. TEGAK BERDIRI . TERUS BERLARI . TERBANG TINGGI .

Sep 29, 2011

Menyitir Debu Kota Zaman

Assalamualaikum!

Wahai sahabat sahabat ku
Angkatlah wajahmu
dan lihat apa yang sedang menanti dihadapanmu..
Saat itu, kau akan sedar 
bahawa kau tidak ada masa untuk melihat ke kiri dan ke kanan
Saat itu, kau tidak mahu lagi 
berpaling ke belakang walaupun untuk sesaat
dan
 Saat itu juga, lidahmu kelu untuk berkata 
"kalaulah aku buat begitu, mungkin hari ini tak begini jadinya"..


HIKMAH! :)
ehsan google


Mungkin antara pilihan pilihan kau buat dahulu, 
kau kira ianya pilihan yang kurang tepat
kerana ia membawa ke hari ini
hari ini yang keadaannya tidak seperti yang kau harapkan..


Tapi percayalah!
apa yang berlaku adalah kehendak Maha Esa.
Tidak ada perkara yang sia sia disebalik takdir yang ditulis untuk dirimu
melainkan disebaliknya terselit kemanisan hikmah yang ALLAH sediakan buatmu


dan kalau bukan kerana "pilihan itu",
kau mungkin tidak sekuat hari ini
kau mungkin tidak bertemu insan insan yang kau temui hari ini
dan kau juga mungkin bukan dirimu yang hari ini.


Lihatlah dihadapanmu
ada yang lebih memerlukan perhatianmu
memerlukan kasih sayangmu,
memerlukan pengorbananmu


Dan untuk kali terakhir
jika kau mahu lihat ke belakang
Lihatlah!
ucapkan selamat tinggal pada kekesalan dahulu


Dan jika hari ini
kau hampir rebah
Ayuh!
sambut huluran CINTA TUHANmu
 untuk bangkit dan terus melangkah.
-credit to Sarina Zakaria


Sep 28, 2011

hilang tumbuh berganti

Assalamualaikum!

" Harga dan nilai, dua benda yang berbeza!"

Ya! pada dasarnya nampak sama tapi sebenarnya dua benda yang berbeza.
yang harganya mahal tak semestinya bernilai,
dan yang nilainya tinggi, tak semestinya berharga.

dan selalunya
apabila kita sudah kehilangan sesuatu yang berharga, 
baru kita sedar betapa tinggi nilainya!

dan ketika itu
"Yang hilang tumbuh berganti."
tetapi yang berganti
masih tetap tidak sama nilainya!!


dalam kenangan~ :'(


dan penyesalan masih tidak mampu mengembalikan kehilangan.
so hargai sebelum hilang! 

i lost it. sorry.
:'(

Sep 21, 2011

aku mengambil tempat mereka

Assalamualaikum!

depa da pi!!!

pi mana? 
sapa yang da pi?
innalillah wainnailaihiroji'un. . .

eh2, tak da sesapa yang mati ok! tapi ''innalillah wainnailaihiroji'un'' tak semestinya guna ketika jawab berita kematian ja,ye dok? 


all da best seniors!! pray for us here :')

ok,back to story, some of my seniors have arrived in UK!! & some still in the air!!
WOW!!
masa aku tau yang depa nih nak fly, tetiba aku rasa takot!! YES! of course
t a k u t!! 
takut tak lepas 1st year degree, tak lepas IELTS & tak bole fly~ 

depa da lepas satu halangan iaitu berjaya fly dengan jayanya! 
dan sekarang aku pulak yang sedang hadapi halangan petama mereka!! adoyai~~

dan dalam masa setahun, banyak benda boleh berlaku..dan bolehkan aku jadi seperti mereka??
emm,a big question mark there! 
only ALLAH knows.

so fight for your place!! :D
and of course, pray and make du'a to ALLAH, He will reply your call :)

#struggling with Thermodynamics, Statics, IELTS & of course P-D-D..uurrghhhhhh!

Sep 1, 2011

bi iznillah :)

Assalamualaikum!

aidulfitri yang ke-3


 :)


tapi sampai hari ni, aku tak rasa pun macam menyambutnya.


 :(


entah
mungkin sebab umur da semakin bertambah, jadi nikmat raya tuh semakin bekurangan
dan mungkin juga cuti yang singkat, buat diri tidak bersyukur lagi tidak puas untuk meraikannya.


ramadhan tahun nih pun aku tak rasa gembira dan puas
serius cakap aku tak puas dengan apa yang aku buat sepanjang ramadhan yang da berlalu ni!!
tak cukup ramadhan yang semakin singkat aku rasa


ni ramadhan kedua aku di luar kawasan rumah
dan tahun nih lebih mencabar ku kira
bebanding tahun lepas
ya semestinya!
sebab makanan semua sendirian berhad
tapi tak da masalah, sebab surau al-falah kan dekat?
hehe


tapi bukan tuh yang buat aku tak puas!
aku rasa amalan aku masih tak cukup
sepanjang ramadhan
ku kira banyak masa aku dibuang sia sia
tanpa pengisian yang berfaedah
urrghh!! masih lalai aku


mungkin itu juga penyebab 
aidulfitri iaitu hari kemenangan 
bagi mereka yang berjaya 
melalui ramadhan dengan jaya nya,
tidak manis bagi aku


kerana aku gagal.


Apakah kita fikir kita layak,
Untuk ke majlis orang-orang yang berjaya mencapai ijazah taqwa?
Sedang kita selama Ramadhan bersambil lewa?
Sungguh AidilFitri perayaan kembali kepada fitrah,
Maka apakah yang ada untuk manusia yang masih di tempat yang 
sama?
Ramadhan dilepaskan begitu sahaja,
Tiba-tiba AidilFitri kita yang sibuk berhari raya
Sungguh manusia itu alpa dan lupa
Tidak sedar akan dirinya siapa

#semoga kita dapat ketemu Ramadhan tahun hadapan
selamat hari raya aidulfitri, maaf atas salah dan silap
may ALLAH bless us
ameen.