. TEGAK BERDIRI . TERUS BERLARI . TERBANG TINGGI .

Oct 3, 2012

Assalamualaikum!

da sebulan kat sini. eheh? banyak benda menarik aku jumpa.
salah satu yang menariknya ialah keterbukaan mereka.

2nd day aku berada di cardiff, aku dikejutkan dengan ceramah bebas seorang local di tengah tengah city center. tengah tengah orang dok lalu lalang, berdiri seorang local dengan suara lantangnya memberi khutbah.
tentang kristian.

berdiri kelilingnya beberapa orang yang tertarik untuk mendengar
di tengah kesibukan kota, banjiran orang yang lalu lalang.
sangat terbuka.

dan semalam, tika aku didapur
kawanku menegur akan botol air yang berada di atas meja makan. 
"Do you know what TRUE LOVE is?"
lilitan pelekat di botol air 1liter menarik perhatian kawanku untuk membacanya.
yeah, satu persoalan yang menarik juga ku kira untuk dipromosikan oleh pengilang botol air tu.

seusai menyiapkan makanan, aku dan dia duduk di meja makan. tarikan persoalan di botol air tadi membuatkan aku mengambilnya.
pernah jugak aku jumpa sebelum ni, teka teki yang ditulis di botol botol air di malaysia.
dan apabila dibelek, aku akan ketemu jawapan teka teki tersebut yang ditulis halus.

benda yang sama aku lakukan pada botol air itu.
untuk mencari jawapan pada persoalan menarik yang dibaca kawanku tika kami masuk ke dapur tadi.
dan bila aku pusing botol itu,
satu potongan ayat dari bible kelihatan.
menerangkan apa dan dari mana boleh dapatnya TRUE LOVE tersebut.
sangat sangat terbuka mereka menyampaikan kristian.

dan aku terfikir, kenapa tidak di malaysia semua ini berlaku?
kenapa tiada ceramah agama bebas di tengah tengah keramaian tentang keindahan islam?
kenapa tiada potongan ayat ayat cinta Allah yang diterjemahkan di botol botol air sebagai salah satu cara berdakwah?

adakah salah begitu?

mungkin kebanyakan orang akan takut untuk membeli air air tersebut memandangkan terteranya terjemahan ayat Quran di situ dengan mentaliti mereka, air tersebut mungkin telah diubati/dihembus oleh mana mana ustaz, buatkan mereka takut untuk membelinya.

tetapi mengapa perlu ada mentaliti begitu?
mengapakah perlu takut?
sedangkan Islam agama kita.

dan mungkin juga ada botol botol air yang ditampal terjemahan ayat Allah
 tapi hanya diedar di kuliah kuliah sesudah maghrib. 
tidak secara berleluasa dijual di kedai kedai minyak mahupun kedai runcit.

mengapakah perlu terhad dan terbatas?
sedangkan ini agama kita sendiri.

hanya ayat Quran yang ditampal, membuatkan fikiran memikirkan yang tidak tidak.
hanya kerana kelantangan nya bersuara, dilabelkan bukan bukan.
sedangkan itu agama kita yang perlu disampaikan tanpa keterbatasan.

dan kita malaysia, yang bebas.
mengapa perlu berbalah atas perbedaan?
 sedangkan bersatu atas satu pegangan itu lebih baik.



dan mereka di sini, terus terusan menyampaikan tanpa takut.
dan kita?





No comments: