. TEGAK BERDIRI . TERUS BERLARI . TERBANG TINGGI .

Apr 25, 2015

"Apa pun, kita sama-sama belajar lah."




Antara dua orang yang berselisih,
seorang yang tekun bekerja,
dan seorang lagi ketua yang kurang pengalaman.

Perselisihan tak kan dapat diselesaikan dengan ego dan keras kepala.
Mungkin seorang akan keluarkan hujah 
untuk pertahankan dirinya.
Begitu juga orang yang kedua.

Tapi aku orang yang ketiga,
aku tak salahkan orang pertama mahupun yang kedua.
Juga tak menangkan yang pertama mahupun kedua.

Yang aku nampak,
macam mana kita boleh belajar dari pengalaman dan teguran untuk perbaiki lagi diri.
Saling melengkapi gittew.

Well, pengalaman kita hanya satu. 
Dan untuk tahu yang lain, salah satu cara 
belajar melalui pengalaman orang lain.
At least save masa dan tenaga.

Tapi kalau sebab ego,
kita tak dapat terima teguran
dengan perasaan yang dia nak jatuhkan kita,
maka masalah tu bukan dia,
tapi diri kita sendiri. 
Hati kita.

Kalau lihat sesuatu itu positif,
jadilah ia positif.

Benar, bukan semua perkara perlu diterima bulat-bulat.
Tapi jika sesuatu itu betul-betul benar, maka apa hak kita untuk menidakkan?
Walaupun kebenaran itu pahit.
Tambahan menidakkan dengan alasan-alasan ciptaan sendiri,
demi kerana ego.

Jika sesuatu itu betul-betul benar,
terima ia dan sesuaikan dengan situasi dan diri anda.

Mungkin orang nampak sesuatu yang kita tak nampak dan tak ada pengalaman kendalikannya,
sebab tu orang bersuara.
Bukan sebab nak lawan siapa betul, siapa salah,
atau siapa menang, siapa kalah.

Terimanya dengan aman,
jadi sama-sama kita boleh belajar dari satu sama lain.
InsyaAllah.






Apr 13, 2015






Ni ja motivasi untuk waktu sekarang.
Please, jangan malas.

Beriman dengan Al-Quran kan?
Please, buktikan dengan amal.

Buat apa ayat atas ni suruh, please.





Apr 12, 2015




Aku bukan seorang yang gemar membaca,
walau aku tahu,
membaca itu bukan hobi tetapi membaca itu satu keperluan,
seperti perlunya kita kepada air dan udara,
dan membaca itu wahyu pertama.

Haish, wahyu pertama pon tak mampu nak buat, cemana nih? 
Ish.

Dan jarang sekali untuk aku ada wishlist buku yang aku nak,
sebab buku apa yang ada di pasaran pon aku tak cakna.
Double Ish.

Tapi untuk kali ni, aku teringin sangat nak buku ni



Sebab nak sangat kenal dengan baginda sallahu alaihi wasalam.

Anyone baik hati nak bagi hadiah birthday in advance? 
Hewhew 
#pickupline #lol



Gift of ummah.




Extremism.
Talk dari Prof Kamaruzaman tentang negara-negara Asia Barat (Timur Tengah)
dan ISIS secara spesifiknya.
Banyak sungguh aku tak ambil tahu.

ISIS yang pada pandangan aku wujud untuk mendatangkan fitnah kepada Islam,
dengan membawa slogan jihad demi agama,
walaupun amalan mereka sangat-sangat bertentangan dengan agama Islam dengan konsep yang salah tentang jihad dan syahid.

ISIS; memporak-perandakan Islam dari dalam dan menjatuhkan nama Islam di mata dunia.
Sungguh cantik perancangan musuh-musuh agama.

" Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun! " 
-Saidina 'Ali

Talk yang dihadiri pada waktu pagi
bagai ada kesinambungan dengan talk dari Habib Ali Al-Jifri yang aku hadiri pada  waktu petangnya; "Uniting for the Prophet- Waging Love".

Berkisar nabi Muhammad yang membawa rahmat keseluruh alam,
bukan hanya kepada manusia,
dan bukan hanya kepada orang Islam,
tetapi seluruh makhluk Allah yang ada di muka bumi ini.

Baginda yang lemah lembut, yang menyebarkan rahmat kepada semua
dengan menawarkan keamanan.

"Allah sayang dengan orang yang melakukan kebaikan, 
tetapi untuk kejahatan,
Allah benci akan perbuatan maksiat/jahat, bukan orang yang membuat maksiat/kejahatan.

Jadi apa hak kita untuk membenci orang? Membenci orang yang buat kejahatan?

Bagaimana kita boleh membenci orang yang membuat kesalahan,
walhal tugas kita ialah untuk membawa dia kepada Allah?
Bagaimana mahu membawa orang itu jika dia sendiri tahu yang kita membencinya?

Ini bukan ajaran Islam.

Kebencian bukan hanya merosakkan anda sesama manusia
tetapi kebencian juga akan merosakkan hati-hati kita di dalam dada. 

Ini yang berlaku pada dunia hari ini,
kebencian + kesombongan.
Islam berperang dengan yahudi,
Islam berperang dengan kristian,
Islam berperang dengan buddha,
Islam berperang sesama Islam.
Syiah vs sunni
Sunni vs sunni

Apakah ini dipanggil Islam? Apakah ini dipanggil agama?

Sedangkan kita tahu, Rasulullah mengajar tentang keamanan, rahmat kepada semua,
dan umat Islam itu penyambung sunnah nabi yang membawa rahmat kepada semua.

Mana mungkin peperangan berlaku dengan beralasankan atas dasar agama?

Semua itu bukan atas tiket kerana agama! 
Melainkan hanya dilakukan oleh orang yang ada penyakit dalam jiwanya, 
penuh dengan kebencian dan kerosakan.
Dilakukan oleh orang yang jauh dari ajaran agama.

Jadi berhenti dari menyumbang kepada kebencian. Sebarkan sebanyaknya cinta kerana Allah. Senyumlah seikhlas dari hati dan ingatkan diri untuk selalu memaafkan orang lain."

Bagaimana Nabi membalas kejahatan dengan kebaikan, 
membalas setiap kata buruk dengan senyuman;
kerana setiap itu datangnya dari manusia, tiada kesannya kepada Nabi selagi
Allah redha dengan baginda.

Jadi mengapa perlu kita kisah dengan kata-kata orang tentang kita sedangkan itu hanya kata-kata manusia, bukan kata-kata Allah.
Yang perlu kita kisah ialah kata-kata Allah kepada kita yang terkandung dalam Al-Quran;
"Wahai orang-orang munafiq!"
"Wahai orang-orang yang menzalimi diri sendiri!"
"Wahai orang-orang yang melampaui batas!"

Ni yang Allah kata tentang kita, yang sepatutnya kita terasa dengannya,
'Aku kah orang tu?'

Sebarkan cinta,
semoga Allah redha.








Apr 11, 2015




Kita, orang Islam.
Kita muslim.
Buat gaya macam Muslim.

Jangan jadi fitnah pada agama.






Kadang-kadang diri sendiri tak sedar,
kaki ni menghala ke mana
kerana otak yang banyak berfikir,
sampai tak perasan panduan ke arah jalan yang salah.

Kau sahabat,
jika kau nampak macam jalan yang dituju aku itu salah,
cepat-cepat sedarkan aku!

'Tak pa lah, dia tau ja tu apa yang dia buat..'
'Aku nak tegur, tapi macam mana nanti kalau dia terguris?'

Lupakan semua prasangka kau, 
kerana prasangka-prasangka itu akan buat aku lebih jauh hanyut,
hingga mungkin saat bila kau cukup berani untuk menegur,
aku sudah lemas.

Jika kau sahabat, kau kenal aku bagaimana,
penerimaan aku dengan teguran bagaimana.
Jadi, teguri aku bila aku jauh.
Teguri aku bila aku salah. 

Kerana sahabat cerminan pada sahabatnya.



Apr 8, 2015




Be what you want your children to be.

Aku tak persoalkan sekolah yang memberikan pelajaran formal kepada anak-anak.
Tapi untuk ibu bapa melepaskan tanggungjawab sepenuhnya kepada sekolah,
tu bukan keputusan yang betul.

Ibu bapa; cikgu pertama anak-anak.
Dan juga idola pertama anak-anak.

Tengok saja budak-budak 2 3 tahun yang dalam proses membesar,
siapa yang mereka tiru perbuatannya?
Jika bukan ibu bapa mereka sendiri.

Apa yang diajarkan guru untuk anak, teorinya benar dan baik.
Tapi jika segala ilmu yang diajar guru,yang kita tahu benar teorinya, tidak kita amalkan,
apa kita yakin anak-anak akan praktikkan ilmu itu?

Contohnya, anak kecil di tadika diajar dan dijadualkan untuk solat dhuha 3x seminggu.
Secara teori, semua orang tahu hikmah solat dhuha, termasuklah ibu bapa.
Tetapi secara praktikalnya, jika solat dhuha itu tidak dipraktikkan oleh ibu bapa di rumah,
kita yakin anak-anak akan praktikkannya juga di rumah seperti saranan guru?

Menyuruh atau mengajak sahaja tidak cukup, tambahan pada zaman sekarang
yang mana semuanya diterima atas dasar bukti.

Oleh itu,
Jadilah seperti apa yang kita mahukan anak kita menjadi.
Jika mahu anak kita hafaz Al-Quran, kita sendiri perlu menghafaznya.

Sebab ibu bapa itu besar kesannya kepada anak-anak.



Aku lihat, aku cerna dan aku kongsi.



Apr 2, 2015




Rahsia Tuhan akan selamanya menjadi rahsia Tuhan.
Kenapa Tuhan berahsia akan setengah perkara
dan biarkan kita tahu setengah perkara lain?
Tak percayakah Tuhan akan kita?

Rahsia Tuhan itu misteri.
Kerana manusia itu suka akan perkara-perkara misteri.
Lagi rahsia sesuatu perkara itu, lebih tinggi keinginannya untuk membongkar.

Dan akhirnya, kepada siapa lagi sang manusia mahu meminta?
Jika bukan kepada Sang Pemegang Rahsia.

Itu nikmat bertuhan.
Manusia itu
selamanya lemah.





Apr 1, 2015



Victoria Coach Station
20:55
31/3/2015

Macam-macam.
Tiga perkara besar dalam satu masa.
Tak keruan.

Bergerak.
Tekad hati, tembakan doa.
Keputusan?

Moga apa saja keputusan,
baik untuk agamaNya, 
bawah redhaNya.

Tekad hati.
Tembakan doa.
Moga Allah redha.



Turning point hidup,
menggerunkan sebenarnya.
Huhu.