Menegur dengan berhikmah ada caranya,
terutama orang yang mahu diteguri itu lebih berusia dari kita.
Salah cara, hubungan silaturahim boleh terputus.
Hanya kerana mulut salah bicara,
walau niat asalnya menegur kerana cinta.
3 langkah penting pada pandangan aku,
yang perlu dititik berat jika kita mahu menegur kesalahan seseorang, terutama kepada yang lebih berusia:
1) Betul-betul kenali si empunya diri
Jika kita tak betul-betul mengenali seseorang itu,
boleh jadi teguran yang kita berikan salah dan tidak bersesuaian pada situasi orang tersebut,
hanya disebabkan kita yang terlampau senang menghukum dan membuat andaian,
tanpa benar-benar kenali diri dan masalahnya.
Solusi: Ambil masa untuk buat dia selesa dengan kita
dan ambil masa untuk mendengar situasi dari dirinya dan jangan terus on the spot berikan sebarang komen terutama komen negatif kepadanya. Hold on dan cari masa yang sesuai.
Biarkan dia benar-benar selesa dan kita benar-benar faham kisah dirinya, sebelum kita memberi sebarang pendapat/nasihat.
2) Bina kepercayaan
Bukan mudah untuk seseorang berkongsi kisah melainkan dia selesa dan percaya dengan kita.
Dalam hal ini, kita sendiri memainkan peranan yang sangat penting dalam membina kepercayaan dirinya terhadap kita.
Bina kepercayaannya melalui pergaulan kita sehari-hari dengan orang sekeliling;
Tunjukkan akhlak yang baik dan yang paling penting, kita perlu menepati janji dan tidak mengkhianati amanah yang diberikan, dan jangan sesekali cakap dibelakang (baca: mengutuk) orang lain.
Dalam ayat mudahnya, jika ada orang berkongsi kisah (yang jarang diceritakannya kepada orang lain) kepada kita, jangan bercerita kisah tersebut kepada orang lain, walaupun kisah itu hanya kisah biasa yang tidak mengaibkan, walaupun orang yang mahu kita kongsikan itu mengenali tuan punya cerita.
Jaga amanah tersebut dan jangan sesekali buka mulut dan jadi minah joyah!
Melainkan untuk menyelesaikan satu masalah besar yang memerlukan pendapat yang lebih matang.
Kalau setakat nak jadikan tu 'popcorn' untuk isi masa lapang, sila hentikan.
dan jangan sesekali menceritakan keburukan (baca:mengutuk) sesiapa kepada sesiapa, terutama jika mereka saling tidak mengenali. Dan lebih parah, jika mengenali.
Ini akan memberi satu label dan mindset buruk kepada diri anda sendiri dan mengurangkan kepercayaan dia terhadap anda.
Solusi: Tunjuk akhlak yang baik dan biar dia sendiri berikan kepercayaannya pada anda.
3) Bina satu hubungan yang membuatkan dia berasa aman dengan kita
Create satu perasaan 'aman' dalam hubungan kita dan dia untuk dia sedar bahawa kewujudan kita bukan sebagai pesaing atau lawan yang ingin menjatuhkan. Bina perasaan sebagai 'team mate' yang ingin membantu.
Dan lontarkan nasihat kepadanya dengan cara dan intonasi yang betul, agar egonya tidak tercabar.
Bukan dalam keadaan seolah-olah kita mahu mengajarnya, tetapi lebih kepada kita mengajaknya dan kita sendiri mahu dia memperolehi kebaikan.
Solusi: Nasihat yang hendak kita berikan bukan atas dasar 'kasihan', tetapi kerana 'cinta'.
Apa bezanya? Homework anda lah~ ;)
___________________
Konklusi untuk semua, perbaiki diri kita dulu, selari dengan teguran kita kepada orang lain.
Sifirnya mudah, anda sendiri takkan senang-senang terima nasihat dari perempuan yang tidak bertudung, menegur baju anda singkat kan?
Walaupun, nasihat yang baik itu perlu diterima tanpa memandang siapa yang menyampaikannya,
tapi kita juga manusia yang egonya tinggi.
Jadi, jika mahu orang lain mudah menerima nasihat kita, kita sendiri perlu perbaiki diri dahulu dan terima nasihat orang lain.
Cheers!
Eh sat..
Kalau macam ni cara, lamaa lah baru bole jalan nasihat tu?
Yup, untuk sesuatu perubahan itu akan ambil masa yang lama,
benda kecil yang dibuat secara istiqamah lebih berkesan dari perubahan besar secara drastik, selalunya lah.
Sabar.
Bukan dia sahaja yang akan belajar, anda juga akan belajar sesuatu.
Jadi, sabar.
:)
No comments:
Post a Comment