet- Waging Love".

Berkisar nabi Muhammad yang membawa rahmat keseluruh alam,
bukan hanya kepada manusia,
dan bukan hanya kepada orang Islam,
tetapi seluruh makhluk Allah yang ada di muka bumi ini.

Baginda yang lemah lembut, yang menyebarkan rahmat kepada semua
dengan menawarkan keamanan.

"Allah sayang dengan orang yang melakukan kebaikan, 
tetapi untuk kejahatan,
Allah benci akan perbuatan maksiat/jahat, bukan orang yang membuat maksiat/kejahatan.

Jadi apa hak kita untuk membenci orang? Membenci orang yang buat kejahatan?

Bagaimana kita boleh membenci orang yang membuat kesalahan,
walhal tugas kita ialah untuk membawa dia kepada Allah?
Bagaimana mahu membawa orang itu jika dia sendiri tahu yang kita membencinya?

Ini bukan ajaran Islam.

Kebencian bukan hanya merosakkan anda sesama manusia
tetapi kebencian juga akan merosakkan hati-hati kita di dalam dada. 

Ini yang berlaku pada dunia hari ini,
kebencian + kesombongan.
Islam berperang dengan yahudi,
Islam berperang dengan kristian,
Islam berperang dengan buddha,
Islam berperang sesama Islam.
Syiah vs sunni
Sunni vs sunni

Apakah ini dipanggil Islam? Apakah ini dipanggil agama?

Sedangkan kita tahu, Rasulullah mengajar tentang keamanan, rahmat kepada semua,
dan umat Islam itu penyambung sunnah nabi yang membawa rahmat kepada semua.

Mana mungkin peperangan berlaku dengan beralasankan atas dasar agama?

Semua itu bukan atas tiket kerana agama! 
Melainkan hanya dilakukan oleh orang yang ada penyakit dalam jiwanya, 
penuh dengan kebencian dan kerosakan.
Dilakukan oleh orang yang jauh dari ajaran agama.

Jadi berhenti dari menyumbang kepada kebencian. Sebarkan sebanyaknya cinta kerana Allah. Senyumlah seikhlas dari hati dan ingatkan diri untuk selalu memaafkan orang lain."

Bagaimana Nabi membalas kejahatan dengan kebaikan, 
membalas setiap kata buruk dengan senyuman;
kerana setiap itu datangnya dari manusia, tiada kesannya kepada Nabi selagi
Allah redha dengan baginda.

Jadi mengapa perlu kita kisah dengan kata-kata orang tentang kita sedangkan itu hanya kata-kata manusia, bukan kata-kata Allah.
Yang perlu kita kisah ialah kata-kata Allah kepada kita yang terkandung dalam Al-Quran;
"Wahai orang-orang munafiq!"
"Wahai orang-orang yang menzalimi diri sendiri!"
"Wahai orang-orang yang melampaui batas!"

Ni yang Allah kata tentang kita, yang sepatutnya kita terasa dengannya,
'Aku kah orang tu?'

Sebarkan cinta,
semoga Allah redha.








Apr 11, 2015




Kita, orang Islam.
Kita muslim.
Buat gaya macam Muslim.

Jangan jadi fitnah pada agama.






Kadang-kadang diri sendiri tak sedar,
kaki ni menghala ke mana
kerana otak yang banyak berfikir,
sampai tak perasan panduan ke arah jalan yang salah.

Kau sahabat,
jika kau nampak macam jalan yang dituju aku itu salah,
cepat-cepat sedarkan aku!

'Tak pa lah, dia tau ja tu apa yang dia buat..'
'Aku nak tegur, tapi macam mana nanti kalau dia terguris?'

Lupakan semua prasangka kau, 
kerana prasangka-prasangka itu akan buat aku lebih jauh hanyut,
hingga mungkin saat bila kau cukup berani untuk menegur,
aku sudah lemas.

Jika kau sahabat, kau kenal aku bagaimana,
penerimaan aku dengan teguran bagaimana.
Jadi, teguri aku bila aku jauh.
Teguri aku bila aku salah. 

Kerana sahabat cerminan pada sahabatnya.



Apr 8, 2015




Be what you want your children to be.

Aku tak persoalkan sekolah yang memberikan pelajaran formal kepada anak-anak.
Tapi untuk ibu bapa melepaskan tanggungjawab sepenuhnya kepada sekolah,
tu bukan keputusan yang betul.

Ibu bapa; cikgu pertama anak-anak.
Dan juga idola pertama anak-anak.

Tengok saja budak-budak 2 3 tahun yang dalam proses membesar,
siapa yang mereka tiru perbuatannya?
Jika bukan ibu bapa mereka sendiri.

Apa yang diajarkan guru untuk anak, teorinya benar dan baik.
Tapi jika segala ilmu yang diajar guru,yang kita tahu benar teorinya, tidak kita amalkan,
apa kita yakin anak-anak akan praktikkan ilmu itu?

Contohnya, anak kecil di tadika diajar dan dijadualkan untuk solat dhuha 3x seminggu.
Secara teori, semua orang tahu hikmah solat dhuha, termasuklah ibu bapa.
Tetapi secara praktikalnya, jika solat dhuha itu tidak dipraktikkan oleh ibu bapa di rumah,
kita yakin anak-anak akan praktikkannya juga di rumah seperti saranan guru?

Menyuruh atau mengajak sahaja tidak cukup, tambahan pada zaman sekarang
yang mana semuanya diterima atas dasar bukti.

Oleh itu,
Jadilah seperti apa yang kita mahukan anak kita menjadi.
Jika mahu anak kita hafaz Al-Quran, kita sendiri perlu menghafaznya.

Sebab ibu bapa itu besar kesannya kepada anak-anak.



Aku lihat, aku cerna dan aku kongsi.



Apr 2, 2015




Rahsia Tuhan akan selamanya menjadi rahsia Tuhan.
Kenapa Tuhan berahsia akan setengah perkara
dan biarkan kita tahu setengah perkara lain?
Tak percayakah Tuhan akan kita?

Rahsia Tuhan itu misteri.
Kerana manusia itu suka akan perkara-perkara misteri.
Lagi rahsia sesuatu perkara itu, lebih tinggi keinginannya untuk membongkar.

Dan akhirnya, kepada siapa lagi sang manusia mahu meminta?
Jika bukan kepada Sang Pemegang Rahsia.

Itu nikmat bertuhan.
Manusia itu
selamanya lemah.





Apr 1, 2015



Victoria Coach Station
20:55
31/3/2015

Macam-macam.
Tiga perkara besar dalam satu masa.
Tak keruan.

Bergerak.
Tekad hati, tembakan doa.
Keputusan?

Moga apa saja keputusan,
baik untuk agamaNya, 
bawah redhaNya.

Tekad hati.
Tembakan doa.
Moga Allah redha.



Turning point hidup,
menggerunkan sebenarnya.
Huhu.



Mar 29, 2015




Kau tak tahu dan tak mau tahu pun tentang kehidupan mereka
sebab bila kau tahu
pandangan kau akan berubah.

Bagus jika berubah dari buruk ke baik.
Tapi parah kalau dari persepsi baik ke buruk.
Better tak payah ambil tahu.




Mar 16, 2015




Bayangan lain tanpa aku tahu rahsia tuhan.
Doa yang satu untuk tuhan.
Yang terbaik, mungkin?
Hanya kepada tuhan.



Mar 13, 2015




Ajari aku menggunakan pena,
akan ku tulis gemercik air,
udara dingin,
kabut senja
sampai daun gugur.




Mar 10, 2015




Punya tiga mereka yang begitu
buat aku tak minta lebih.
Otak mati jika aku mereka.
Hilang punca tak tahu ke mana.

Kuat mereka kuat mereka
mereka kuat!
buat aku tak minta lebih.




Assalamualaikum!


Kalau hang sedar,
selalunya benda yang hang tak berharap sangat tu lah
yang hang akan senang dapat,
berbanding benda yang hang berharap sangat sangat.

Kenapa?

Sebab bila hang tak berharap sangat
dengan sesuatu benda tu,
saat tu lah sebenarnya pergantungan hang
hanya pada Allah (tanpa diri sedari mungkin).
Apa yang Allah bagi; apa yang hang dapat,
hang tak kisah dan redha.

Tapi bila once hang da berharap sangat sangat
dengan sesuatu,
pergantungan hang adalah pada benda tu,
kurang pergantungan atau
tiada langsung pergantungan pada Allah.

Sebab tu lah tak dapat, sebab mudarat.



Feb 19, 2015




Kalau hang rasa dakwah tu terikat,
hanya terikat kepada satu-satu sosok jemaah sahaja,
hanya terikat pada geng-geng yang ikut usrah sahaja;
maka rugilah hang!

Sedangkan hang juga umat nabi Muhammad,
yang sunnah terbesar Baginda ialah sampaikan Islam.
Bukan hanya kerja orang yang ber'title' jemaah kononnya.

Ada apa pada jemaah jika ahlinya tak buat kerja?
Aahh, lupakan semua label tu!

Agama Islam, umat nabi Muhammad,
then hukumnya tetap jatuh ke atas bahu hang!
Bahu setiap dari kita.
Lari jauh mana pun, hakikat tetap sama.

Macam mana pun, kita tetap satu.
Satu agama, satu saf jemaah.






Feb 13, 2015

12Feb2015




Bila aku terbaca whatsapp yang masuk,
diri tergamam.
Tiada langsung lintasan dalam hati
sama ada mahu bersedih atau apa.

'Akhirnya penderitaan kesakitannya berakhir, 
muga engkau gembira berehat di sana.'

Bait-bait ayat itu terlintas di hati
kerana aku yakin
surga pasti miliknya, sang Murabbi.

Tiada titisan air mata sehinggalah
'.. ambo nak baca Al-Quran tapi lampu ni tak cukup terang, boleh belikan mentol yang baru?..'

Dialog yang dikongsikan oleh prof dalam majlis tahlil tadi,
dialog tika winter gathering di Leeds yang dikendalikan oleh prof, dan Tuan guru sebagai undangannya, 
10 tahun yang lalu mungkin.

'.. ambo nak baca Al-Quran ..'
Naskah itu, 
tidak pernah culas dari dibaca
walau dimana sahaja beliau berada
hatta hingga ke luar negara saat tika jet lag masih menguasai,
kudrat diri lelah buntukan rehat.
Tidak bagi sosok tubuh itu
kerana kerehatan baginya hanya bila kematian menyapa.

Wahai ayahanda! 
Berehatlah ayahanda di sana,
ini kerehatan hakiki yang dinanti
setelah puas Islam itu tegak dalam sanubari.
Allahu rabbi, ampunkan ayahandaku ini,
tempatkan dia bersama orang yang Engkau redhai,
Berkati dan rahmati ruhnya dan cukupkan keperluannya.

Rehatlah ayahanda,
moga kita ketemu lagi di surga yang abadi, insyaAllah.


Dan aku,
perlu untuk terus maju dan laju bergerak
agar cita-cita yang terakhir itu terlunas.
   -- moga kita ketemu lagi di surga yang abadi.
InsyaAllah.











Feb 10, 2015




Hormati pandangan orang lain,
tambahan jika orang itu masih baru belajar tentang sesuatu,
walaupun kita sudah pernah hadapi dan dah lali dengan
masalah tersebut.

Tak ada sebab sebenarnya untuk kita perlu kurang ajar pada orang lain,
tambahan kepada orang yang tidak beradab dengan kita.
Sebab di situ lahirnya hikmah.

"Dan tidaklah sama perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat.
Tolaklah kejahatan yang ditujukan kepadamu dengan cara yang lebih baik;
apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, 
dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.

Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang bersikap sabar,
dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar 
dari kebahagiaan dunia dan akhirat.

Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, 
maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. 
Sesungguhnya Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."

[41 : 34-36]






Jan 22, 2015




Semua benda kena ada usaha bersungguh
if hang nak yang terbaik.

Macam hang berusaha bersungguh untuk dapat 1st class,
macam tu la jugak hang perlu berusaha untuk jodoh yang baik.
Bersungguh-sungguh.

Setakat doa tanpa usaha,
sunatullah tetap sunatullah.



*usaha tu luas skopnya ie. improve diri etc.








Jan 21, 2015

Assalamualaikum!



2015.
Umur dah 23.

Plan hidup mana?

Walaupun diri masih tak sanggup nak move on
tapi masa terus bergerak.

Nak hidup dalam kotak masa sendiri
atau
bergerak selari dengan masa ini?

Pilihan.
Hidup penuh dengan pilihan.

Bila tengok balik, tak banyak sangat perubahan besar yang aku beri dalam hidup
dalam 5 tahun kebelakang.
Beri.
Erti hidup pada memberi kan?

23 tahun.

Dah bagi apa pada umat?








Jan 15, 2015




Sebelum buat something,
fikir betul-betul dulu.

Kalau bukan fikir untuk diri sendiri pun,
fikir tentang orang lain.



Jan 14, 2015




Aku tak kisah jika berbeza pendapat,
tapi bila sesuatu terjadi berkisar tentang pendapat yang aku pegang, yang berbeza dengan pendapat kau,
dan kau terus terusan menuding mempersalahkan aku,
itu aku tak mampu terima!

Jika nampak aku lemah,
kenapa bukan tangan yang kau hulurkan untuk membantu?
Sedangkan kita masih saudara.

Kenapa perlu terusan menuding hanya kerana pendapat kita berbeza?
Sedangkan,
kita masih bersaudara.


"Different opinions don't kill,
fanaticism does.

Quite a lot."










Jan 12, 2015

Assalamualaikum!


Menegur dengan berhikmah ada caranya,
terutama orang yang mahu diteguri itu lebih berusia dari kita.

Salah cara, hubungan silaturahim boleh terputus.
Hanya kerana mulut salah bicara,
walau niat asalnya menegur kerana cinta.

3 langkah penting pada pandangan aku,
yang perlu dititik berat jika kita mahu menegur kesalahan seseorang, terutama kepada yang lebih berusia:


1) Betul-betul kenali si empunya diri

Jika kita tak betul-betul mengenali seseorang itu,
boleh jadi teguran yang kita berikan salah dan tidak bersesuaian pada situasi orang tersebut,
hanya disebabkan kita yang terlampau senang menghukum dan membuat andaian,
tanpa benar-benar kenali diri dan masalahnya.

Solusi: Ambil masa untuk buat dia selesa dengan kita
dan ambil masa untuk mendengar situasi dari dirinya dan jangan terus on the spot berikan sebarang komen terutama komen negatif kepadanya. Hold on dan cari masa yang sesuai.
Biarkan dia benar-benar selesa dan kita benar-benar faham kisah dirinya, sebelum kita memberi sebarang pendapat/nasihat.



2) Bina kepercayaan 

Bukan mudah untuk seseorang berkongsi kisah melainkan dia selesa dan percaya dengan kita.
Dalam hal ini, kita sendiri memainkan peranan yang sangat penting dalam membina kepercayaan dirinya terhadap kita.

 Bina kepercayaannya melalui pergaulan kita sehari-hari dengan orang sekeliling;
 Tunjukkan akhlak yang baik dan yang paling penting, kita perlu menepati janji dan tidak mengkhianati amanah yang diberikan, dan jangan sesekali cakap dibelakang (baca: mengutuk) orang lain.

Dalam ayat mudahnya, jika ada orang berkongsi kisah (yang jarang diceritakannya kepada orang lain) kepada kita, jangan bercerita kisah tersebut kepada orang lain, walaupun kisah itu hanya kisah biasa yang tidak mengaibkan, walaupun orang yang mahu kita kongsikan itu mengenali tuan punya cerita.

Jaga amanah tersebut  dan jangan sesekali buka mulut dan jadi minah joyah!
Melainkan untuk menyelesaikan satu masalah besar yang memerlukan pendapat yang lebih matang.
Kalau setakat nak jadikan tu 'popcorn' untuk isi masa lapang, sila hentikan.

dan jangan sesekali menceritakan keburukan (baca:mengutuk) sesiapa kepada sesiapa, terutama jika mereka saling tidak mengenali. Dan lebih parah, jika mengenali.

Ini akan memberi satu label dan mindset buruk kepada diri anda sendiri dan mengurangkan kepercayaan dia terhadap anda.

Solusi: Tunjuk akhlak yang baik dan biar dia sendiri berikan kepercayaannya pada anda.



3) Bina satu hubungan yang membuatkan dia berasa aman dengan kita

Create satu perasaan 'aman' dalam hubungan kita dan dia untuk dia sedar bahawa kewujudan kita bukan sebagai pesaing atau lawan yang ingin menjatuhkan. Bina perasaan sebagai 'team mate' yang ingin membantu.

Dan lontarkan nasihat kepadanya dengan cara dan intonasi yang betul, agar egonya tidak tercabar.
Bukan dalam keadaan seolah-olah kita mahu mengajarnya, tetapi lebih kepada kita mengajaknya dan kita sendiri mahu dia memperolehi kebaikan.

Solusi: Nasihat yang hendak kita berikan bukan atas dasar 'kasihan', tetapi kerana 'cinta'.
 Apa bezanya? Homework anda lah~ ;)

___________________

Konklusi untuk semua, perbaiki diri kita dulu, selari dengan teguran kita kepada orang lain.
Sifirnya mudah, anda sendiri takkan senang-senang terima nasihat dari perempuan yang tidak bertudung, menegur baju anda singkat kan?
Walaupun, nasihat yang baik itu perlu diterima tanpa memandang siapa yang menyampaikannya,
tapi kita juga manusia yang egonya tinggi.

Jadi, jika mahu orang lain mudah menerima nasihat kita, kita sendiri perlu perbaiki diri dahulu dan terima nasihat orang lain.

Cheers!



Eh sat..
Kalau macam ni cara, lamaa lah baru bole jalan nasihat tu?

Yup, untuk sesuatu perubahan itu akan ambil masa yang lama,
benda kecil yang dibuat secara istiqamah lebih berkesan dari perubahan besar secara drastik, selalunya lah.

Sabar.
Bukan dia sahaja yang akan belajar, anda juga akan belajar sesuatu.
Jadi, sabar.
:)









Jan 9, 2015




"Meah ang x maw mai kenduri tikah ka? Hahaha", 
tanya kawan sekelas aku di sekolah menengah dulu; bercanda.

      "Sponsor tiket satu, skang gak aku kemas baju hahah",
 balas aku dalam nada yang sama.

"Tiket ang balik...duit satu sem yayasan bg kat aku"

Zaaasss

Walaupun aku tahu dia masih dalam mood berjenaka,
tapi point itu menyentak aku, buat aku terfikir lama.

Kadang-kadang aku terlampau mahu terbang tinggi,
hingga lupa menoleh ke daratan.
Aku fikir, semua yang aku ada ini milik aku,
hingga lupa Tuhan yang meminjamkan.

Sering aku lupa, rezeki ini bukan hak mutlak aku seorang.
Kadang-kadang berjoli sakan hingga lupa masa depan.

At least fikirlah untuk simpanan balik Malaysia nanti.

Hidup tak selamanya cerah dan indah.
Sekarang senang, esok tak semestinya mudah.
Bila fikir balik, sedekah tu banyak jalan dan salurannya.
'Sharing is caring.'

Cuma kita yang tak nampak atau buat-buat tak nampak.





Jan 8, 2015




Masalahnya bila manusia tak betul-betul yakin dan percaya,
masih dibayangi kehendak diri yang nampak 'baik' dari kaca matanya.

Pandangan yang terbatas.

Dah lah terbatas, 
masih tak mahu yakin dan percaya dengan perancangan Tuhan?

Oh manusia!







Jan 5, 2015




Bila banyak benda nak kena baca
tapi taktau nak start dari mana.

Haish, final year pun ada homesick lagi?
Lekk ar bro.


#pleasejangangiveup

Jan 3, 2015




"Dulu mungkin takut either dapat 1st class or tak..
tapi sekarang tak fikir semua tu, 
sekarang just takut either pass or tak.."

Keluhan.
Kita manusia dan keluhan ini mungkin kadang-kadang terkeluar tanpa disedari.

Tambah-tambah bila masa terpaksa dibahagikan antara pelajaran dan kerja-kerja seorang hamba.

Kerja-kerja seorang hamba yang banyak,
hingga masa untuk diri sebagai pelajar terabai.

Terbitnya keluhan.
------------------------

Hei!
Tahan diri dari mengeluh.
Kerana dari keluhan itu
timbul satu perasaan; tak ikhlas.
Seolah-olah perkara yang dibuat itu suatu bebanan.

Padahal engkau tahu nikmat yang dijanjikan.

Dengar sini!
Untuk exam, kau sedang berusaha, bukan?
Kau juga pada waktu yang sama sedang berdoa, bukan?
Kau benar percaya Allah?

"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu."

[47:7]

Ni janji Allah.

Jangan rasa itu bebanan hingga jadi tak ikhlas, 
takut nanti bila tak ikhlas, ia benar-benar hanya jadi bebanan.

Benar-benar percaya pada Allah
and be positive!





Assalamualaikum!

Perkara yang nak sangat anda jeritkan ke muka ini
tapi..tapi sebab anda masih berperikemanusiaan,
anda perlu behave dan simpan perkara itu.

huh!

Maka, dengan rendah hatinya,
anda boleh luahkan di http://goo.gl/forms/8Odi1bSCsU.
Luahkan apa yang terbuku tentang aku.
Supaya aku tahu dan berubah menjadi yang sepatutnya.

Antara hak muslim atas saudara muslimnya, 
memberi nasihat apabila diminta.

Hidup ini bukan hanya untuk diri sendiri,
dan bukan juga untuk orang lain.

Hanya mahu seimbangkan antara keduanya.
Terima kasih tidak terhingga kerana membantu! :D





Jan 1, 2015

Belfast city airport.
09:48
1/1/2015

Asing.
Acara-acara yang selama ini ditunggu
berlalu laju.
Dalam sekelip mata, semua dah berakhir.
Tahun baru dengan perancangan yang masih kosong.
'Lepas ni aku nak buat apa?'

Projek.
Final exam.
Grad.
Terus bergerak?

Persoalan yang aku takut untuk fikirkan.
Sudah tergambar keberangkalian akan datang, 
yang aku sendiri tak mahu ia berlaku.

Moga terus istiqomah.

Kerja?
Sambung belajar?
Kahwin?

Masih buntu.

Tahun 2015.
Tahun 'turning point'.
Tahun yang masih kosong.

Semoga tercapai cita-cita
dalam redhaNya.