. TEGAK BERDIRI . TERUS BERLARI . TERBANG TINGGI .

Feb 28, 2013

anda? fuuh.

Assalamualaikum!

pernahkah kekadang terdetik di hati anda,
"kan best kalau.."

sebagai contoh:
kan best kalau dia ada dengan aku.
kan best kalau aku dapat tu instead of ni.
kan best kalau benda still sama macam dulu.
kan best kalau aku boleh pilih apa aku nak instead of terima apa yang aku dapat.

eh?
lain macam ja ayat tu. . .
boleh terpesong akidah ku kira kalau ayat last tu yang terkeluar.
iyalah, menolak qada dan qadar = menolak rukun iman yang keenam.
istigfar.

perkataan "kalau". 
perkataan yang membawa kepada tak bersyukur.

pernahkah anda terfikir kenapa anda ditakdirkan begini instead of begitu?
kenapa aku ditakdirkan ada kat sini?
kenapa aku ditakdirkan jumpa dengan orang ni?
kenapa aku ditakdirkan kenal dengan si pulan?

jawapannya mudah.
sebab Allah nak membentuk anda.

kita berbeza. dan cara kita dibentuk juga mestilah berbeza.
dan Allah, Sang Pencipta, yang paling mengetahui apa yang paling terbaik.

cuba berhenti sebentar dan lihat sekeliling anda.
nampak dinding?
err. . .
maksud aku, cuba lihat dengan siapa anda berjumpa sehari harian sekarang.
di mana anda berada sekarang.
apa yang anda dapat dari mereka? apa yang anda dapat dari sekeliling anda? 
apa masalah yang anda hadapi?
apa yang anda pelajari dari mereka? 

anda sendiri ada jawapan untuk semua itu.

dan apa yang berubah di sebalik semua itu?
jawapannya ialah anda. 

ya, anda yang berubah.
tanpa anda sedari. berubah secara perlahan lahan.
adapt & adopt mengikut situasi sekeliling.

dari dia, aku belajar apa itu sabar.
dari dia, aku belajar apa itu ikhlas.
dari dia, aku belajar apa itu tepati masa.
dari dia, aku belajar apa itu matang.
dari dia, aku belajar apa itu positif.

dan dengan dia, sabar aku teruji.
dengan dia, ikhlas aku diuji.
dengan dia, masa aku teruji.
dengan dia, kematangan aku diukur.

dan dia di atas datang dari orang dan situasi yang  berbeza beza.
sehingga terbentuk aku yang hari ini.

tahu mengapa apa yang kita nak kekadang tak sama dengan apa yang kita dapat?
jawapan yang sama.
sebab "benda yang kita nak" tak dapat membentuk kita seperti kita hari ini.
tak dapat membentuk kita seperti mana "apa yang kita dapat" itu membentuk kita.
dan Allah yang paling mengetahui.

dan lihatlah diri anda di cermin sekarang.
comel? handsome?
naaah. perasan!

lihatlah anda dicermin. tidakkah anda di dalam cermin itu lebih better dari anda setahun yang dulu? 
dua tahun yang dulu? sepuluh tahun yang dulu?

mengapa?
kerana anda sedang bergerak dan berubah mengikut situasi yang anda hadapi.
kerana itu anda bole jadi lebih baik dari tahun tahun dahulu.
anda sedang dibentuk.

siapa yang membentuk anda?
takdir.
siapa yang melakar takdir?
Allah.

pernah anda terfikir betapa beruntungnya nabi Muhammad S.A.W.
kerana baginda direct dijaga oleh Allah melalui wahyu wahyu?
Allah sangat cintakan baginda. mestilah Allah sendiri yang directly guide baginda.
lagipun baginda Rasul sebab tu dapat wahyu.

kita? 
kita juga Allah sayang dan cinta. tapi kita bukan rasul untuk dapat wahyu directly.
dengan sebab itulah, Allah ketemukan kita dengan manusia manusia disekeliling,
sebagai salah satu medium untuk Allah guide kita.
Allah tak akan tinggalkan kita kecuali kita sendiri yang menjarakkan diri.

semua yang berlaku sudah dirancang oleh Perancang Hebat. 
dari sekecil kecil zarah hingga sebesar besar makhluk
hmm, type banyak banyak pun tak habis, 
cukuplah sepotong ayat ini yang sudah menjelaskan segalanya:

"..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."
[2:216]









#terasa sangatlah formal+ayu 
dengan penggunaan "anda".
huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.



No comments: