Extremism.
Talk dari Prof Kamaruzaman tentang negara-negara Asia Barat (Timur Tengah)
dan ISIS secara spesifiknya.
Banyak sungguh aku tak ambil tahu.
ISIS yang pada pandangan aku wujud untuk mendatangkan fitnah kepada Islam,
dengan membawa slogan jihad demi agama,
walaupun amalan mereka sangat-sangat bertentangan dengan agama Islam dengan konsep yang salah tentang jihad dan syahid.
ISIS; memporak-perandakan Islam dari dalam dan menjatuhkan nama Islam di mata dunia.
Sungguh cantik perancangan musuh-musuh agama.
" Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun! "
-Saidina 'Ali
Talk yang dihadiri pada waktu pagi
bagai ada kesinambungan dengan talk dari Habib Ali Al-Jifri yang aku hadiri pada waktu petangnya; "Uniting for the Prophet- Waging Love".
Berkisar nabi Muhammad yang membawa rahmat keseluruh alam,
bukan hanya kepada manusia,
dan bukan hanya kepada orang Islam,
tetapi seluruh makhluk Allah yang ada di muka bumi ini.
Baginda yang lemah lembut, yang menyebarkan rahmat kepada semua
dengan menawarkan keamanan.
"Allah sayang dengan orang yang melakukan kebaikan,
tetapi untuk kejahatan,
Allah benci akan perbuatan maksiat/jahat, bukan orang yang membuat maksiat/kejahatan.
Jadi apa hak kita untuk membenci orang? Membenci orang yang buat kejahatan?
Bagaimana kita boleh membenci orang yang membuat kesalahan,
walhal tugas kita ialah untuk membawa dia kepada Allah?
Bagaimana mahu membawa orang itu jika dia sendiri tahu yang kita membencinya?
Ini bukan ajaran Islam.
Kebencian bukan hanya merosakkan anda sesama manusia
tetapi kebencian juga akan merosakkan hati-hati kita di dalam dada.
Ini yang berlaku pada dunia hari ini,
kebencian + kesombongan.
Islam berperang dengan yahudi,
Islam berperang dengan kristian,
Islam berperang dengan buddha,
Islam berperang sesama Islam.
Syiah vs sunni
Sunni vs sunni
Apakah ini dipanggil Islam? Apakah ini dipanggil agama?
Sedangkan kita tahu, Rasulullah mengajar tentang keamanan, rahmat kepada semua,
dan umat Islam itu penyambung sunnah nabi yang membawa rahmat kepada semua.
Mana mungkin peperangan berlaku dengan beralasankan atas dasar agama?
Semua itu bukan atas tiket kerana agama!
Melainkan hanya dilakukan oleh orang yang ada penyakit dalam jiwanya,
penuh dengan kebencian dan kerosakan.
Dilakukan oleh orang yang jauh dari ajaran agama.
Jadi berhenti dari menyumbang kepada kebencian. Sebarkan sebanyaknya cinta kerana Allah. Senyumlah seikhlas dari hati dan ingatkan diri untuk selalu memaafkan orang lain."
Bagaimana Nabi membalas kejahatan dengan kebaikan,
membalas setiap kata buruk dengan senyuman;
kerana setiap itu datangnya dari manusia, tiada kesannya kepada Nabi selagi
Allah redha dengan baginda.
Jadi mengapa perlu kita kisah dengan kata-kata orang tentang kita sedangkan itu hanya kata-kata manusia, bukan kata-kata Allah.
Yang perlu kita kisah ialah kata-kata Allah kepada kita yang terkandung dalam Al-Quran;
"Wahai orang-orang munafiq!"
"Wahai orang-orang yang menzalimi diri sendiri!"
"Wahai orang-orang yang melampaui batas!"
Ni yang Allah kata tentang kita, yang sepatutnya kita terasa dengannya,
'Aku kah orang tu?'
Sebarkan cinta,
semoga Allah redha.
No comments:
Post a Comment