. TEGAK BERDIRI . TERUS BERLARI . TERBANG TINGGI .

Aug 20, 2019

Limitasi Manusia

Assalamualaikum!

Haha aku tak rasa akan ada orang baca entri ni but anyway,

Sabar;
tiada limit.

Selalu saja kita menganalisa kehidupan sekeliling,
dan kadang tertanya kenapa reaksinya begitu?

Kekadang kita rasa kita akan beri tindak balas begini
apabila situasi itu berlaku pada diri.

Kita seolah tahu mana yang betul dan
mana yang salah.

Mungkin.

Mungkin juga tidak.

Hikmah dalam tindak balas.

Adakah kita tahu keseluruhan cerita?
Apakah tindakan ini akan memberikan kesan sepatutnya?

Setiap orang ada kisah berbeza.
Dan setiap kehidupan boleh berubah dalam sekelip mata
asbab ‘Kun!’
Maka jadilah (fayakun).

Berhikmahkah kita?
Dalam menghadapi ujian dunia.

Sesuatu yang disebut dulu
mungkin sudah berbeza lagunya kini.

Kerana manusia itu sifatnya baharu.

Seperti aku menerima kesan ini
seredhanya.

Terburu-buru itu memang sifat manusia,
sudah ternukil dalam Quran 17:11

Perjalanan ini kita tak tahu penghujungnya di mana,
kerana yang penting bagaimana pengakhirannya;
adakah Allah redha?
adakah kita dapat pengajaran yang berguna?

Hidup ini singkat.

Benar, dengan bersyukur, pasti kita cukup.
Dengan bersabar, pasti ada hikmah.
Dengan bertenang, pasti ada redha.

Hidup ini singkat.

Percayakan Allah;
Yang Maha Adil.

Berikan aku kelembutan dan hikmah
dalam memilih, ya Rab!