Assalamualaikum!
Ilmu bukan sekadar hafalan tetapi untuk difahami.
Kesedaran untuk memahami ilmu baru wujud setelah bertahun sikap menghafal menjadi amalan.
Selama ni aku ingat dengan menghafal tu cara yang betul dalam menuntut ilmu.
Hafal hafal hafal satu malam, pahtu muntah dalam exam!
Dan hasilnya? score hebat hebat ja dalam exam!! pheew~ riak.
Kalau ini yang dipanggilnya menuntut ilmu,
Ya, aku jaguh! Jaguh dalam revision last minute!! akulah penuntut ilmu tegar.
Tapi bila ditanyakan apa yang aku dapat sepanjang aku belajar setahun dua ni,
kosong!
Langsung satu ilmu pun tak lekat dalam kepala.
Apakah?
aku hairan, dari sudut apa sebenarnya seseorang pelajar itu dilabelkan sebagai pelajar cemerlang?
Berdasarkan markah kertas kertas yang beliau skor? Itu keutamaannya?
Jika kebanyakan hanya itu yang menjadi kayu ukur, ku kira ramai ja yang bole dilabel sebagai jaguh 'last minute' instead of cemerlang.
Ya, aku begitu secara jujurnya!
Cemerlang bagi aku, orang yang dapat applykan apa yang dia belajar,
faham dan tahu apa yang diajar
dan untuk apa ilmu itu dibelajar olehnya.
dan memanfaatkan benda tu.
dan memanfaatkan benda tu.
Itu baru cemerlang.
Sudah pasti cemerlang itu sangat jauh dari aku,
setelah aku sedar di mana kekhilafan aku dalam menuntut ilmu.
******************
Faham. Setelah faham, baru kita dapat gunakan ilmu tersebut dengan sebetulnya.
Dari mana ilmu itu datang, dalam bentuk apa ilmu itu berguna, untuk apa ilmu itu digunakan.
dan kita faham semua itu dan amalkan. Baru bemanfaat ilmu itu.
Tetapi masih aku keliru, bagaimana untuk faham sebenarnya?
Bukankah faham dan hafal itu sama? Bukankah untuk faham kita perlu ingat, dan untuk ingat kita perlu hafal?
Ya, hafal! Jadi dimana salahnya cara aku dalam menuntut ilmu sebelum ini? Bukankah masih perlu menghafal? Aku tak salah bukan?
cara itu tak salah jika tujuan kamu belajar hanya untuk dimuntahkan di atas kertas peperiksaan.
tetapi cara itu salah, jika tujuan kamu belajar untuk mendapatkan ilmu.
Apakah tujuan kamu belajar sebenarnya? muntahkan atas kertas peperiksaan atau mendapatkan ilmu?
berdasarkan tujuan kamu, barulah datangnya cara samada menghafal ataupun memahamkan.
Jadi, faham dan hafal itu tidak sama jika tujuan belajar itu untuk mendapatkan ilmu.
Analogi ringkas:
Antara nombor [eg: 1,2,3. . .] dan huruf [eg: A,B,C. . .]
Dua dua perkara kita sudah master, dari zaman tadika lagi. Petik jari, satu satu butir kita dapat senaraikan mengikut urutan, tanpa tertinggal satu pun samada nombor mahupun huruf.
Tetapi, antara huruf dan nombor, yang mana satu kita hafal dan yang mana satu kita faham dalam mengingati urutan mereka?
Anda fahami huruf atau anda hafal huruf?
Jika anda faham huruf, sila bacanya dari Z ke A. Tak ramai dari kita dapat melakukan itu, termasuk aku.
Kerana kita menghafal kedudukan huruf ini, tetapi tidak faham, mengapa B perlu berada di antara A dan C?
Berlainan dari nombor, bagilah berjuta nombor sekalipun, kita dapat menyusunnya mengikut urutan.Kita tahu nombor sebelum dan selepas 100000, 459, 88.5, 21. Kerana kita faham mengapa nombor nombor itu wujud sebelum atau selepas sesuatu nombor.
Fahami apa yang kamu pelajari. Mengapa wujudnya itu dan ini dari ilmu yang kamu kuasai.
Dari situ, kamu akan rasai apa itu kemanisan menuntut ilmu dan kekuasaan Penciptanya.
:)
Fahami apa yang kamu pelajari. Mengapa wujudnya itu dan ini dari ilmu yang kamu kuasai.
Dari situ, kamu akan rasai apa itu kemanisan menuntut ilmu dan kekuasaan Penciptanya.
:)