. TEGAK BERDIRI . TERUS BERLARI . TERBANG TINGGI .

Feb 19, 2015




Kalau hang rasa dakwah tu terikat,
hanya terikat kepada satu-satu sosok jemaah sahaja,
hanya terikat pada geng-geng yang ikut usrah sahaja;
maka rugilah hang!

Sedangkan hang juga umat nabi Muhammad,
yang sunnah terbesar Baginda ialah sampaikan Islam.
Bukan hanya kerja orang yang ber'title' jemaah kononnya.

Ada apa pada jemaah jika ahlinya tak buat kerja?
Aahh, lupakan semua label tu!

Agama Islam, umat nabi Muhammad,
then hukumnya tetap jatuh ke atas bahu hang!
Bahu setiap dari kita.
Lari jauh mana pun, hakikat tetap sama.

Macam mana pun, kita tetap satu.
Satu agama, satu saf jemaah.






Feb 13, 2015

12Feb2015




Bila aku terbaca whatsapp yang masuk,
diri tergamam.
Tiada langsung lintasan dalam hati
sama ada mahu bersedih atau apa.

'Akhirnya penderitaan kesakitannya berakhir, 
muga engkau gembira berehat di sana.'

Bait-bait ayat itu terlintas di hati
kerana aku yakin
surga pasti miliknya, sang Murabbi.

Tiada titisan air mata sehinggalah
'.. ambo nak baca Al-Quran tapi lampu ni tak cukup terang, boleh belikan mentol yang baru?..'

Dialog yang dikongsikan oleh prof dalam majlis tahlil tadi,
dialog tika winter gathering di Leeds yang dikendalikan oleh prof, dan Tuan guru sebagai undangannya, 
10 tahun yang lalu mungkin.

'.. ambo nak baca Al-Quran ..'
Naskah itu, 
tidak pernah culas dari dibaca
walau dimana sahaja beliau berada
hatta hingga ke luar negara saat tika jet lag masih menguasai,
kudrat diri lelah buntukan rehat.
Tidak bagi sosok tubuh itu
kerana kerehatan baginya hanya bila kematian menyapa.

Wahai ayahanda! 
Berehatlah ayahanda di sana,
ini kerehatan hakiki yang dinanti
setelah puas Islam itu tegak dalam sanubari.
Allahu rabbi, ampunkan ayahandaku ini,
tempatkan dia bersama orang yang Engkau redhai,
Berkati dan rahmati ruhnya dan cukupkan keperluannya.

Rehatlah ayahanda,
moga kita ketemu lagi di surga yang abadi, insyaAllah.


Dan aku,
perlu untuk terus maju dan laju bergerak
agar cita-cita yang terakhir itu terlunas.
   -- moga kita ketemu lagi di surga yang abadi.
InsyaAllah.











Feb 10, 2015




Hormati pandangan orang lain,
tambahan jika orang itu masih baru belajar tentang sesuatu,
walaupun kita sudah pernah hadapi dan dah lali dengan
masalah tersebut.

Tak ada sebab sebenarnya untuk kita perlu kurang ajar pada orang lain,
tambahan kepada orang yang tidak beradab dengan kita.
Sebab di situ lahirnya hikmah.

"Dan tidaklah sama perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat.
Tolaklah kejahatan yang ditujukan kepadamu dengan cara yang lebih baik;
apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, 
dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.

Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang bersikap sabar,
dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar 
dari kebahagiaan dunia dan akhirat.

Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, 
maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. 
Sesungguhnya Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."

[41 : 34-36]