Angin petang bertiup sepoi sepoi bahasa membawa khayalan aku jauh entah ke mana. Suasana petang di rumah sangat mendamaikan. Udara segar itu aku hirup dalam dalam. Puas. Saat ini telah lama aku rindui dan saat begini tidak mungkin dapat digadai di mana mana kedai pajak gadai. Jauh fikiran aku melayang apabila tiba tiba...
Kedebuk!!
Satu ilham jatuh ke dalam otak aku.
Buaian yang dibuai laju aku hentikan secara tiba tiba, akibat refleks dari buah fikiran yang jatuh, membuatkan maksu yang berada disebelahku hampir tersungkur ke hadapan.
"Hoii, yang hang berenti ndoi tetiba ni pasai pa??"
"YEAHH!! da tau da nak buat apa!!" jerit aku teruja.
"Apa?! Ish tak betoi la budak nih.."
Stoooooooooooooooooooooppp!!
Apa??!
ingat aku nak karang novel?
tolooong laa, baca novel pon tak penah habis, ada hati nak mengarang.
report prof com dulu pon macam nak mati aku taip, baru dua tiga lai kertas da tunggang tebalik~
nak suh aku karang novel bejuta keping kertas tu??
hoh~ memang tak mungkin la
yeah!
bebalik pada intro yang sengal tadi,
aku dapat satu idea yang dapat dibuat time cuti camni.
idea ni merupakan satu eksperimen baru untuk membuang masa dan tenaga secara berhemah.
hanya idea simple ja, iaitu
buat jam hanya-wujud-satu-ja-kat-dunia-ni.
Mari kita lihat bahan bahan dan cara caranya :
Petama, kita perlu ada jam lama yang takmenarik, dan benang.
Benang benang ni boleh didapati di kedai benang yang dipenuhi dengan barang barang yang sangat menarik yang membuatkan anda teruja dan tak ingin keluar dari kedai tu!!
Untuk experiment ni, aku guna benang cross-stich..bole di dapati dalam pelbagai warna dan harga.
Lepas ampa ada jam lama yang takmenarik, first thing yang perlu dibuat ialah buang talinya. Force yang diperlukan untuk mencabut tali jam tu bergantung kepada harga jam yang ampa beli. Lagi murah jam, lagi sikit force yang digunakan.
Then, benang benang yang ada tadi akan dipotong mengikut panjang yang diperlukan. Kalau rasa pergelangan tangan tu kecik diameter batang pencil ja, potong pendek pon takpa. Untuk kesesuaian panjang benang tu, aku telah buat banyak experiments yang akhirnya menyebabkan berlaku sedikit pembaziran. :(
tapi takpa, da nama pun experiment, kita try ja la! Kalau tak salah, macam mana nak kenai yang betul, kan?
Selepas mendapat panjang benang yang ideal, kita potong benang tersebut beberapa utas (?) mengikut ketebalan tali jam yang diidamkan. Kemudian, benang benang tadi diikat ke jam lama yang takmenarik.
| antara peralatan lain yang berguna. |
Selepas selesai ikatan dibuat, tali jam mula dikait!! Yoooshh! :D
Dengan berbekalkan ilmu jenis jenis ikatan yang dipelajari time pengangkap dedulu, kita dapat membina satu jemaah ikatan yang comel~
| da siap jemaah jemaah ikatan! :D |
![]() |
Setelah selesai jemaah ikatan di tali pertama jam lama yang takmenarik, kita ulang semula step nombo (2) di tali kedua jam lama yang takmenarik.
| kantoi jam 10hinggit~ |
Jemaah ikatan terus dibina hingga siap seperti di bawah ini :)
Untuk mendapat kesan nostalgia yang lebih, pelbagai manik dan butang dari kotak ajaib bole diletakkan di jam lama yang takmenarik yang sudah menarik kini.
Finally, setelah berhempas pulas selama seminggu [campur tolak kemalasan yang melanda], akhirnya jam hanya-wujud-satu-ja-kat-dunia-ni telah terhasil!! :D
Bravoo bravoo~
* * * * *
"Awat struggle sangat smpai camnih skali? kan senang pakai ja jam yang sedia ada tu..kalau nak sangat, p cari jam tali."
"Aaaaahhh, dok diam diam laa.."
"Alang alang bagi la kat cu, buat hadiah besday arini, hi hi hi"
"No waay maaaan !!!"
-.-''




No comments:
Post a Comment