. TEGAK BERDIRI . TERUS BERLARI . TERBANG TINGGI .

Nov 21, 2016




There is something i wanna tell,
but I couldn't say it out loud.

Can you hear me,
or at least understand me?

Just that.
Please understand.



Nov 10, 2016




Pernahkah anda rasa menyesal dalam hidup?

Apa yang buat anda rasa menyesal?

Jika diberi peluang untuk mengubahnya, 
adakah anda akan mengubahnya?

Mengapa anda ingin mengubahnya?

Adakah setiap apa yang berlaku ini kehendak anda?

Atau sebenarnya ini semua kehendak Dia?

Pernahkah anda terfikir mengapa ini semua berlaku?

Di mana anda sekarang?

Jika anda tidak melalui nya,
dimanakah kemungkinan anda berada?
Bagaimana keadaan anda?

Adakah anda yang itu akan sama persis anda sekarang?

Jadi, saya tanya sekali lagi,
pernahkah anda rasa menyesal dalam hidup?

Dan sebenarnya,
ada ka perasaan menyesal bagi orang yang sentiasa bersyukur?






Oct 31, 2016




Perubahan.
Sampai satu ketika,
perubahan itu tetap perlu.
Walau sejauh mana kita mahu kekal,
'alam' akan tetap memaksa
untuk kita lakukan perubahan.

_______________________________

Al-kisahnya,
bateri iphone ni bermasalah,
caj 100%, tak sampai 5minit guna da turun 10%.
-.-

So mungkin ni petanda kena beli fon baru,
tapi ada beberapa faktor yang berlegar dalam otak buat aku tetap nak stay dengan fon ni.

Salah satunya,
if aku tukar fon,
no whatsapp pun kena tukar
sebab sekarang, aku masih guna no uk
as no whatsapp and if guna fon baru,
cemana nak dapat verification pin whatsapp if still nak guna no uk kan?
Dan aku takmau tukar no whatsapp tu
atas sebab tersendiri.

So end up,
aku takmau tukar fon
even bateri cam *****

Dan 'alam' akan terus 
memaksa diri
melakukan perubahan.

_______________________________

So salah 'alam' ataupun aku?

'Alam' memang itu sifatnya; tidak kekal; dunia.
Aku yang mahu menyifatkan 'alam' seperti sifat akhirat; kekal. Tidak mungkin!

Jangan terikat dengan yang tak kekal.
Jangan letakkan pengharapan pada yang tak pasti.

Berubahlah untuk kebaikan.












Oct 27, 2016




Muhasabah diri.
Diri ni hamba.

Tapi kekadang,
rasa macam diri buat sesuatu ibadah
dengan harapan permintaan dimakbulkan.
As if Allah mesti makbulkan sebagaimana diri ni nak;
sebagai bayaran dari ibadah diri ini.

Padahal siapa Tuhan?

Aku hamba, yang perlu beribadah sebagaimana Tuhan nak,
Atau Tuhan yang mesti bagi apa yang aku nak?

After all, ibadah tu untuk diri aku sendiri,
sebab Allah is self-sufficient.
He doesn't need us.

But
we need Him.



Sep 30, 2016




Terlampau fokus tentang sesuatu,
hingga pergantunganmu seolah di situ.

Seolah-olah kamu akan selamanya hidup;

Hidup di dunia,
Kebal dan
Takkan mati.

Wahan.

Penyakit wahan;
Cintakan dunia,
Takut akan mati.

Siapa Tuhan kamu?



Sep 17, 2016




لا إله إلا الله
"Tiada tuhan selain Allah."

إله iaitu Tuhan;
Maha agung yang kita sembah.

Setiap hari kita ucapkan
tiada tuhan selain Allah.

Tapi memang benar kita memaknai 
ucapan kita?
yang tiada tuhan lain selain Allah? 

Atau tanpa sedar, ada benda lain yang kita 'sembah' lebih agung dari Allah?

Internet.
Kerja.
Exam.
Harta.


Muhasabah.




Aug 30, 2016




Kerap kali aku terfikir,
'Rajinnya depa ni OT, padahal esok public (holiday) kot.'
'Apa faktor penolak depa ni nak kerja lebih masa?'
'Awat tak rileks dengan family ja kat rumah?'

Tak mengerti.

Sebab aku di sini, belum lalui fasa kehidupan mereka.
Aku; tiada tanggungan yang perlu dipertanggungjawabkan.
Atau mungkin rasa tanggungjawab (dengan kerja) tu masih sepenuhnya belum dalam tanggungan? Heh~

Dan setiap orang itu punya kisah berbeza.
Hanya cara ini, keluarga mereka akan bahagia.
Mungkin.
Aku tak tahu.
Yang pasti, mereka berusaha.

Walaupun aku masih belum sepenuhnya faham,
tapi aku yakin setiap orang ada struggle nya.

Hai orang muda, ayuh berusaha!







Aug 29, 2016



Rasa ini.
Satu yang aku pohon
hanya redhaMu.
Kekadang aku takut
sebab aku kenal diri yang lemah lalai.
Selalu pun aku menjauh,
dan dalam menjauh pun aku terjatuh.
Inikan pula terperangkap begini.

Takut.

Hanya satu aku minta;
redhaMu.

Ampunkan aku.



Aug 28, 2016




Bila otak da tak mampu mengeluarkan idea,
itu petanda ilmu yang statik.

Korek-korek buku yang beli tak baca-baca.
Kena paksa diri walaupun tak suka.






Aug 25, 2016




Bilamana benda yang hang nukilkan
dua tiga empat lima tahun lepas
terkena batang hidung hang sekarang.
Ouch sangat.

Kekadang malu baca nukilan sendiri
yang dah jadi arkib,
betapa tak matangnya aku dulu.
Betapa tak matang jugak aku sekarang.

Terus menulis rasa.
Agar diri sendiri tahu rasa itu
suatu ketika nanti menjadi rasa baru hari ini.




Aug 7, 2016




Kawan yang baik,
support kawan even kita tak totally setuju dengan keputusan dia.
As long as keputusan tu tak langgar peraturan agama,
teruskan support!
Walaupun keputusan dia agak pelik dari norma kehidupan manusia.

Support ja sebab hanya kawan hang tu ja yang tau masalah sebenar yang dia hadapi dan solusi terbaik untuk masalah dia.
Kita ni nampak kot luar tingkap ja.

Support la dia.
Bagi nasihat/ pandangan yang membina.

After all, semua orang ada struggles yang orang lain tak kan faham.

Support la beb.



Jul 10, 2016




Aku milik Allah.
Dia milik Allah.
Kau juga milik Allah.

Kita semua milik Allah.



Jun 26, 2016




Jangan sesekali bandingkan rezeki hang dengan orang lain.

Boleh jadi kemudahan yang dia alami adalah ujian buatnya.

Kita, perlu bersyukur dengan rezeki kita.
Selalu syukur.







Jun 18, 2016




Pernahkan dalam hidup
hang rasa nak buat sesuatu,
bukan sebab orang tu buat,
bukan sebab ada orang suruh,
tapi hang sendiri nak.
Sebab?
Untuk kepuasan diri sendiri.

Cepat cari benda tu 
dan buat sekarang!
Untuk diri hang sendiri puas.
Sebelum terlambat
dan menyesal sebab tak pernah cuba,
dan lagi menyesal,
bukan sebab gagal tapi,
sebab takut dengan bayang diri sendiri.

Go!



May 8, 2016




Tak salah. .
tapi perlu ada caranya.

Bagaimana?

Entah, aku sendiri buntu.


Bagaimana??

Hmmmmmm.



Salahkah?




Salahkah kalau aku nak tahu?

Salahkah untuk bertanya
perkara yang kita sendiri tak pasti tentangnya?

Tetapi ia melibatkan kita.

Hanya perlu terus diam.
Atau keluarkan soalan?

Untuk apa dan kemana?

Kita perlu tahu,
kerana itu tentang kita.
Masa hadapan kita.

Jangan kerana kita tak ambil kisah,
hidup merana, negara tergadai.

Jadi, salahkah aku?






Life is good,
as you think.



Apr 29, 2016




Alhamdulillah.

Berhenti sejenak
dan meneliti hikmah;
berbicara dengan Tuhan.

Ya, aku lemah.

Dan untuk setiap perkara,
alhamdulillah.

Alhamdulillah a'la kulli hal.
:)






Tika anda gembira menyambut kelahiran baru,
ada manusia yang sedang bersedih kehilangan anak kecil.

Tika anda gembira punya keluarga lengkap menemani,
ada manusia yang sedang bersedih kehilangan bapa yang dicintai.

Walau dalam apa keadaan pun anda,
tahan hasrat hati, untuk terselamat dari penyakit hati.

Post fb.



Apr 3, 2016




Antara kesenangan dan kesempitan,
aku pilih kesempitan.
Sebab kesempitan buat aku lebih dekat dengan Tuhan.

Dan kekadang terdetik di hati,
"Kenapa aku tidak/belum diuji?"
Sedangkan aku terlupa yang sebenarnya aku sedang diuji;
ujian kesenangan.




Apr 2, 2016




Merancang hingga ke bulan,
dan sedetik, kau tersedar
masih di bumi
bersama mimpi yang tak pasti.
Setiap detik itu penuh ketidakpastian.
Hatta sekarang; saat ini.
Kau tak pasti apa yang akan terjadi,
dua tiga saat lagi.
Masih bernyawakah aku?

Tawakal.
Tawakal kepada Allah.
Hanya itu jawapan
yang pasti.



Mar 26, 2016




Gian nak menulis.
Tapi tak tahu nak menulis apa.

I think that's the alarm,
in what condition I am in now.

Less moment to ponder or to put things in phrases.
Less time doing beneficial things.
Or yet I am lost, doing nothing.

Air yang statik
akan terus membusuk.

Go! Don't overthink.







Mar 10, 2016




Resolusi setiap hari:
-berhenti mengeluh
-lebihkan bersyukur



Mar 1, 2016




Mendengar.
Tiada apa yang berkurang jika kita meluangkan masa untuk mendengar.

Untuk bersetuju atau tidak, itu nombor dua.

Yang pertamanya ialah keterbukaan hati untuk mendengar.

Sekurang-kurangnya,
mendengar sebagai tanda menghargai.



Feb 9, 2016





Hmmm. .
Having the one who let you grow is a blessing.



Jan 17, 2016



"Aku dah 24."
Keep saying this in my mind when I feel lazy/reluctant to do things as a grown-up.

Kena ubah mindset dari
"Aku baru 24." ke
"Aku dah 24."


I am 24 and I must be one.