. TEGAK BERDIRI . TERUS BERLARI . TERBANG TINGGI .

Jul 27, 2011

pindah???

Assalamualaikum!

pindah??!
cerita yang panjang aku pendekkan.


semua budak laki kos aku nak pindah!! 
dari pandan indah (tempat aku menetap sekarang) ke tulip apartment dekat cempaka << nama tempat ok!




ok then apa kena mengena dengan aku???


yang anak panah hijau tuh tempat aku menetap sekarang! dekat dengan surau dan kemudahan lain
bulat hijau- stesen LRT aku naik sekarang.
bulat merah- stesen LRT akan datang.
A - rumah kediaman-to be




masalahnya setiap hari aku akan berjalan bersama mereka menaiki LRT di stesen pandan indah ke stesen pandan jaya sebelum memulakan kelas di IPROM.
dan jika ditakdirkan surat mereka itu diluluskan oleh pokcik dekan, maka akan berpindahlah mereka ke sana sebelum berpuasanya seluruh umat islam di serata dunia!


dan mulai saat itu, mereka akan menaiki LRT di stesen cempaka.


dan aku???


i also dunno what will happen to me!! 


nak ikut pindah? or stay ostel yang dah memang kat luar nih?


katakanlah kalau aku pindah,
- nak kena angkot barang yang macam "satu rumah bekeluarga" nih
- nak kena carik rumah, of kos! aku da jumpa satu bedekatan dengan rumah kediaman-to be mereka, but masalahnya kakak tuh sampai sekarang tak cakap kata putus~ haish..gpon mereka susah nak terima pelajar yang cuma menyewa untuk setahun,huhu.
- kemudahan kat situ seperti surau kat mana nak terawih t? larat nak ikut budak laki sampai ke terawih?? adoyai, kedai runcit, kedai makan tak pasti sama ada wujud ka tak.
- nak biasakan diri dengan environment baru yang aku tak tau macam mana.. aku memang amik masa yang sangat lama untuk adopt n adapt,hoho
- i'm aloneeee!!


dan katakanlah kalau aku tak pindah,
- nak kena biasakan diri jalan kaki sesorang sejauh 0.5 km yes! memang ada la housemate aku yang sama waktu kelas dengan aku..tapi bukan setiap pagi semua orang sama jadual dengan aku..huhuhu..dan nih KL, bukan kawasan aku..takot jugak, mesti!
- kelas malam!! budak laki ada nak hulurkan bantuan time kelas habis waktu malam tapi sampai bila depa nak hantar aku?? setahun?? hah! kalau aku jadi depa, aku pon tak sanggup. . . agak jauh kot pandan indah dengan cempaka!!
- dan sampai satu waktu nanti, roomate aku jugak akan bepindah..dan masa tuh aku?
- however it is, i'm still aloneee!!


hidup jangan menyusahkan.
tuh prinsip aku.
tapi sekarang semua orang dah disusahkan,
aku rasa.
maaf.


bingung.


#pssst! nih cita dilema aku time nih (rujuk waktu di atas ^)
tapi sekarang, everything's back to normal,ehe..thanks to ALLAH :)

Jul 24, 2011

Assalamualaikum!

satu peraturan telah dilanggar.
i'm really really sorry :(

Jul 22, 2011

sudah seminggu~

Assalamualaikum!

ehsan google


O R E N T A S I ! !

da nama pelajar baru, mesti tak terlepas dari orentasi kan? 

orentasi aku akhirnya berakhir semalaaam~
dan sekarang aku di rumah makngah aku!!
weehooo!! ^^

orentasi di UniKL IPROM diadakan bukan di IPROM (?)

hoho..oklaa jugak orentasi kat tempat lain, jarang dibuat orang~ 

kami orentasi kat Dr Campsite di hulu langat, selangor selama 3 malam 2 hari
betoi la 3 malam 2 hari!!
dah masuk sana memalam..kuaq pon memalam..
huhu

aktiviti aktiviti sana semuanya ok
best?
hmmm, OK laaa..
teruk?
OK laaaaaaa

semuanya ok rasanya

hidup sesorang pompuan?
pon OK! :)

x perlu risau sangat la aku rasa
semuanya ok.


just follow the flow.


# kat IPROM cuma ada 10 orang berumur 19 tahun..hebatkan? 

Jul 14, 2011

a little hope.

Assalamualaikum!

ehsan google



Mechanical enginnering untuk UniKL TDP UK batch yang ke5 ada tujuh orang makhluk di dalamnya..

enam daripadanya lelaki..seorang lagi sebaliknya..

sebaliknya? 
yo la, sebalik kepada lelaki mestilah perempuan kan~ ish

Dan aku perempuan...





YESH!! Kamu sangat pandai!!




Akulah seorang perempuan itu!!!

Huhuhu

Nyesal?

Tak! Aku tak nyesal malah bersyukur sebab nih yang aku nak..

No..no..i mean, bukan aku nak sesorang~ hish..
aku nak mechanical dan ALLAH bagi tuh, aku bersyukur
..tapi takdir ALLAH, aku sorang ja yang dapat dari tiga lagi kawan perempuan aku yang memohon dan aku tak mau tiga lagi sedih begitu :(


Dah dapat mechanical kan? then apa masalahnya?

Masalahnya aku sesorang dan aku pikir pelik pelik pelik dah sekarang 
+ takut pon ada memikirkan cabaran depan mata aku nih..

“Camna kalau jadi macam nih?”

“Camna pulak kalau jadi macam tuh?”

Dan aku keseorangan?? Huhu TT^TT
(bukan la keseorangan pon..macam la ang tak kenai lagi enam orang tuh~ haish,saja syiok wat terok kan??)
Hehehhe :P

So?

aku tau semua nih ada hikmah..

Kalau tak, mesti ALLAH dah bagi electrical kat aku

Ataupun chemical..

Tapi ALLAH tetap bagi mechanical

So mesti ada hikmah!!

Aku cuma doa sekarang yang ALLAH akan 
tunjukkan hikmah tuh secepat yang mungkin 
supaya aku lebih bersabar dan lebih bersyukur serta lebih redo :)


Moral cerita di atas :
1.  Kalau dah bepikiran negatip dari mula, sampai habis pon negatip la semuanya~ so positif kan pikiran anda!!!

2. Jangan lari dari masalah.. face it! then you will know how to solve it!!

3. Jangan buat kesimpulan terlalu awal.. jangan pikir susah tahap gaban atau senang tahap cipan hanya daripada pemerhatian dari surface.. ang sentuh pon tak lagi, camna dah tau senang ka susah? Try it first before you make a conclusion!!

4.  The important one is ALLAH has created you.. and The Creator always knows what is the best for His creation!! :)

everything is going to be fine. insyaALLAH.

Jul 13, 2011

bab kedua!

Assalamualaikum!

offer letter da sampai!!! :D
dengan tak disangkanya, aku terbangun awai pagi nih!! uhuuu, kantoi selama nih bangun lambat,hoho.. maybe sebab minggu depan da nak start sambung belajar so rutin dua bulan nih pon wajib diubah kan? 
so sambung cita, tetiba  sony ericsson W508 aku  bebunyi tepat jam 0947, tanda ada orang kol masuk..'uurrghh! nombo tak dikenali, nak angkat takmo??' aku memang benci kalau nombo yang tak kenal kol~ dengan berat hati, aku stil jawab kol tuh..suara laki! hmmm, sapa pulak yang silap tekan nombo nih??
 dia tanya anak pak bakaq..err..aku anak razak~ setelah menggoreng bebapa minit, memang panggilan tuh untuk aku! dr abang pokcik posmen nationwide..dia tanya umah kat mana untuk masuk meminang antaq surat chenta yang dinanti2!!! :D


dari pada penerangan pokcik tuh, dia seolah olah sudah berada luaq pagar rumah aku ja..aku bajet dalam 10 minit sampai laa..rupa rupanya sejam lepas tuh baru sampai,huhu..penat tercangak depan pintu tanpa breakpas~

papon, alhamdulillah! surat chenta yang ditunggu bebaloi..aku dapat 1st choice-BACHELOR OF ENGINEERING TECHNOLOGY (HONS) IN MANUFACTURING SYSTEMS TDP
dan aku akan belajar 1st year degree nih di UniKL IPROM, Cheras bermula pada 17julai2011 :)
oohh..ohhh..ayat saya sangat skema!! nak masuk degree da kan? hihi


dan cuti aku?
ya seperti yang dijangka, aku memang tak buat langsung benda benda yang aku rancang selama cuti dua bulan nih!! not even one!!

err..apa yang aku rancang???  . . . . . . . . .


dan cuti ini berlaaaaaaluuuuuu dengan sia sia..ada la aku belaja mengait sikit,hoho..tapi bukan nih yang dirancang sebenarnya~ huhu :(  tolong la tegas dengan diri sendiri!!
 apa pon kalau ada yang perasan, bulan june paling banyak entri entri yang dilahirkan~ 


banyak ka???


WHY?? sebab masa aku sangat banyak untuk dibuang!! dan lepas nih, memang konfem belog nih akan besawang balik sebab bab kedua dalam hidup aku akan bermula!! :D
wish me luck for another "first time" ok? adios!



Jul 11, 2011

attention please!!

Assalamualaikum!


"Assalamualaikum! Attention! Attention to all residents of Mahallah Khadijah, male technicians will be at all floors. So, please cover your aurah properly, thank you!"
- announcement kat UIAM dulu2..rindu bangat sih!!! :')

Jul 9, 2011

peraturan tetap peraturan!

Assalamualaikum

tadi tengahari, my family n i went to kulim haha,macam nak karang esei BI PMR..tengah kat highway, my mom suh ayah aku slow kan keta sebab takut kena speed trap..


tetiba aku tepikir, napa orang stil cipta kelajuan kereta sampai 200++ km/h sedangkan speed yang paling tinggi boleh guna pon hanya 110km/h? napa perlu cipta kelajuan meter sampai macam tuh sedangkan langsung tak boleh digunakan? kalau dah undang undang cakap 110km/h ja so napa tak cipta meter kelajuan kenderaan tuh hanya setakat 110km/h kan kan kan? 


then tetiba satu idea/ilham telintas kat otak aku!
sama jugak dengan arak!! napa ALLAH tak hapuskan terus arak kat bumi nih sedangkan kita tau yang arak tuh haram? napa arak stil ada kat bumi sedangkan kita muslim tak bole pon minum?  so baik tak payah cipta kan kan kan?


arak wujud kat bumi nih, sebab ALLAH nak uji hamba-Nya yang mana betoi betoi ikut perintahNya dan siapa yang mungkar! yesh!! sebab tuh wujudnya arak..sebagai bahan ujian!! bahan ujian kepada hukumNya! siapa yang nak ikut dan siapa yang nak ingkar!


macam tuh la jugak kewujudan meter kereta sampai 200++ km/h tuh..sebagai ujian kepada siapa yang nak ikut undang undang jalan raya dan siapa yang tidak! hehe
finally, otak aku dapat jawapan!! :D


kuning atau merah?? hanya D U N I A ~




tapi ramai jugak yang ingkar hukum ALLAH, Raja segala raja tanpa rasa besalah~
so rasanya setakat ingkar sikit ja hukum ciptaan manusia yang hina tuh, tak da masalah kot?? HAHAHA :P 


*sila tegur jika ada sebarang kesilapan yang tak sepatutnya, mecih :)

Jul 6, 2011

aku termalu sendiri!

Assalamualaikum!

ehsan google
sebelom melalut jauh, aku nak cakap yang iman aku pon senipis kulit bawang ja, tak layak nak cakap cakap nih..tapi ni hanya pandangan aku..aku lihat, aku memerhati dan dari perhatian lah lahir nya kata kata, tak gitu? so mari terjun ke perenggan di bawah!!


nih bukan isu besaq pon..hanya isu kecik di laman sosial popular-facebook. 
dari pemerhatian yang dibuat rasa macam dok karang report lab lak,hoho aku sendiri termalu dengan perbuatan sesetengah manusia sekaum aku..awat? depa buat DP tak tutup aurat?? 
aaarrghh, tuh da banyak da entri entri teguran yang dikarang blogger2 prihatin di luar sana..aku hanya mampu membenci dengan hati..depa da belajaq agama kat skola kurang lebih 11 taun..sendiri ingat la aurat sendiri..


tapi yang aku nak citakan kat sini ialah tentang relationship..ya, relationship!! 
lantaklah ampa nak declare satu bumi nih ampa bercinta, sikit pon aku tak amik pusing!! becinta la bagai nak rak pon bukan kredit celcom aku yang habis~
tapi yang aku jadi termalu nih bila kekasih abadi sepanjang hayat nih putus tetiba ditengah jalan..terjunam dalam gaung ka pa, aku tak tau..tak sempat nak tarik b4 putus kot~ :P


tak da jodoh, nak buat macam mana kan? mandi dengan tangisan ja la jawabnya~


tak! tak! bukan cinta yang tak kesampaian  nih yang buat aku termalu!! tidak sama sekali!!
yang buat aku termalu ialah..


1st: ang dah declare satu dunia "in relationship with XY" siap tag nama si kromosom XY tuh segala!


2nd: tak cukup dengan declare status..upload lagi gambar gambar! tak cukup setakat satu gambar kat wall, buat pulak satu album "cinta abadi kami ke surga" surga ke pala hotak? tak cukup jugak! terpampang muka si XX dengan kekasih jantung hati si XY as their DP~ sebesar alam pulak tuh!! haish~


3rd: sebulan relationship..gamba gamba manis bersama diupload tak cukop album..DP sentiasa bertuka menunjuk aktiviti bahagia bersama <3


4th: wall dipenuhi madah madah cinta dua merpati bahagia ke surga~ wekk!!


5th: hubungan masuk bulan ke dua, tiga, empat, liiiiiii...tutt tutt tuut maaf,talian anda terP U T U S ! ! ! 


            *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *


album "cinta abadi kami ke surga" didelete..DP dituka kepada gamba si XX berseorangan..."in relationship" dituka kepada "single" ...wall dipenuhi cacian dan makian bercampur kata kata nista si XX yang kasihan~


keesokan,
 XY was tagged in his own album- " kami bahagia selamanya" 

terpacul di news feed si XX..dengan rakus album dibuka!! uuurrghhhh!! gamba si buaya XY besama cikaro baru! :D dan malangnya bukan hanya XX yang tahu perkembangan terbaru si XY tetapi satu dunia! ya, SATU DUNIA!! this's best bro! best bro!-ayat nabil maharaja lawak


dan si XX? marah? benci? rasa terhina dan dihina lagi menghinakan?  heh~ ada aku kesah?!


hey perempuan XX!! kamu kira malu kamu? malu aku yang satu kaum dengan kamu melihat perbuatan kamu yang agak murahan itu, kamu tak mau amik kira??
weh!! maluuu sioott!  
gamba cinta abdi kau canang sana sini tetiba ilang dari simpanan??
madah madah yang selama nih jadi bukti cinta kau tersemadi baik punyeerr kat wall kau tetiba tuka jadi cacian nista??
status "in relationship" yang kau agungkan tuh tetiba tuka "single"??! putus tengah jalan??!!
seriusly, aku yang tengok rasa termalu..malu dengan perbuatan bodoh tak bijak sesetengah kaum aku~
kerana kamu seorang rosak pandangan orang lain terhadap wanita wanita muslimin yang tak berdosa kat luar sana..remember that!


kat sini bukan aku nak kata siapa siapa, tapi dah banyak kali aku jumpa kat dalam facebook aku kes camnih..ramai kawan kawan FB aku yang terima nasib macam nih..sakit iman woo tengok!


ya ukhti, aku cuma nak bagitau yang kaum lelaki yang bekromosom XY nih tak rugi apa apa pon..tengok laa, kemarin break..harini da ada peganti! yang ruginya kamu, ya kamu!! si perempuan malang!


bukan aku nak hina kaum aku, tapi aku just nak cakap realiti yang aku nampak..sebenarnya aku kesian gila bila tengok kes macam nih..tapi nak buat macam mana bila tuan punya diri pon tak kesian dengan diri sendiri~ tak kan aku lak kalut kalut nak bagi tazkirah? sekali dua boleh la, masuk kali ketiga konfem kena block terus!! hahaha


yesh! betul cakap/pesan ayah aku-
" orang lelaki nih tak rugi dan tak ada kesan apa apa pon kalau berkepit dengan perempuan..memang la dia berdosa tapi tu antara dia dengan ALLAH  la..zahirnya, dia tak terkesan apa apa pon..tapi yang nampak kesannya kat pompuan laa..buat sama sama tapi pompuan yang buncit..laki macam tuh ja la kurus dia~"


betul! aku percaya tuh! kenapa? 
sebab ayah aku pun lelaki! dan lelaki lebih kenai hati budi lelaki kan? tapi ayah aku tak temasuk golongan di atas nih ok!!


sedih weh! serius sedih aku tengok macam ni..aku harap sangat kepada gadis gadis comey sekaum aku, pelish! pelish laa jaga kehormatan anda! aku tak kisah la kalau ampa ampa semua nak berkapel ka apa (seriusly couple tuh haram & berdosa!! tapi ampa pon sendiri dah tau kan? so pikir la sendiri~) tapi tolong la bersederhana dalam perbuatan anda!!


nak upload gamba ka apa, tak kesah lah tapi ingat jugak di kemudian hari..langit tak selamanya cerah kan kekawan? :) so masa depan pon wajib difikirkan!! cinta tuh manis..tapi jangan sampai makan diri sendiri disebabkan kesilapan yang dibuat kamu pada arini..


aku nak mintak MAAF kalau bahasa aku kat atas nih agak kasar..well~ habit perempuan kan suka menyindir~ aku pon tak terkecuali,ngeh2 :P 
aku bukan nak jaga tepi skirt ampa, tapi nih apa yang aku nampak dan perhati..dan dari perhatian wujudnya kata kata..


yes! aku akui, manusia suka menilai..tapi suka menilai orang lain..kurang menilai diri sendiri..aku pon termasuk gak sebab aku kan manusia? hehe..aku tau aku pon penuh dengan kesalahan dan kesilapan, iman aku pon senipis kulit bawang..tak layak nak menegur..tapi ini hanya pandangan otak sempit aku :) 
dan tak kan nak tunggu kaum XY yang alim alim tego kita kot? lagi la betambah malu~ ish2


aku pon tak tau ke depan nanti aku macam mana..nauzubillah, aku mintak simpang dari benda benda macam nih..dan kamu! ya kamu! kamu sangat bertanggungjawab untuk menegur, memarahi, menasihati, menyindir saya hingga ke pangkal jalan jika kamu terlihat saya sudah terpesong dari jalan yang diredoi-Nya!! hidup kan perlu saling tegur menegur, ingat mengingati dan nasihat menasihati, tak gitu kekawan? :) oohh..ohhh..napa ayat aku semua cam emo semacam?? adoyai~


so lastly, kamu kamu si XX, sila jaga diri dan maruah anda! sekian~ 
dan kalau tak puas hati apa apa, jom la gadoh kat lubang komen bawah nih ok? hahaha..satu lagi nak cakap..aku sayang kamu kamu semua!! :D weh!! bukan maksud aku nih lesbo ok! dan kerana itulah wujud ini entri! :) 


#well~ kan aku da cakap, nih hanya isu kecik kat facebook ja..jangan la sentap dalam dalam sangat..lagipon kamu tak buat benda benda kat atas nih kan? ngeh3 :P



Jul 3, 2011

ke mana?

Assalamualaikum!

(-.-) huhuhu..idop aku sekarang macam roh yang terawang awang tak diterima langit & bumi! huhu..nauzubillah.
terOk kan perumpamaan tuh? but it's the best way actually to describe my feeling right now!



meh nak cita apa sebenaqnya tejadi..
1st : aku dapat info from my frens yang kami akan bedaftar pada 17 July 2011 means beberapa minit ja lagi!!


2nd : until N O W !! aku masih tak nampak any offer letter dari U terbabit~ haish


3rd : dengar lagi cerita kena buat medical check up segala..tak kan aku nak buat medical checkup siap siap? tengok2 nanti tak perlu pon benda tuh,kan membaziirr~ but then, kalau nak tunggu sampai offer letter sampai, bila tahun nya + medical check up yang agak lamaaaa nak siap??! aaarrrghhh! aku tersepit!!


4th : barang barang tak dibeli pon lagi..yes! memang aku bole angkut ja barang barang dari kolej dulu but ada la sikit sikit nak kena tambah..tapi bila da dalam situasi tersepit camnih..langsung takda semangatnya nak kemas barang!! huhuhu  ok fine! point ke-4 nih aku punya sendiri masalah! x da kena mengena~ :P


dan sekarang aku da penat nganga kat rumah tanpa apa apa kata putus..uurrrghhh!! aku tergantung!!! i hate this situation!!!! 


ehsan google














ok! da habis merungut!! thanks sebab baca entri ntah apa apa nih.

really??!

Assalamualaikum!

Perempuan sendiri kadang kadang yang memurahkan diri sendiri.
really??!


jagalah kehormatan anda!
-ehsan google




well, aku pompuan, kamu pon pompuan..so...
oppss!! apa? kamu lelaki? oh ok, boleh stop baca entri nih sekarang.

ok sambung cita..aku pompuan dan kamu pon sama
mungkin kekadang kita sendiri tak perasan yang perbuatan kita tuh sebenarnya menjatuhkan martabat sendiri..aku ulang tak perasan ok! bukan saja saja..

kita cakap cakap cakap cakap sampai kita sendiri tak ingat apa yang kita kata..tapi orang yang mendengar sedar yang kita sedang memalukan diri sendiri..
maybe benda yang kita buat tuh sebenaqnya ciput ja pun..tapi yang ciput tuh la menjatuhkan maruah kita satu tangga ke bawah..dan kalau di ulang dan ulang dan ulang..memang menjunam terus ke bawah la nampaknya~

so kepada pompuan pompuan comey, marilah kita sesama muhasabah diri b4 nak fire aku pasai entri nih, ok? :) 
actually, nih entri aku tuju kat pengusaha belog nih sendiri!! sebab dia sendiri pon tak sedar yang dia pon kekadang menjatuhkan martabat sendiri..
dan..

perempuan suka menyindir tapi tak suka disindir.
tapi bagi aku, sindiran tuh kekadang salah satu daripada cara teguran yang berkesan.. aku ulang, kadang kadang ja ok
sometimes and not always! 
dan sindiran tuh betambah berkesan kalau orang tuh maha hebat dalam menyindir!! hahaha
dan aku gagal dalam bahagian tuh. :P ngeh3~


Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya,
Siapa yang banyak salah, hilang pula harga dirinya,
bererti dia tidak warak; 
sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.
nauzubillah