Wahai sahabat sahabat ku
Angkatlah wajahmu
dan lihat apa yang sedang menanti dihadapanmu..
Saat itu, kau akan sedar
bahawa kau tidak ada masa untuk melihat ke kiri dan ke kanan
Saat itu, kau tidak mahu lagi
berpaling ke belakang walaupun untuk sesaat
dan
Saat itu juga, lidahmu kelu untuk berkata
"kalaulah aku buat begitu, mungkin hari ini tak begini jadinya"..
| HIKMAH! :) ehsan google |
Mungkin antara pilihan pilihan kau buat dahulu,
kau kira ianya pilihan yang kurang tepat
kerana ia membawa ke hari ini
hari ini yang keadaannya tidak seperti yang kau harapkan..
Tapi percayalah!
apa yang berlaku adalah kehendak Maha Esa.
Tidak ada perkara yang sia sia disebalik takdir yang ditulis untuk dirimu
melainkan disebaliknya terselit kemanisan hikmah yang ALLAH sediakan buatmu
dan kalau bukan kerana "pilihan itu",
kau mungkin tidak sekuat hari ini
kau mungkin tidak bertemu insan insan yang kau temui hari ini
dan kau juga mungkin bukan dirimu yang hari ini.
Lihatlah dihadapanmu
ada yang lebih memerlukan perhatianmu
memerlukan kasih sayangmu,
memerlukan pengorbananmu
Dan untuk kali terakhir
jika kau mahu lihat ke belakang
Lihatlah!
ucapkan selamat tinggal pada kekesalan dahulu
Dan jika hari ini
kau hampir rebah
Ayuh!
sambut huluran CINTA TUHANmu
untuk bangkit dan terus melangkah.
-credit to Sarina Zakaria
2 comments:
eh2, macam kenal je blog ni sape punyer.. :p
waaa..welcome to da club!! :D
Post a Comment