. TEGAK BERDIRI . TERUS BERLARI . TERBANG TINGGI .

Mar 22, 2013

rezeki dari Tuhan.

Assalamualaikum.



Tolong! Tolong percaya dan tahu yang manusia itu berbeza.
Aku lemah dalam itu tapi tidak bagi dia,
kerana kami berbeza.

Aku tahu perasaan penat itu
bila mana diri dibandingkan.
Perbandingan itu boleh tetapi jangan melampau.
Cukup hanya sebagai pembakar semangat
tapi bukan untuk menjatuhkan!
Mungkin niatnya ingin membantu
tetapi tersalah percaturan.
Maafkanlah, kerana dia tidak tahu.
Dia hanya buntukan yang terbaik buatmu.

Jangan terlalu mengharap tinggi hingga melampaui batas sendiri.
Sungguh kamu akan sakit bilamana kamu dihimpit realiti sebenar.

Bermimpilah! Lakar impian mu~
mengikut kelebihan yang ada padamu
bukan yang ada pada orang lain.
Dengan itu harapan tinggimu insyaAllah akan menjadi kenyataan.
Walaupun jatuh, kamu tetap boleh bangun kerana yang kamu hadapi ialah realiti diri kamu sendiri, 
bukannya lakaran fantasi berdasarkan kelebihan orang lain.

Kamu mampu, kamu mampu untuk buat mereka tersenyum gembira. Percayalah!!

***************

rezeki dari Tuhan.
walau apa pun ia, bersyukurlah!
kerana bukan semua dapat kecapi apa yang kamu sedang kecapi.
bersyukurlah.

:)

can't agree more (Y)





No comments: