Hidup.
penuh dengan perasaan.
bila gagal peperiksaan,
aku ingatkan waktu aku berjaya.
aku ingatkan rezeki yang ku terima berbanding orang lain.
Ah, apa salahnya sekali gagal?
agar sedar siapa aku sebenar.
bila rindu ibu,
aku ingatkan mesej mesej seharian dengannya.
aku ingatkan teman teman yang kehilangan.
Ah, apa lah sangat perasaan itu jika nak dibandingkan mereka?
sedang aku masih punya peluang bergurau mesra.
bila menghadap makanan bukan kegemaran,
aku ingatkan rezeki ilahi.
aku ingatkan anak syria yang menagih daging.
Ah, siapa aku kerana mahu mengadu?
sedang aku masih punya rezeki untuk sehari hari.
bila ketemu teman menjengkelkan,
aku ingatkan kebaikannya.
aku ingatkan ini tarbiyah ilahi.
Ah, kenapa perlu bermasam muka?
sedang itu bukan caranya.
bila diri ditimpa ujian,
mengeluh ada hadnya.
kita bukan berseorangan.
Allah kan ada?
:)

