. TEGAK BERDIRI . TERUS BERLARI . TERBANG TINGGI .
Showing posts with label syair si pari pari. Show all posts
Showing posts with label syair si pari pari. Show all posts

Apr 22, 2013

Assalamualaikum!


Daging itu dikelar kelar.
merah.
memancut mancut seperti pili bomba yang pecah.
merah darah yang memenuhi ruang.

hujan turun renyai renyai
membasahkan bumi
membersihkan darah
seolah olah ia memahami.

jika ditanya
ia ibarat air sungai yang mengalir
atau angin bayu yang menghembus
jika ia ditanya.

namun bukan begitu
kerana kesannya masih ada
dan aku, lelah.

- 0052
  22 April 2013
  Malaysia.











Feb 28, 2013

Assalamualaikum!

hidup bukan untuk masa lampau
untuk terus dipenjara dalam kisah lalu.
hidup bukan untuk masa hadapan
untuk diangankan perkara yang tak pasti.

hiduplah untuk masa ini.
detik, tika dan waktu ini.

supaya masa lampau dapat dijadikan panduan,
dan masa hadapan terlakar lebih jelas.

hidup dan hayatilah~!!

:)

Jan 28, 2013

puisi buatmu.

Assalamualaikum!

"mungkin hanya setakat ini suratan takdir kita
kisah cinta yang terlakar berhenti di sini
pergi tanpa kata
meninggalkan aku sepi.

bagaimana aku harus teruskan hidup?
jika nyawanya tiada.
bagaimana untuk aku teruskan perjalanan?
jika tongkatnya hilang.

masih aku akan tetap tercari cari
walaupun kau tiada lagi di situ
ibarat layang layang yang putus tali
terbang melayang mengikut tiupan bayu."

  Kau pergi tanpa pamitan, meninggalkan aku bersendirian. Mungkin takdir kita hanya setakat ini.Walaupun aku tetap takboleh terima yang hari hari mendatangku tanpamu, namun ku cuba gagahkan diri juga. Jika dulu, aku bersemangat untuk ke kelas keranamu, tapi kini tiada lagi. Tapi masih hidup aku perlu diteruskan, aku perlu tabah! Izinkan aku untuk terus berjalan dengan bayanganmu di sisi. Selamat tinggal Mathy~ 


semester dua tanpa kamu.
:'(

Sep 26, 2012

chapter 3.

Assalamualaikum!

lima hari yang berlalu.
hati yang masih kosong seolah tiada nyawa.
first time rasa macam ni
tersangat la pelik!

* * * * * * * * * *
Croeso i caerdydd!

alhamdulillah aku sampai jugak cardiff dengan penerbangan pertama sepanjang 19tahun++ hidup.
ohh! sungguh sadis kedengaran~~~
sungguh tak percaya, dan sampai detik ni, aku tak rasa yang minda sedar aku sedar yang aku di cardiff. haha. mungkin sebab belajar di luar negara bukan antara cita cita yang aku terkejar kejar. hanya setakat angan angan matjenin sorang budak sekolah kampung.

masih jelas dalam ingatan, kata kata guru sains aku di sekolah dulu
" Saya tahu, kamu semua rasa dikongkong kan? dan kalau boleh, rasa macam nak lari ja dari rumah, kan? Boleh, larilah dari rumah..."
tika itu semua orang tercengang sambil mencipta cita cita untuk berbuat demikian. 
"...tapi dengan syarat, kamu lari rumah dengan berduit dan ditanggung! Belajar rajin rajin, minta biasiswa dan larilah sejauh mana pun kamu mahu..masa tu, parents kamu tak kan risau dah dan kamu pon happy!"

sungguh, waktu tu kata kata tersebut diresap terus dalam minda aku. disimpan kemas dalam hati. jiwa memberontak budak hingusan terus membara! 

dan akhirnya,
di sini aku~!!

bodoh.
nasib baik, kata kata positif yang diresap, kalau tak. . . .
-_-''

mungkin juga ini berkat doa seorang ibu.
tika di bangku rendah, berkali kali aku rayu untuk naik besi terbang tu.
namun, setiap rayuan akan dibalas
" Belajar rajin rajin, esok besaq naik la sendiri nak pi mana pun."
dan jawapan itu diulang dan diulang dan diulang
sampai aku boleh hafal skima jawapan untuk rayuan aku yang satu tu.

dan akhirnya,
di sini aku~!!

berkat doa ibu.
:)

aku hanya budak yang mengikut arus
tanpa sebarang harapan tinggi untuk sebuah keputusan kerana aku tahu betapa sakit bila harapan tidak seperti diharapkan.
jadi, pada masa pemohonan JPA aku ditolak, tiada rasa kesal tahap nak bunuh diri. kerana tidak aku letakkan apa apa harapan untuk keputusan itu. cukuplah hanya sekali untuk rasa sakit.

sasaran aku tinggi, setinggi langit membiru beserta usaha aku
tetapi
tidak pada harapan sesuatu keputusan setiap sasaran aku.
kerana bagi aku, apapon keputusannya semua itu rezeki dari Pemberi rezeki.
hanya doa yang terbaik untuk diri.

 alhamdulillah, arus itu membawa aku ke sini. 
merasa sesuatu yang berbeza dari norma kehidupan aku 19tahun.
 dan untuk bahagian baru ini, sasaran yang baru dicipta.
dan seperti biasa, tanpa sebarang harapan pada keputusan dari sasaran baru aku.
hanya tumpukan pada usaha mencapai sasaran.

dan di sini aku, untuk terus berjalan.

insyaAllah, semua akan ok :)


* * * * * * * * * *

adakah kerana rasa teruja yang masih berbaki? 
atau aku yang suda matang mengawal emosi?
entah, aku pon tak pasti.




bila da sampai sini, tak excited la pulak tgk mat salleh~
telebih excited jumpa melayu! 
haish, manusia~~


Feb 28, 2012

Assalamualaikum!

amanah itu berat.
amanah itu perit.


diri ini diamanah satu benda kecil yang perlu dijaga
lelah, berat sungguh amanah itu
walaupun benda kecil ini bukan apa apa 
yang sepenting benda lain yang besar saiznya.


tetapi kerana nilainya
benda kecil ini dilihat besar beharga
melebihi segala


tugas aku?
hanya perlu menjaga benda kecil ini
sebaiknya
agar ia tidak dikotori.
mudah.


tidak mudah bagi aku.
amanah ini besar.
amanah ini berat.
aku hanya senipis kulit bawang
mana mungkin mudah untuk menanggung amanah ini


tika aku sedar,
benda kecil ini aku jaga rapi
tika alpa,
tercalit kotoran, aku pandang sepi


benda kecil ini,
bukan hanya aku miliki
kamu juga
ya kamu juga ada satu
dan aku juga harus menjaga itu
agar sama sama tidak kotor angkara aku
sesungguhnya,
ini amanah yang berat.


aku harap
benda kecil ini
tidak dapat digapai tangan tangan jahat
yang ghaib mahupun tidak
tidak tercalit kotoran kotoran
lumpur mahupun dosa.
tetapi,
benda kecil ini hanya
perlu memenuhi matlamat kewujudannya.


aku selalu berdoa moga benda kecil ini
sentiasa dilindungi oleh Sang Pemberi Amanah
agar suatu tika nanti
saat aku kembalikan benda kecil ini
ia masih suci seperti dulu
saat tika aku diamanahkan.




benda kecil ini
letaknya disini
ya disini!
ia seketul daging yang dipanggil qalb.









hati.