. TEGAK BERDIRI . TERUS BERLARI . TERBANG TINGGI .

Nov 26, 2012

newbie.

Assalamualaikum!




i'm a newbie. antara koleksi yang aku suka.
klik sini untuk ke dunia lain





Nov 18, 2012

Assalamualaikum!

serabut serabut!
hati tak tenang, rasa kosong dan lost.
ya Allah, berikan petunjuk dan hidayahMu kepadaku.
doa yang sering kali dititipkan selepas solat.
tapi masih, hati terasa kosong.
serabut, stress stress!!

***********************

pernah rasa macam ni?

hidayah.
hidayah milik Allah.
dan kita manusia, perlu buru hidayah itu.
ya, semua orang sudah sedia maklum tentang ni
dan semua orang dalam pemburuan.

tapi walau sejauh mana kita buru, 
kita masih tak dapat.
jika tidak, kenapa hati aku masih juga tak tenang, serabut sepanjang masa.
adakah aku tersilap langkah dalam memburu yang buatkan aku tak berjaya?
aku muslim dan aku solat, majlis ilmu sana sini, tapi apa masalahnya?
kenapa hati masih kosong?

"Maka adakah orang yang berjalan melalui jalan yang tidak betul, yang menyebabkan dia selalu jatuh tertumus di atas mukanya, boleh mendapat hidayah--atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata?"
[67:22]

tersentak.
walau sejauh mana pon kau buru hidayah
tapi tetap hidupmu masih bergelumang dengan dosa sehari harian yang kau cipta sendiri,
sampai bila pun, kau tak akan dapat.

sesiapa saja bole memburu.
tetapi dalam pemburuan ada caranya.
yang dapat hanya orang yang terus istiqamah patuh dalam perjalanan hidupnya
bukan si chipsmore,
yang kekadang baik dan kekadang jahat.





Nov 16, 2012

Assalamualaikum!

sebut ja makanan apa, aku maseh boleh cuba untuk bertahan
tapi bila keluaq ja ni








uuuuuuuuuurrrrrrrrrrggggggggggghhhhhhhhh!!!
STRESS STRESS STRESS!!!
:((


pokok belakang rumah berbuah lebat. sungguh sakit rasa hati.



Nov 14, 2012

wahahaha

Assalamualaikum!


berjaya hasilkan gamba .gif sendiri [akhirnya]!!
:D

heh~ tak la menarik pon
tapi disebabkan sekian lama aku teringin nak cipta gamba .gif sendiri
dan semalam baru bekesempatan nak try buat disebabkan kebosanan+taktau nak buat apa, 
tanpa menyedari diri ini perlu mengulangkaji biomechanics untuk test. hewhew

maka terciptalah hasil dibawah! tadaaaa




#1 freedom


#2 freedom 

#untuk tempahan: £2.50/picture
  :P




Nov 7, 2012

advance

Assalamualaikum!



salah satu soalan final exam mathematics sem2 kat iprom dedulu
yang aku tinggal tak berjawab.






memang takboleh jawab laaa da baru ja belajaq kat sini topik ni~~~~
-__-''

Nov 3, 2012

oh, FM!

Assalamualaikum!

Fluid Mechanics.
subjek yang selalu cari masalah dengan aku.
sedangkan aku tak buat apa apa pon dekat dia.
hish.

terlalu banyak assumptions dalam FM
sampaikan satu ketika, aku rasa seolah olah aku belajar untuk dunia illusi
bukan untuk diapplykan di dunia realiti.
mana mungkin boleh buat andaian sesuka hati sedangkan realitinya tidak begitu.
hish.

ada satu ketika, aku rasa segala yang aku pelajari semuanya tipu. 
tipu semata mata.
mana mungkin satu teori dicipta atas teori yang lain yang pada asalnya hanya satu andaian? 
tipu semua ini!
bernoulli, archimedes, euler, newton dengan laws dan theories mereka.
aarghh, tipu semua tu!
kalau betul, tunjukkan aku sumber sumber segala teori itu wujud!!
tapi tika itu, aku terus terima semuanya dengan alasan ilmu itu tetap dari Allah, 
walau siapa pun yang menyampaikannya.
walaupun pada masa yang sama akal tetap buntukan logika.

pada suatu ketika juga,
minda terdetik bila membaca sejarah ilmuwan islam
merekalah ahli agama dan pada masa yang sama mereka jugalah ahli fizik, ahli kimia, mathematicians, tabib dan segala galanya.
hebatnya depa.
sampai akal logik aku tak percaya!
mana mungkin seorang manusia bole menguasai segala gala bidang ilmu.
pelik.

mungkin kerana dari sekolah rendah, aku dihamparkan dengan kisah isaac newton dengan pokok epalnya
membuatkan aku ragu ragu pada ilmuwan islam yang sangat hebat 
dalam menguasai semua bidang ilmu.

jangan salahkan aku atas keraguan tu
kerana begitu otak aku telah dibentuk dari kecil tentang ilmu sains.
semuanya datang dari newton yang berada bawah pokok epal.
jadi mana mungkin, dasar yang terpahat kemas dalam otak aku tentang ilmuwan barat sejak bangku rendah 
dapat aku hakis
hanya dengan mempelajari tentang ilmuwan islam di sekolah tingkatan tiga.

dan aku terus menuntut ilmu dalam kekeliruan.
sampai suatu ketika,
suatu rancangan tv menyedarkan aku.
ketika zaman abbasiyah saat di mana ilmu pengetahuan tersebar luas.
segala persoalan aku terjawab dari babak yang hanya beberapa minit disiarkan.

hanya satu jawapan.
Al-Quran.

mengapa ilmuwan islam itu ahli agama yang sangat hebat? 
dan pada masa yang sama merekalah ahli fizik, ahli kimia, mathematicians, tabib?
kerana mereka beriman pada Al-Quran
mereka beriman pada Al-Quran menggunakan hati.

mereka memahami Al-Quran. mengkaji saban hari.
taat dan patuh segala isinya.
kerana itu mereka mukmin yang bertakwa.

pada masa yang sama, mereka perolehi ilmu ilmu yang terkandung dalam Al-Quran tentang segala hal dalam kehidupan.
maka lahirlah pakar fizik, kimia, matematik, falak, tabib dari kalangan mukmin bertakwa ini.
merujuk pada sumber yang satu iaitu
Al-Quran.

sebagai contoh kisah Zulqarnanin dalam surah Al-Kahfi
"Bawalah kepadaku ketul-ketul besi; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, iapun berkata: Tiuplah dengan alat-alatmu, sehingga apabila ia menjadi api berkatalah ia: Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya."
[18:96]

yang kemudiannya muncul Fe dan Cu dan cara penggunaannya.
dari surah Ar-Rahman, disebutkan yang terdapat hitungan perlu dibuat untuk mengetahui peredaran bulan dan mentari

"Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu."
[55:5]

yang kemudiannya, terlahirlah pakar dalam bidang ilmu falak untuk mengkaji ilmu bintang ini.
Melalui surah yang sama, ilmu ilmu sains dijumpai

"Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu.
Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing masing tidak melampaui sempadannya."
[55:19,20]

dan juga ilmu pertukangan pada surah sebelumnya

"Dan Kami bawa naik nabi Nuh beserta pengikut pengikutnya di atas (bahtera yang dibina) dari keping keping papan dan paku"
[54:13]

yang kemudiannya, terbinalah kapal kapal besar untuk tujuan berlayar berdagang dan menyampaikan ilmu ke pelusuk dunia.

"Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah; :Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung ganang dan di pokok pokok kayu, dan juga di bangunan bangunan yang didirikan oleh manusia.
"Kemudian makanlah dari segala jenis bunga bungaan dan buah buahan, serta turutlah jalan jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". Dengan itu akan keluarlah dari dalam badannya minuman yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia dari berbagai bagai penyakit. Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda bagi orang orang yang mahu berfikir."
[16:68,69] 


semua ini terkandung dalam Al-Quran.
ya, dalam Al-Quran yang telah wujud lebih kurang 1400 tahun yang lalu.

mungkin kita tak terkesan bila jumpa iron, Fe atau copper, Cu dalam Al-Quran
kerana kita suda terbiasa sebelum ini lihat simbol simbol latin ini dalam periodic table buku sains tahun enam yang dipublished pada tahun 2001,
 sebelum menjumpainya dalam bacaan Al-Quran seharian.

tetapi cuba letakkan diri kita 1400tahun yang lalu, 
saat pertama kalinya Fe dan Cu dijumpai dalam Al-Quran.
 saat kamu sedang meneliti ayat 96 surah al-kahfi ini bersama teman temanmu di baitul hikmah pada zaman abbasiyah,
tetiba kamu menjumpai ilmu baru cara penggunaan besi dan tembaga.
kamu juga mengetahui setiap pergerakan matahari dan bulan ada perkiraannya.
kamu juga diajar bertukang, membina kapal dari kepingan papan dan paku.

dan banyak lagi ilmu ilmu
yang sebelum ini tidak kamu ketahui,
telah kamu peroleh di dalam Al-Quran.
pada suatu ketika dahulu.1400 tahun dahulu.

tidakkah hebat kamu rasa?

hanya satu buku dari Allah yang diturunkan beribu ribu tahun dahulu
mengajar kamu tentang segala cabang cabang ilmu
yang hingga kini 
kamu gunakan dalam lecture hall setiap hari.

bukankah itu sangat sangat sangat hebat? :D

dan hari ini, masalah aku dengan Fluid Mechanics selesai.
aku mula memahami perangai perangai Fluid Mechanics.
dan mungkin, kami akan bercinta semula selepas bergaduh sekian lama?
hahaha.

oh, tentang newton dan seangkatannya tu, rasanya da selesai kot.
bukankah pada dasarnya, mereka si pencuri yang menukar segala galanya?
so untuk apa lagi dibangga banggakan pada si pencuri? :P





.bila hati berbunga.