. TEGAK BERDIRI . TERUS BERLARI . TERBANG TINGGI .

Jun 25, 2012

macam mana?

Assalamualaikum!

Alhamdulillah.
:)


semakin lama, aku rasa FB semakin bosan.
kan?
ka aku sendiri ja yang perasan?
atau sebab aku terlalu online berlebihan sampai bosan sendiri?
kih kih kih :P


kawan aku cakap, sekarang fb da tak ramai yang update status,
tapi depa lebih suka share gambar gambar tazkirah, doodle, 9gag, syok sendiri.


hmm, betoi gak cakap dia.
dalam sehari tu, aku bole tengok beribu gamba yang keluar.











and alhamdulillah
kebanyakannya gamba berunsur dakwah
untuk mengingati yang lupa
dan mengajar bagi yang tidak tahu.


dan dari button share di fb,
ramai yang sudah tersedar dan kembali ke jalan yang lurus.
alhamdulillah.


tapi
tapi
kita sering terlupa..


macam mana dalam keluarga kita?


kita selalu share dengan dunia luar yang luas,
dalam dunia kita sendiri,
macam mana?


kita sering fikir
tutup aurat bila keluar
tutup aurat dengan sempurna bila keluar rumah.
tutup aurat dengan sempurna bila keluar rumah.
tutup aurat dengan sempurna bila keluar rumah.


tapi kalau dalam rumah?
auratnya mana?


dengan sepupu sepupu?
mana auratnya?
dengan abang ipar, kakak ipar?
mana tudung kepala?
dengan suami makcik, isteri pakcik?


mereka juga bukan mahram kita.
tapi kenapa tutup aurat dengan sempurna hanya bila keluar rumah?


kita sering fikir
bersentuhan dengan ajnabi haram
bersentuhan lelaki perempuan ajnabi haram.
lebih baik bersentuhan dengan babi dari ajnabi.


tapi kalau dalam rumah?
haramnya mana?



dengan sepupu sepupu?
mana haramnya?
dengan abang ipar, kakak ipar?
huluran tangan sering bersambut
dengan suami makcik, isteri pakcik?




mereka juga ajnabi kita.
tapi kenapa haramnya bersentuhan lelaki perempuan hanya bila keluar rumah?



kerana rasa hormat?
aku hormat mereka yang lebih tua dalam keluarga
sebab tu aku salam.
lagipon, aku da biasa sangat dengan suami makcik aku, abang ipar aku
dari kecik sampai aku besar, dia yang jaga,
dia aku anggap ayah kedua dah pun.
sepupu aku tu da macam adik adik aku sendiri, kembar aku, abang kakak aku.
kami dah macam keluarga.
lagipun, kami memang keluarga kan??


ya, kita memang satu keluarga.
tapi niat tetap tak menghalalkan cara.
haram tetap haram.
halal tetap halal.






jadi, macam mana?
macam mana nak ubah masyarakat?
kalau dalam rumah, benda ni kita terlepas pandang.
dalam rumah sendiri.


untuk ubah sesuatu yang sudah jadi hidup kita
amatlah payah.
sebab tu apa yang tak betul, kita perlu tepis awal awal
supaya ia tak sebati dengan kehidupan kita,
jadi darah daging kita.


tapi sekarang benda tu da jauh untuk diperbaiki.
rasa janggal pulak bila tiba tiba pakai tudung dalam rumah.
tak salam bila ketemu dan berpisah.
rasa kurang ajar pulak.


macam mana?


kata nak masuk surga bersama,
tapi
kemungkaran dibiarkan,
mana surganya?
sungguh aku tak mahu begitu.


bagaimana untuk terangkan kepada ahli keluarga kita supaya mereka tak tersinggung?
supaya masalah ini bole diubah bersama.
mungkin mereka juga tahu
tapi tiada siapa yang berani untuk mulakan dulu.


jadi, aku rasa
biarlah perubahan itu bermula dari sini.
dari diri sendiri.


cakap memang mudah
untuk kotakan percakapan tu yang susah.
tapi perubahan perlu.
walaupun sikit,
biar kita mula dulu
insyaALLAH mereka akan faham.
nak surga bersama kan?


________________________
button share tuh dakwah.
button like tuh riak.
aku rasa la.
________________________










.keluarga itu ummah.




No comments: