. TEGAK BERDIRI . TERUS BERLARI . TERBANG TINGGI .

Dec 22, 2013





Wan tanya lagi
"Bulan berapa nak balik? Taun depan posa awai, hujung bulan 6."
        "Emm, tak tau laa. Tak survey lagi tiket."

Tak sampai hati nak cakap, 
mungkin nak balik lambat sikit summer nanti atau mungkin tak balik summer ni.

tak sampai hati sebab depa famili.








Nov 27, 2013






He texts me!!
Rinduuu i lettew~ 
Haha
Dear lil bro,
All the best for your last 2 papers!
nak iphone as birthday present ea?
minta dengan MARA la gitu haha

;)
Me miss u.





Nov 19, 2013






Sakit




sangat sangat.












Nov 7, 2013




masa akan menghapuskan rasa.
yang hanya perlu ialah menunggu dan sabar,
kerana masa akan membawa rasa itu pergi, hilang ditelan zaman.


Realitikah?




Nov 6, 2013






Yang depan mata, tak semestinya dekat
dan yang di seberang benua, tak semestinya jauh.

semuanya tentang hati.


:)





Oct 21, 2013

12 hours.

Assalamualaikum!





setelah sebulan kembali ke cardiff.
setelah betul betul settle down.
setelah. . haish~ setelah sekian lama tak update entri melalui laptop
dan tulis panjang panjang benda yang berfaedah.

21-09-2013.
aku secara terancangnya telah stranded di Brunei.
aku, pipa dan seorang lagi pelajar Bristol dari Perak, nickname K.

12jam lebih kurang berada di Brunei, merupakan detik yang berharga.
bukan sebab aku di Brunei, tapi sebab pertemuan dengan K, lelaki cina sebaya.
emm, atau
mungkin jugak ada kena mengena dengan Brunei; negara yang aku tergila dari kecik = Sultan Brunei $$$!

apa apa pun, aku akan ingat moment tu.
di saat hati masih di Malaysia,
mendengar cerita dia memberi semangat untuk aku terus berjalan,
menyerahkan mereka kepadaNya.

Dia, pelajar Tahun Tiga Neuroscience, datang ke Bristol dengan berhutang bank, makcik dan mak.
sepanjang dua tahun di Bristol, hanya berjalan ke London. 2 kali mungkin?
sangat sangat passion dengan research neuroscience nya.

saat mendengar kisahnya, buat aku terfikir,
aku setahun pun, dah merata alam berjalan,
masalahnya input nak study tak setimpal langsung dengan output untuk berjalan tu.
haish~ 
duit MARA guna macam tak ingat hutang ja. mencurah curah sedekah kat ebay.

buatkan aku berazam, kalau betul betul diri ni bersyukur, sila belajar sungguh sungguh!
ramai orang struggle untuk ilmu dan pengalaman, jangan hang bazirkan.

dia, bercita cita menjadi scientist atau researcher, yang sangat berminat tentang otak manusia.
     "Neuroscience tu, lebih kurang tentang badan manusia, kan?"
"Ya, kaji tentang badan manusia, penyakit, ubat ubatan. ."
     "Kenapa tak pilih medic ja?"
"Medic? Taknak, sebab sebagai contoh, kalau seorang doktor sepanjang hayat dia, dia sembuhkan 1juta orang, lepas dia mati, hanya 1juta yang dia dapat berbakti. . tapi kalau scientist yang invent contoh satu cure untuk penyakit, dan bila dia mati, berjuta juta mungkin billion orang masih survive dengan ubatnya."

buat aku terdiam dan meneruskan suapan.
malu dengan diri sendiri, yang hanya berfikiran pendek dalam bulatan sendiri.

Bad luck yang sentiasa terjadi padanya sejak tahun pertama balik ke UK- stranded dan terlepas bus!
"Benda yang paling menarik sekali dalam badan manusia tu, ialah otak. Saya berminat sangat, sebagai satu contohnya tentang consciousness. Kamu tahu, macam mana nak buktikan consciousness? even kalau kita sedar, macam mana nak tentukan setakat mana yang kita sedar? Rate for consciousness.
   Dan kalau bole di copy memori ketika kita sedar, dan di masukkan dalam otak yang lain, mungkin akan wujud klon kita, yang mempunyai memori dan perwatakan kita. bukan kembar, tetapi kita, diri kita sendiri! dan macam mana nak buktikan klon itu adalah diri kita? dan mungkin, kalau memori dalam otak kita boleh di copy, dan dimasukkan dalam otak yang lain, kita tak kan selamanya mati. sebab setiap kali otak kita sudah tidak dapat berfungsi, kita akan mati.
   Dan setiap kali itu jugak, kita akan pindahkan memori kita dalam otak lain, membolehkan kita hidup semula dengan memori kita dahulu, contoh mudah macam kad SD kamera tu.
dan perkara tu dapat buat kita hidup selamanya.
tetapi masih sampai hari ini, tiada siapa dapat buktikan tentang consciousness.

dan ada satu kajian yang mengatakan selepas atom, selepas photon, selepas quantum, akan ada satu lagi particle yang paling paling kecik yang dikenali sebagai spirit, dan mereka kata spirit tu ialah consciousness tetapi tiada siapa yang dapat buktikan tentang kewujudan spirit tu, hingga kini."

     "Jadi awak tak percaya dengan kewujudan spirit?"

"Tak, saya yakin yang hidup atau mati seseorang tu ditentukan oleh otak. Seseorang itu akan mati, disebabkan kegagalan otak dia untuk berfungsi, once otak dia mati, seluruh anggota tak dapat berjalan seperti yang diarahkan otak, buatkan seseorang itu turut mati."

Aaah, sakitnya aku! macam mana untuk dia tahu dan percaya dengan benda benda ghaib ini,
jika bukan dengan agama?
Hati aku berdetak untuk bertanya kepercayaannya tentang kewujudan tuhan,
tetapi semua kelu di situ.

Jika dia tahu, jika dia beriman, aku rasa dialah antara yang paling bertaqwa!

pada masa yang sama, aku bersyukur dilahirkan sebagai muslim,
hidup dan percaya sebagai seorang yang bertuhan,
semuanya dicipta oleh Yang Berkuasa.
yang dididik tentang perkara nyata dan keterhadan dunia.
yang beriman dengan perkara ghaib dan kewujudan akhirat.

dan pada masa yang sama aku terfikir,
mungkin kerana aku sudah yakin dan percaya membuatkan aku malas mencari?
sedangkan dia, struggle mengkaji hanya untuk satu kebenaran.

Kebenaran yang kadang kala aku buat tak endah, ambil sambil lewa. 



Lupakah aku dengan tugasku di dunia?



dan semua ini berlaku dalam 12jam.
12jam yang sangat berharga.












Oct 15, 2013





Lebih kurang sebulan tidak mendengar suara,
hari ini terlunas juga.
Dia, tolong lindunginya untukku. 


Salam aidiladha. 
:)




Sep 2, 2013

Assalamualaikum!



147 mukasurat PDF "EN3100 MMM Projects 2013/14" di tilik.
lebih 300 tajuk.
untuk dipilih hanya 8 dari 300 tajuk.

kenapa la tajuk tajuk tu grand sangat?
baru teringat, ni tajuk final year project!
final year project untuk BEng.

mampukah aku?

kalau ni tak lepas?
kira ni tahun akhir lah.
BEng pun tak lepas, nak MEng?
heh~


tengok tajuk pun da pening.
fokuslah! jangan main.



a new chapter will start soon.
bismillah
:)




Aug 25, 2013




20-an.
Usia yang aku kira sudah perlu berfikir secara serius.
jika bukan dalam semua aspek secara sekaligus pun, atleast pilih satu aspek dalam diri untuk difikirkan secara matang.

"Kalau sekarang (perangai) macam ni, sampai bila bila pun macam ni ka?"

"Tak lah, yang penting jaga perangai, kat mana pi pun, buat orang suka kita, jangan buat orang benci. Lagi satu, jangan bagi orang ambil kesempatan..tambah tambah kalau laki. Kalau nampak orang amik kesempatan, jangan kawan dah." 

Apa guna umur puluhan jika fikiran masih belasan? 

grow up!! 






Aug 21, 2013




Tinggal lagi sebulan.
sebulan ja lagi sebelum sambung semula degree. 
3rd year.
Gillos!

Terasa betapa tuanya diri ini.




dan semua orang tengah struggle
dengan perjuangan masing masing.
Semoga Allah bantu dan redha.

#prayforummah














Aug 13, 2013







"Semua orang cantik dan hensem,
Takperlu nak tunjuk tunjuk untuk dihargai kecantikan dan kehenseman tu,
sebab dah ada orang yang menghargai tanpa kita sedari."


Pheew~!!
kena tembak sekali batang hidung yang memang da takmancung ni.

Bagi aku, asalkan orang yang kita sayang puji kita, itu cukuplah.
Takperlu orang lain ataupun semua orang pun,
sebab last last yang kita nak dengar pon dari orang yang kita sayang.
:)

Seat back and relax.




Happy eid everyone!! :D













Aug 6, 2013



dalam setiap persahabatan mesti anda akan menjumpai rakan rakan yang mempunyai nama yang sama tetapi mereka kenalan anda di tempat atau waktu yang berbeza.

dan anda mengenali si A suatu ketika dahulu dan sangat rapat dengannya.

Dan masa berlalu~

di kehadapan, anda mengenali pula si B yang bernama sama dengan si A. Pada tika itu si B menjadi teman akrab anda dan si A hilang menyepi ditelan zaman.

bertahun selepas itu, anda terjumpa si A di alam maya, dan setiap kali menyebut namanya, si B terbayang di minda.

dan nama itu terasa janggal untuk si A.
asing.



Sayu~ 

mana hilangnya persahabatan dulu bila dikenangkan semula?
manusia bergerak dengan zaman.


Salah aku kah?







Aug 2, 2013





Kalau hang minta iphone 5 dan dah dapat satu,
agak agak hang nak minta lagi tak iphone 5 yang sama? 

Mestilah tak kan! Mesti hang akan berhenti minta kan? 

Ataupun mesti hang akan minta benda yang lagi advance dari iphone 5.

Iphone 5 yang sedia ada tu? 
Tolak tepi lah apa lagi, da ada yang lebih canggih koot. . .

sebab ni la Allah tak kabulkan apa yang hang nak!

Sebab anologi yang macam ni laa
Once hang da dapat apa yang hang nak, 
mesti hang akan terus diam, berhenti dari memohon
Sedangkan yang Allah nak dengar ialah rintihan hang!

Once hang da dapat apa yang hang nak, 
hang akan minta lebih lagi dari tu dan lebih lagi
sampai kadang kadang lupa nak bersyukur dengan apa yang hang dah dapat dulu

Sebab tu lah Allah tak bagi dari awal lagi,
Dia tak mau hang lari jauh,
Dia nak hang sentiasa dekat dengan Dia.
Dia, Dia sentiasa rindu hang kot!

Kembalilah~




Aug 1, 2013




Kemarin tetiba teringin kelempung goreng,
Harini tetiba ada orang mai sedekah daging lembu + kelempung
Wahahaha
Siapa lagi yang makbulkan hajat
kalau bukan Allah kan?

hajat permintaan yang kecil pun dimakbulkan, 
tambah tambah la hajat yang besaq yang ikhlas diminta oleh hati kecik.

Apa yang penting?
Kerjasama~
Eh? 
Yang penting
make du'a!!

Pasti dimakbulkan!!


#memalamterakhirsebelumberpisah

Alkahfi jom!!








Jul 25, 2013

   


tetiba perasaan bersalah menjengah

aku minta maaf.
jika ada perkataan yang keluar buat hang rasa tak selesa,
mungkin aku tak perasan
atau mungkin aku hanya anggap gurauan yang tak disengajakan
atau mungkin kita sudah selesa membuatkan aku sambil lewa.
Maaf untuk semua kemungkinan andaian aku itu.
Dan maaf untuk kesalahan-kesalahan aku. 
Maaf untuk semuanya sekali.


#entrisepanjangzaman




Jul 21, 2013

Si Pengaut.

Assalamualaikum!





" Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan, 
balasanku hanyalah terserah kepada Allah, Tuhan sekalian alam."

tutur para anbiya' yang dipetik dari Surat Ash-Shu`arā' ( سورة الشعراء) 
surah yang ke 26 didalam Al-Quran.

apa yang tetiba muncul dalam otak aku bila terbaca tentang

Firaun yang mengaku dirinya Tuhan (26 : 29)

kaum Nabi Ibrahim yang menyembah berhala, (26 : 71)

Kaum Aad yang mendirikan bangunan-bangunan yang tersergam bukan untuk tujuan yang baik,
yang membina istana-istana dan benteng-benteng yang kukuh seperti hidup kekal selamanya (tidak mati),
yang menjatuhkan hukuman (memukul dan menyeksa) dengan kejam
sedangkan mereka dikurniakan nikmat yang sangat banyak.
(26 : 123-139)

Kaum Thamud yang memahat sebahagian dari gunung-ganang sebagai tempat tinggal dengan bijak dan bersungguh-sungguh,
yang meminta mukjizat sebagai bukti Nabi Soleh dari golongan yang benar
tetapi akhirnya menerima balasan kerana menikam unta betina. (26 : 154-157)

Kaum Nabi Lut yang mengamalkan hubungan sejenis (26 : 165-166)

dan kisah penduduk Aikah yang tidak jujur dalam perniagaan;
 mengurangkan sukatan cupak gantang dan hak-hak orang ramai.
(26 : 181-183)

ialah mereka mereka ini semuanya diazab Allah dengan setiap satu kesalahan yang dilakukan oleh setiap satu kaum yang diutuskan setiap Rasul kepadanya.

sebagai contoh Firaun yang mengaku tuhan akhirnya mati dilemaskan.
Kaum Aad mendustakan rasul akhirnya dibinasakan.
Kaum Thamud yang melakukan kerosakan dimuka bumi akhirnya diazab.
Kaum nabi Lut yang homoseksual akhirnya dihujani hujan azab yang membinasakan.
Penduduk Aikah yang tidak jujur dalam perniagaan akhirnya mereka ditimpa azab seksa hari awan mendung.

mereka diazab dengan azab yang berat, tak terperi sakitnya.

bagaimana pula dengan kita, kaum Nabi Muhammad?
yang melakukan setiap perbuatan ingkar umat umat Nabi terdahulu,

mengaku diri tuhan, hubungan sejenis, tidak jujur dalam perniagaan, membina bangunan untuk kemaksiatan, kejam dalam hukuman, tidak bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan, sembah berhala, membina bangunan bangunan tinggi seolah olah akan kekal hidup selama lamanya.

semua kesalahan umat umat terdahulu yang diulang buat oleh umat manusia sekarang. 

bagaimana pula azab yang akan menimpa kita nanti?

umat terdahulu yang melakukan satu kesalahan pun dah diazab teruk,
tambah tambah la kita, umat akhir zaman yang kaut semua kesalahan umat umat terdahulu,
mesti lagi lagi lah double triple punya azab nanti.

bak kata seorang kawan, nasib Nabi Muhammad pohon dekat Allah supaya ditangguhkan azab untuk kita, umatnya, supaya kita punya cukup masa untuk bertaubat.
Kalau tak, mesti kita dah kena azab teruk.


"Sesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.
Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani."
[26 : 190-191]


Waallahu'alam.











Jul 4, 2013






Allah yang memberi rezeki.
Dan tiada selain daripadaNya.
Alhamdulillah.










Jun 24, 2013



Mohon sedekahkan alfatihah kepada arwah sahabat saya, Sumaiyah Romli.

dua kali pertemuan masih tetap memberi kesan dalam hati. 
Sungguh pertemuan perpisahan suratan Tuhan.


sungguh aku cemburu dengan kisah kepulanganmu. Semoga Allah redha. :)


-Malaysia
  2031
  24/6/2013

Jun 19, 2013

Sakiiiit woo nak tunggu lama lama
+ perasaan teruja yang menyesakkan jiwa!
masa berlalu dengan lambat + siang yang panjang!
oh malaysia, harap bersabar~


travelodge cardiff
- 1233
   19/6/2013

Jun 16, 2013

Assalamualaikum!




Alhamdulillah selamat sampai cardiff!
dan alhamdulillah sebab takda benda pelik berlaku kat paris :)
ya, paris! bumi bertuah.


taken from the top of  arc de triomphe


setakat ini hanya dua negara europe yang aku jelajah; Spain dan France.
dan pengalaman yang satu itu aku alami di kedua dua negara.
pengalaman ditegur muslim di kedua dua negara ini.
"Assalamualaikum!"

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

[33:59]


dari airport sampailah balik ke airport semula, setiap hari mesti akan bertemu dengan muslim
yang menegur. 
:)

terasa sangat best bila ditegur dengan saudara seislam di negara yang Islam bukan majoritinya.
rasa terikat. rasa tak sendiri.

dan satu pengalaman di disneyland yang membuatkan aku menulis entri ini.
pengalaman yang cukup berharga untuk aku kongsi.

main di disneyland?
ah! takyah cita, budak budak memang cepat excited bila sampai situ!! :D

ada seorang penjaga di salah satu studio walt disney menegur kami.
katanya dia muslim. 
dan studio yang dia jaga tutup seketika tika kami pergi, 
membuatkan kami berpatah balik untuk ke tempat lain.

tiba tiba dia memanggil
dan satu dialog yang di-translate terjadi

"kamu muslim kan? saya ada satu hajat."
"iya?"
"saya mohon satu doa dari kalian. boleh?"
"semestinya! katakan apa yang perlu didoakan?" 
"tolong, tolong doakan isteri saya diberikan hidayah untuk Islam? saya muslim tapi tidak dia. tolong doakannya, boleh?" 

ah! sebak.
kasih seorang suami.
kasih sesaudara muslim.

walaupun kami tidak saling mengenali
tetapi Islam mengikat kami.

untuk itu aku juga mohon doa dari anda untuk hidayah isterinya.
kerana antara kita, doa anda lebih cepat dimakbulkan.
tolong.

Islam yang universal.










Jun 6, 2013

Assalamualaikum!


disebabkan orang tu suka stalk blog aku diam diam.
ni hadiah dia.




Happy 21st birthday!!!


u know who u are :)










Jun 1, 2013

lemah lembut?

Assalamualaikum!



Mula mula aku rasa macam tak mau share video ni
kerana takut aku menjadi salah seorang 'penyebar'.
membantu mereka menyampaikan dakyah.

tetapi bila fikirkan balik, aku tetap kena sebarkan ini
agar anda di luar sana tahu dan sedar apa yang menular di negara tercinta, Malaysia.
maka, selamat berfikir!




jika ini yang terjadi, maka perkataan "Allah" itu tiada maknanya.


selepas aku tengok video ini,
fikiran ku terbang jauh ke masa hadapan.
bagaimana anak anak aku nak menghadapi ini semua?
kuatkah mereka?
dan mampukah aku untuk membantu mereka menghadapi fitnah ini?
mampukah aku untuk mengukuhkan asas tauhid mereka?
mampukah aku untuk mengatasi semua ini?

mampukah aku?

Islam wajib ditegakkan.
dan aku tak mampu untuk semua itu secara berseorangan.

aku perlukan anda!
walau siapa pun anda
apa latar belakang anda
itu tak penting bagi aku!

yang penting, kita hamba kepada Tuhan yang sama
dan mengakui atas syahadah yang sama
dan menganuti agama yang sama,
Islam.

dan aku perlukan anda!
ya, ANDA!!

apa yang aku perhatikan sekarang, 
masalah utama dalam kalangan kita, umat Islam, kita kekurangan lemah lembut.
sifat lemah lembut.
akhlak Muhammad S.A.W.

kita kasar.
terlampau kasar hingga orang takut.
secara istilahnya kita kasar.
tidak penyabar.

ya, haruslah mempertahankan Islam bila mana Islam ditindas.
itu aku akui,
tapi cara kita dalam mempertahankan bagaimana?
kebanyakannya tidak dengan cara berhikmah.
sebab itu orang makin pandang jelik.

berlembut tetapi tegas
itu yang kita perlu.

aku tidak arif dalam bidang ini,
dan perlukan tunjuk ajar dari anda.
dan anda juga begitu!

ayuhlah sama sama kita bersatu menyebarkan yang haq.
salah satu cara mudah ialah dengan sifat lemah lembut.
maknakan perkataan dengan perbuatan,
sungguh ia lebih berkesan.

sebarkan kasih sayang dalam komuniti anda,
biar semua tahu yang Islam itu menawarkan sejahtera.


tarbiyah diri.
dan orang lain.











May 27, 2013

Assalamualaikum!





adiabatic heat addition.

tolong sesiapa jumpa pasai benda ni, share dengan aku!
serius ni serius.
otak logik aku cakap tak mungkin ada, google pon tak jumpa 
tapi mungkin ada cuma aku yang tak tau,
so please share dengan aku kalau sesiapa jumpa pasai adiabatic heat addition.

thanks in advance!


















May 25, 2013

kehadapan diriku. . .

Assalamualaikum!


sebagai menyahut seruan cadangan dari seorang kenalan
untuk menulis sepucuk surat buat diri sendiri
dimulakan dengan
"kehadapan diriku yang lalai,. . ."



Kehadapan diriku yang lalai,
             Apa khabar kamu, wahai diri? Lebih spesifiknya, apa khabar iman dan hatimu, wahai diri? Aku rasa diri aku ini tidak berapa sihat, dalam dan luaran, hingga hampir setiap masa lalai. Lalai dengan semua benda yang tak sepatutnya. Mengeluh.

Apa lagi yang aku perlukan? Rasanya semua sudah cukup, lebih dari cukup untuk aku. Dan kalau boleh dikatakan membazir, ya rezeki yang Allah limpahkan itu terlampau banyak hingga membazir bazir untuk diri ini. Tetapi aku? masih tetap tidak menghargai dan masih tetap tak bersyukur. Ya, alhamdulillahnya selalu tetapi perbuatannya tidak selari. Senaraikan semua rezeki yang ada, masa, kewangan, kelapangan, kebahagiaan, kesihatan, kemudahan, kepandaian, banyak terlampau banyak, tetapi semua itu disia siakan. Nak memanfaatkan untuk orang lain lagi lagilah jauh.

Yang aku tahu, terus hanyut lalai dengan rezeki yang melimpah. Bersyukurkah itu namanya? Membuang masa dan duit begitu saja. Ilmu terkubur sepi. Allah dah beri banyak, apa yang aku balas? Sesungguhnya Allah langsung tak rugi apa apa, melainkan aku yang merugikan diri sendiri. Wahai diri, jika engkau tahu dan sedar betapa Allah sangat melindungimu. Jika engkau betul betul sedar.

Tak malukah engkau wahai diri? Semua dah ada, tapi masih ingkar. Siapa yang rugi kalau bukan dirimu sendiri. Aibmu, jika orang tahu, mana mungkin akan ada yang mendekati lagikan mahu memuji. Tapi itu hanya rahsiamu dan Dia. Tersimpan kemas. dan kamu masih terus ingkar? Sungguh kamu tidak malu, wahai diri?! Mahu hingga sekelian manusia yang pernah wujud di alam ini tahu, baru kamu hendak tertunduk malu memohon pengampunan? sedangkan waktu itu sudah terlewat, wahai diri. Sangat sangat terlewat.
Tidak! bukan terlewat, tetapi memang sudah tiada pengampunan detik waktu itu untukmu yang ingkar.
Berhentilah menzalimi diri sendiri.

Sesungguhnya setiap rezeki yang engkau rasakan hari ini datangnya dari Allah. Pancainderamu, rupa parasmu, kepandaianmu, hartamu, keluargamu, masamu, pakaianmu, perhiasanmu, ilmu pengetahuanmu, dan senarai itu terus hingga tak tersenarai pinjaman yang Allah berikan. Apa yang kamu ada? Jasad dan ruh itu  juga milik Allah. Oleh itu, untuk apa nak dibangga banggakan dengan barang barang yang kita hanya pinjam, yang bukan milik kita?

Apa yang aku ada? Aku hanya ada amalan amalan untuk dipersembahkan di hari nyata kelak. Amalan amalan sama ada baik mahupun buruk. Dan jika baiknya sikit, buruknya banyak, bagaimana? Dan bagaimana pula jika amalan baikku itu menjadi seperti debu yang beterbangan?
Miskinlah aku! Hina.

Perumpamaan sudah tesenarai banyak di dalam Al-Quran, jika aku mahu memahami.

Dan jam terus berdetik, meninggalkan manusia yang statik 
Izrail semakin menghampir.



Yang ikhlas,
diriku yang lalai.
Buat apa saja, biar sehabis baik!!






“Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran”

 [Al-Kahf 18: 28]








#siri satu.







Assalamualaikum!



"Tanda kesempurnaan cinta adalah mencintai apa yang dicintai oleh yang dicintai."


sudah sempurnakah cinta anda?

pergh!
hihihi.


*************************


"Dan orang orang yang kafir berkata, 
" Mengapa tidak diturunkan kepadanya (Muhammad) tanda (mukjizat) dari Tuhannya?
Katakanlah, "Sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki dan memberi petunjuk orang yang bertaubat kepadaNya",
iaitu orang orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. 
Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram."
[13: 27-28]


cara mudah untuk mengingati Allah adalah dengan
 mengingati rasulNya, Muhammad
benar benar mengenali rasulNya, Muhammad
mengikuti sifat sifat dan sunnah rasulNya, Muhammad,
dan hati akan menjadi tenang.

Tanda kesempurnaan cinta adalah mencintai apa yang dicintai oleh Allah 
yakni Muhammad.



Maka, sudah sempurnakah cinta anda?






May 12, 2013

di pengakhiran chapter ketiga bahagian pertama.

Assalamualaikum!

aaaaaaaaaaaaaaaaaaa
setiap kali mesti macam ni.
benda yang sama, bosan untuk diupdate~
tapi masih nak update.
 -_-




macam sebelum ni, 
mohon doa doa dari anda, yang terbaik buat kami. 
kerana antara kita, mungkin doa anda lebih cepat dikabulkan :)



tolong sedaq diri!!





May 10, 2013

choice.

Assalamualaikum!


hidup untuk memilih.
walaupun segalanya sudah tersurat, kita masih diberi peluang untuk memilih.
nikmat yang diberikan untuk setiap insan.

memilih untuk terus ditakuk lama atau terus bergerak ke hadapan.
memilih untuk berdiam diri atau keluar menyampaikan kebenaran.
memilih untuk lari dari kelemahan atau berjuang menghadapinya.
memilih untuk melihat atau turut sama bergiat.
memilih antara haq dan batil.

apapun ia, tetap kena pilih!
pilihan raya?
hewhew~

minda yang sedar perlu dalam membuat sesuatu pilihan yang terbaik.
bukan hanya semberono membuta tuli mengikut nafsu dalam memilih.

memilih antara cita cita atau cinta (?)
memilih antara kawan atau minat.
itu masalah aku beberapa hari lepas.
perlu membuat pilihan untuk modules third year nanti, insyaAllah.
kuasa untuk memilih perjalanan pembelajaran aku diberikan  minima 80 credits
yang bermakna aku boleh membuat 8 pilihan subjek kegemaran untuk tahun ketiga nanti.



senarai subjek subjek pilihan.

8 subjek itu terlalu banyak kukira untuk dipilih.
sama ada memilih berdasarkan minat aku dalam subjek tersebut
atau memilih berdasarkan keputusan kawan kawan aku, agar aku tak menempuhnya berseorangan~
sama ada memilih untuk 100% coursework atau 100% final exam
atau kedua duanya sekali dalam setiap subjek.
sama ada memilih untuk banyakkan membaca atau terus menekan kalkulator.

dan hal hal ini yang membuatkan keputusan untuk memilih lebih merumitkan!

selepas bertungkus lumus bertanyakan senior senior dan rakan seperjuangan
ini keputusan aku.

keputusan yang akan menentukan siapakah aku di akhir tahun tiga nanti.



semoga segalanya dipermudahkan, bismillah.

adakah ini yang terbaik atau tidak?
hanya Dia yang tahu.
dan aku juga haruslah membuatkan keputusan ini sebagai yang terbaik untuk diri
jika yang baik itu yang menjadi pilihan hati.







May 4, 2013

Assalamualaikum!


"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan."
[30:22]


budak kecil itu menangis,
keliru dengan apa yang terjadi
mengapa ini yang berlaku?
mengapa ini semua berlaku di negara yang dicintai?
mengapa mengapa mengapa?

walaupun bukan aku yang berada di situ,
walaupun aku hanya memerhati jauh nun di pelusuk benua,
walaupun aku tidak pernah serius mengambil berat,
tapi tetap aku sedih dan keliru!

keliru mengapa rakyat negara ini sanggup bergaduh begitu sekali,
sedih mengapa rakyat negara ini rendah akhlaknya,
keliru mengapa rakyat negara ini berbalah sesama sendiri,
sedih mengapa rakyat negara ini menjual agamanya.
yang parahnya mengapa rakyat majoriti negara ini yang menjadi pelakon utama?

mungkin betul yang negara ini kurang rahmatNya,
hingga bertempur antara haq yang kabur dan batil yang nyata.

harapan budak kecil itu agar semuanya bersatu di bawah satu nama yang sama,
Islam yang sejahtera.
mungkin pemikiran rakyat negara ini berbeda beda, namun pegangan mereka tetap sama,
pegangan yang akan terus dipegang selamanya, 
yang tak akan mampu memecahkan, melagakan rakyat negara ini.
malah pegangan ini yang akan menyatukan rakyat negara ini,
menyatukan hati hati mereka.

walau sejauh mana jurangnya pemikiran pendapat rakyat negara ini,
mereka tetap bertuhankan Tuhan yang sama!
mereka masih bersaudara.

mengapa masih mahu membunuh saudaramu sendiri hanya kerana perbezaan fikrah?
mengapa masih mahu menelanjangkan negara ini di hadapan penduduk dunia?
mengapa masih mahu merumitkan suasana?
mengapa mengapa mengapa?
bukankah ianya mudah jika semua benar benar berimankan Tuhan yang sama?

cukuplah bagiku agamaku.


"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."
[49:13]







May 1, 2013

Assalamualaikum!




Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan 
antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh
Nabi Musa dan puteri Nabi Syuib beribu ribu tahun dahulu?


sedih tengok pemuda pemudi sekarang,
parah lagi tengok diri sendiri.

nak orang hormati diri,
perlu hormati dulu diri sendiri.

jaga hak diri sendiri, yang mana patut dan tidak sepertimana yang digariskan.
bertindak dengan pintar, kuasai persekitaran,
jangan terlalu emosi.






Apr 28, 2013

Assalamualaikum!


tengah tengah ronda kat satu blog, tejumpa link competition celebration of colour.
aku post kat facebook
memandangkan ramai kawan kawan aku yang berbakat besar dengan gajet mereka itu.

aku?
gambar gambar cokia ja yang terhasil.
tak seni.

tapi masih aku hantar juga penyertaan.
sekadar memenuhi perasaan untuk menyertai,
tanpa sebarang tujuan untuk bersaing.
hanya mengutip semangat untuk terus berseni.

























Apr 22, 2013

Assalamualaikum!


Daging itu dikelar kelar.
merah.
memancut mancut seperti pili bomba yang pecah.
merah darah yang memenuhi ruang.

hujan turun renyai renyai
membasahkan bumi
membersihkan darah
seolah olah ia memahami.

jika ditanya
ia ibarat air sungai yang mengalir
atau angin bayu yang menghembus
jika ia ditanya.

namun bukan begitu
kerana kesannya masih ada
dan aku, lelah.

- 0052
  22 April 2013
  Malaysia.











Apr 15, 2013

Assalamualaikum!



Why am I here?





aaaaaaaaaarrrghhh.
urat urat malas timbul.
4 minggu ja lagi. 4 minggu ja.
sebelum final exam, 
final exam untuk second year degree.
cepat masa berlalu.

tolong jangan malas!
walaupun ruh da ke mana mana.
mungkin sudah berehat rehat di kubang semang barangkali.
tapi tetap jasadmu masih di sini!!
kuat kuat!!
tak bole malas.






I am here to serve.






Apr 13, 2013

retirement.

Assalamualaikum!



menjaga pandangan.
salah satu perintah yang di suruh oleh Allah untuk sang lelaki dan perempuan.

mungkin anda pernah jumpa sebelum sebelum ini
doodle di facebook,
tentang bagaimana raknya sang lelaki menjaga pandangan di dunia luar
tetapi berkasih kasihan di alam maya.

sungguh fitnah akhir zaman itu berleluasa dalam pelbagai bentuk.

kalau tidak berkasih kasihan,
mungkin stalk timelinenya, gambar gambarnya.


"Sesungguhnya ada perbuatan yang menjadi kebiasaan kita hari ini, membawa ke Neraka!"


aduh!!
mananya "menjaga pandangan" yang diuar uarkan jika stalking menjadi aktiviti kegemaran?
berapa banyak tiang yang kamu langgar akibat menjaga pandangan pun hanya sia sia jika begini hasilnya.
bisa perbuatan stalk kamu itu yang menjadi tiket kamu ke neraka.

berhentilah~
cukup la memalukan dan menjatuhkan maruah diri sendiri.




terima kasih kerana menyedarkan aku, wahai spring trip!




Apr 8, 2013

~Wowoowooo balik cardiff
Wooowooowoo balik cardiff
Woowooowoo balik cardiff
Hati riang~

Riang?
Err.. Tak sangat kot bila memikirkan kerja bertimbun yang tergendala~
Haish haish

Setiap kesenangan dibayar dengan kesusahan.
Begitulah jugak setiap kesusahan. Bersenang lenang dulu, last sekali susah sesorang.

Tapi 'senang lenang' kali ni aku rasa berbaloi.
Sangat sangat berbaloi.
:D

Untuk ketemu dan tertawa bersama sama kamu adalah memori yang tak ternilai.
Thanks mates.
Jumpa lagi, insyaAllah.


- 1057, 8/4/2013
Leeds station -> Cardiff central



Apr 3, 2013

Seceria rumah yang usang.

Suatu kawasan di perkampungan di sini.
Ku lihat rumah rumah usang itu dilukis pintu dan tingkapnya,
seolah olah rumah rumah usang itu berpenghuni.

Lukisan itu mampu menceriakan rumah usang itu dan pelancong sekitarnya,
seolah olah kawasan itu hidup berpenghuni
walaupun hakikatnya ia tetap usang tanpa penghuni yang sepatutnya.

Begitulah juga hati yang usang.
Ia hanya terlindung disebalik perkara perkara yang ceria secara zahirnya,
walaupun hakikatnya ia gersang tanpa cintaNya.


-1840, 2/4/2013
Northern Ireland.

Apr 1, 2013

Islam bukan agama
tetapi Islam itu cara hidup.

Jika dia bersopan santun, itulah Islam.
Jika dia menepati masa, itulah Islam.
Jika dia berhati mulia, itulah Islam.
Jika dia menjaga hak saudaranya, itulah Islam.
Jika dia berbuat kebaikan, itulah Islam.
Jika dia membenci kejahatan, itulah Islam.

Tanpa perlu kenal siapakah dia.
Kerana dalam setiap diri manusia itu adanya fitrah Islam.

Islam adalah cara hidup
bukan sekadar agama.

-0824, 1/4/2013
Rostrevor.

Mar 28, 2013

jari jari cantik.

Assalamualaikum!







dan hari ini datang lagi.
hari yang aku tunggu tunggu.
:)

terima kasih. 
terima kasih sangat sangat
untuk segala galanya.
ya! terima kasih untuk segala galanya!!

walau berjuta kali ucapan terima kasih diungkapkan,
masih tak dapat menggambarkan rasa bersyukurnya dalam hati.
alhamdulillah ya Allah, Tuhan yang memberikan segala rezeki.
terima kasih untuk rezeki yang satu ini! aku sangat sangat bersyukur.

Dia.
seorang yang sentiasa ada buat aku.
di mana jua, bila bila masa, dari kecil hingga dewasa.
tak pernah merungut. 
sentiasa mendengar cerita cerita bosan aku.
mengambil berat segala galanya.
yang akan risau kan aku, kesihatan aku, keadaan aku.
yang akan memberikan nasihat tanpa bosan
dan akan mengulanginya lagi dan lagi dan lagi,
sampai aku boleh hafal setiap bait perkataan.

Dia.
yang aku tak boleh jual beli di mana.
yang aku tak boleh tukar ganti.
yang aku tak boleh derhakai.

Dia.
yang amat gemar memasak
dan mencuba pelbagai resepi baru,
dan setiap percubaan membuahkan hasil yang menakjubkan.
yang sangat berdikari, ke sana ke mari
berkhidmat untuk semua.
Dia penat tetapi tidak pernah mengeluh.
langsung tidak pernah mengeluh.

Aku?
aku hanya tahu membuat dia risau.
risau dengan kesihatan aku.
aku hanya tahu membuat dia marah.
marah dengan perangai sambil lewaku.
aku hanya tahu menyakitkan.
tetapi dia, sentiasa ada saat jatuh dan bangunku.

Ya Allah,
aku bersyukur kerana lahirkan aku sebagai anaknya.
dalam banyak banyak ruh yang Engkau ciptakan,
ruh aku terpilih untuk disenyawakan dalam rahimnya.
Terima Kasih ya Allah!

Berkatilah hidupnya di dunia dan akhirat.
ampunkan dosanya selama lama dia hidup dibumiMu.
berikanlah ketenangan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat
kepadanya dan ahli keluarganya.
ya Allah, redhai lah hidupnya melebihi redhanya untukku.
hanya Engkau dapat membalas jasa ibuku.




to ibu,
Happy Birthday!
i really really really love you!! 
thanks.

:D