Tsauban radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wassalam bersabda:
"Sekelompok manusia daripada umatku akan dikenali kerana mereka datang pada hari Kiamat dengan amal
"Sekelompok manusia daripada umatku akan dikenali kerana mereka datang pada hari Kiamat dengan amal
kebaikan yang umpama gunung Tihamah. Lalu Allah menjadikan (kebaikan mereka itu) debu-debu yang berterbangan."
Tsauban berkata: "Wahai Rasulullah, ceritakan ciri-ciri mereka kepada kami agar kami tidak termasuk dalam kalangan mereka tanpa kami sedari."
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam menjawab: "Mereka itu adalah saudara kamu, daripada jenis kamu. Mereka beribadah pada waktu malam sebagaimana kamu beribadah pada waktu malam. Tetapi, mereka adalah kelompok manusia yang apabila dalam keadaan bersendirian, mereka melanggar larangan Allah (melakukan maksiat)."
[Sunan Ibn Majah, Kitab az-Zuhud, hadis no: 4245, dinilai Sahih oleh Al-Albani]
No comments:
Post a Comment