. TEGAK BERDIRI . TERUS BERLARI . TERBANG TINGGI .

Feb 2, 2013

lelaki yang lemah.

Assalamualaikum!

err. title kontroversi gila! :P
tapi tu topik entri kali ni; lelaki.
ngeh ngeh

lelaki yang lemah.
sesuatu yang bertentangan dengan fitrah kejadian mereka.
sebab macam kita tau lelakilah yang gagah perkasa, berani lagi tough~
tetiba dipanggil lemah?
err..dua alam kah?

tak tak!
bukan topik dua alam yang aku nak bincangkan.
ni cita satu alam ja. alam manusia; lelaki dan perempuan.
tak pernah wujud yang tengah tengah.

pernah satu soalan ditimbulkan.
kenapa lelaki melayu islam lemah?
kebanyakkannya lemah, mengapa?
buang masa benda benda lagha, lepak sana sini, tak matang.
kenapa?

cakap lelaki kuat,
 tapi sekali tengok, tak da langsung gambaran kuat.
apa definisi kuat tu sebenarnya?

sebagai perempuan,
aku setuju yang fitrah lelaki itu kuat dalam segalanya berbanding perempuan

tapi aku juga setuju 
yang lelaki tetap ada satu kelemahan
iaitu perempuan.

disebabkan perempuan, 
lelaki boleh jadi macam macam.
dan disebabkan perempuan juga,
mereka jadi lemah.
macam rata rata lelaki kebanyakkannya yang kita nampak sekarang.
:(

at one point, aku rasa bangga pulak!
 ya lah, hidup lelaki di tangan kami kot
bangga woo!
hahaha
kami boleh buat depa jadi baik,
dan kami jugak bole hancurkan hidup depa
wuushh~ sekelip mata.

dahsatkan?

memang dasyat fitnah wanita.

err. .
takut pulak rasa.

 wahai sekalian perempuan islam,
sampai bila hang nak tengok lelaki kita [read: lelaki melayu islam]
lemah macam yang ada sekarang ni?

lemah longlai dan terus hanyut.
tak matang. tak berfikiran jauh. main main.
kesian kesian kesian.
sedih aku tengok.

kenapa jadi macam ni?
salah satu sebabnya datang dari kita sendiri juga
 perempuan islam.

kita tau kan yang kelemahan depa ada dalam tangan kita
tetapi kenapa masih tak bantu depa?
kita kesian dengan depa,
tapi kita masih jugak berdiri tanpa buat apa apa
malah lebih teruk, hancurkan lagi hidup depa.

wahai pemudi islam,
jika engkau mahu lelaki kita berubah jadi gagah perkasa
engkau dulu perlu berubah
untuk jadikan mereka perkasa.

jaga pandanganmu
pelihara kehormatanmu
lindungi perhiasan tubuhmu
labuhkan tudungmu.

jika engkau mampu untuk semua ini
insyaAllah lelaki lelaki iu akan bisa berdiri dengan gagah.
bebas dari lemah akal fikiran. bebas dari lemah iman.

nih tak, berangan nak lelaki macam Al-Fateh
tapi kita sendiri yang hancurkan hidup depa.
mana mungkin Al-Fateh boleh survive hidup dalam fitnah wanita.


hidup perlu bertolak ansur.
kita tak akan dapat apa yang kita nak 
kalau kita sendiri tak memberi.


kalau kita kesian dengan lelaki melayu islam
dan nak mereka berubah,
kita sendiri kena tolong mereka dengan berubah.
 selari dengan diri lelaki itu sendiri yang perlu berubah.

baru boleh ada pemuda Al-Fateh,
kalau tak sehebat Sultan Muhammad Al-Fateh,
cukuplah macam Fatih Seferagic

:)

tapi!! mesti jugak ada tapi. .
niat untuk kita berubah tu mesti ikhlas kerana Allah.
untuk dapatkan keredhaan Allah.
bukan sebab lelaki. bukan sebab nak protect lelaki.
kita hanya membantu. bantu mereka, dan bantu diri kita sendiri terutamanya.
kedua duanya ada tanggungjawab sendiri. [An-Nur: 30-31]
bukan tugas kita untuk protect lelaki sebab lelaki wajib protect diri mereka sendiri.
mereka gagahkan~?


Worry about your relationship with Allah, and you will see that everything else will fall into place.









pesanan ini ditembak untuk bunuh diri sendiri dulu.
 dush!