Gelap.
Aku yang baru terjaga, bingkas bangun. Terasa lama benar tidur kali ini.
Suis lampu ditepi pintu ditekan. Terkelip kelip sebelum lampu kalimantan white off itu menyala. Langsir dijendela kutarik.
'Dah pukul berapa ni?'
ku tilik jam digital di hujung meja.
5.30pm.
Eh? Kutarik semula langsir. 5.30petang? Biar betul ni? Jam digital aku tatap lama. Tidak puas dengan itu, W508 aku capai. Ya, memang betul. Sekarang 5.30 petang. Baru 5.30petang. Mengeluh. . .
******************
5.30petang di sini sudah seperti 9 malam di Malaysia.
apakah ini?
aku rasa sesiapa yang tak cukup ketahanan mental
bole jadi gila! haha
selama 19++ tahun hidup, otak aku diset maghrib pukul 7.30malam
paling awai mungkin pukul 7.00malam.
tetiba maghrib jadi pukul 4.57 petang.
boleh bayangkan betapa lama malamnya?
dan betapa tekejutnya otak aku?
dan kalau di Malaysia
bila daun mula kekuningan dan luruh
cepat cepat baja diletakkan
atau jika keadaan sudah buruk, pokok sudah botak beranting
penebang pokok di upah
ya! pokok itu sudah mati.
harus ditebang.
tapi di sini, orang orang tak gelabah pon.
daun kuning berguguran jatuh,
tapi tiada baja diletakkan mahupun pokok ditebang.
walaupun hingga botak pokok itu hanya tinggal ranting ranting yang masih setia.
tiada seorang pon kisah.
kerana ini bukan malaysia.
pokok beranting itu akan tumbuh kembali daun daunnya pada suatu ketika.
"Dan Dialah yang menghidupkan dan mematikan; dan Dialah yang menentukan pertukaran malam dan siang. Maka tidakkah kamu mahu berfikir?"
[23:80]
AllahuAkhbar!
180° kehidupan aku sekarang berpusing
dan itu adalah bagus!
:D
AllahuAkhbar!
180° kehidupan aku sekarang berpusing
dan itu adalah bagus!
:D
No comments:
Post a Comment