. TEGAK BERDIRI . TERUS BERLARI . TERBANG TINGGI .

Oct 10, 2012

nyawa.

Assalamualaikum!


pengalaman hidup berdikari mengajar aku erti lebih menghargai.
menghargai insan tersayang, keringatnya dan lebih utama masakannya!!

setiap kali masuk dapur untuk sediakan makanan
ingatan berada di rumah.

begini rupanya perasaan ibu setiap hari
memasak untuk keluarga
selepas seharian penat bekerja.

begini rupanya perasaan ibu setiap hari
pabila masakannya
dikomplen itu ini.

begini rupanya perasaan ibu setiap hari
untuk memikirkan menu keesokannya
demi membuka selera keluarga.

begini rupanya perasaan ibu
yang aku tidak pernah tahu.

walaupun begitu
ibu tetap masak
tanpa sebarang keluhan
tanpa jemu
tanpa tahu erti penat.

sungguh, ibu sangat sangat sangat hebat!!
dan mungkin sebab itu
ibu memang layak digelar "ibu"!





.alhamdulillah.


No comments: