. TEGAK BERDIRI . TERUS BERLARI . TERBANG TINGGI .

Sep 1, 2011

bi iznillah :)

Assalamualaikum!

aidulfitri yang ke-3


 :)


tapi sampai hari ni, aku tak rasa pun macam menyambutnya.


 :(


entah
mungkin sebab umur da semakin bertambah, jadi nikmat raya tuh semakin bekurangan
dan mungkin juga cuti yang singkat, buat diri tidak bersyukur lagi tidak puas untuk meraikannya.


ramadhan tahun nih pun aku tak rasa gembira dan puas
serius cakap aku tak puas dengan apa yang aku buat sepanjang ramadhan yang da berlalu ni!!
tak cukup ramadhan yang semakin singkat aku rasa


ni ramadhan kedua aku di luar kawasan rumah
dan tahun nih lebih mencabar ku kira
bebanding tahun lepas
ya semestinya!
sebab makanan semua sendirian berhad
tapi tak da masalah, sebab surau al-falah kan dekat?
hehe


tapi bukan tuh yang buat aku tak puas!
aku rasa amalan aku masih tak cukup
sepanjang ramadhan
ku kira banyak masa aku dibuang sia sia
tanpa pengisian yang berfaedah
urrghh!! masih lalai aku


mungkin itu juga penyebab 
aidulfitri iaitu hari kemenangan 
bagi mereka yang berjaya 
melalui ramadhan dengan jaya nya,
tidak manis bagi aku


kerana aku gagal.


Apakah kita fikir kita layak,
Untuk ke majlis orang-orang yang berjaya mencapai ijazah taqwa?
Sedang kita selama Ramadhan bersambil lewa?
Sungguh AidilFitri perayaan kembali kepada fitrah,
Maka apakah yang ada untuk manusia yang masih di tempat yang 
sama?
Ramadhan dilepaskan begitu sahaja,
Tiba-tiba AidilFitri kita yang sibuk berhari raya
Sungguh manusia itu alpa dan lupa
Tidak sedar akan dirinya siapa

#semoga kita dapat ketemu Ramadhan tahun hadapan
selamat hari raya aidulfitri, maaf atas salah dan silap
may ALLAH bless us
ameen.

No comments: