. TEGAK BERDIRI . TERUS BERLARI . TERBANG TINGGI .

Aug 19, 2012

Allahu Allah~!!

Assalamualaikum!


lagu raya yang terbaiiik sepanjang tahun~!!

alhamdulillah. best dapat dengar takbir raya tengah tengah malam live dari masjid. alhamdulillah.
berakhir satu bulan yang penuh dengan kecintaan. harap dapat jumpa lagi ya habibi, Ramadhan.

ayuh, mulakan hari baru dengan azam baru!! azam dari Ramadhan Mubarak! :D

to all, aku minta maaf atas silap dan salah yang dulu, kini dan akan datang. maaf kekawan atas kekhilafan.
salam aidilfitri buat anda dan keluarga!! :)


Aug 2, 2012

stay strong NJ!

Assalamualaikum!

dibeza bezakan.
membeza bezakan.


sungguh aku bosan!
dulu, sekarang dan sampai bila aku tak pasti benda ni akan berhenti.
aku tau perasaan hang kerna kita di tempat yang sama.
hanya pada waktu yang berbeda.
aku, hang dan dia.
dibeza bezakan oleh mereka yang membeza bezakan.
memang. sangat tertekan.
sangat sangat tertekan.


kita digasak dan terus digasak
dalam perlumbaan khayalan ciptaan mereka.
sampai satu tahap
seolah olah tiada ikhlas dalam hati.
untuk apa aku buat begini?
untuk apa?
untuk penuhi tuntutan mereka yang tak pernah puas? itu? itu sebenarnya?
dulu, sekarang dan sampai bila aku tak pasti benda ni akan berhenti.
penat.


kasihan hang.
tolong bersabar dan terus bersabar.
aku tahu hang sudah lama bertahan.
cuma tolong bertahan sebentar lagi.
janji Allah itu pasti.
hang akan dapat yang terbaik!
percaya dan terus percaya.


kita mangsa.
aku tak mahu kata kata itu buat kita putus dan makin menjauh.
sedangkan realitinya itu bukan ada apa apa
hanya kerana ketidak puasan mereka,
kita mangsa.


dulu, sekarang dan sampai bila aku tak pasti benda ni akan berhenti.
kalaulah mereka faham
yang manusia itu berbeda
dan hidup saling melengkapi.
dan kalaulah mereka faham
gasakan itu hanya akan mencambah bait bait hasad
yang memutuskan silaturahim.
sungguh perkara ini sudah lama akan berhenti.
if and only if they know and understand.


siapa mereka untuk membezakan?
sedangkan manusia itu diciptakan setaraf 
kecuali ketakwaan yang menjadi ukuran.
dan siapa pula mengukur takwa?
hanya Dia, Allah SWT.
dan bukanlah manusia, si hamba hina.


dan kekadang aku terfikir,
bagaimana jika takdir kita sebaliknya?
mungkin aku sedang merasa apa yang hang rasa.
:(








*   *   *   *   *


dapat gaji!
gaji mengulat~ kih kih
btw thanks chik :D


gaji pertama! 





Jul 30, 2012

hanya dengan dia.

Assalamualaikum!

banyak kali aku nasihat hati supaya jangan 
jangan sesekali jatuh cinta semberono
tapi 
walau sekuat mana aku cuba kawal
ia tetap hadir
dan aku tetap tak dapat menipu diri sendiri.
:(


perasaan tu da tak terkawal
buat aku sakit menyimpan sendiri.
lebih baik aku lepaskan
dari terus merebak perasaan ni.
dengan harapan dia tahu walau aku tahu itu sesuatu yang tak mungkin.

aduuh!


aku tau salah, tapi
masakan aku dapat halang 
pabila dia datang membawa cinta dengan penuh terhormat?


dia yang paling cool, terhebat, cantik akhlaknya, hensem
cukup pakej!
dan menjadi dambaan setiap orang.
dalam diam,
aku juga menunggu dia.
walaupun aku tahu, aku bukan la sesiapa.
tapi awak, saya tetap nak tunggu awak! huhu



dia sangat  sangat baik, buat aku selesa dan rindu.
nasihat nasihat darinya, buat aku sedar dari mimpi dunia.
dengan dia, aku rasa dilindungi
dan walaupun juah darinya, aku harap aku terus terlindung dengan doa dia.


masakan aku jumpa selain dari dia?
sungguh, aku jatuh cinta!


kadangkadang aku terpikir
adakah harapan untuk aku bersama dengan dia,
memiliki dia? 
dan
adakah salah untuk aku juga memiliki rasa ini?
seperti manusia lain yang juga mempunyai fitrah.


tapi aku tahu,
keredhaan Allah yang utama.
aku tetap ingat itu,
walaupun dalam hatiparah dengan perasaan ini.
cinta.
awak tahu, takpernah saya rasa macam ni. . .
dengan awak ja, mesti saya rasa lain
serius!


untuk dia,
aku harap setiap hari aku, ada dia.
walaupun itu sesuatu yang mustahil.
dan kalaulah dia tahu yang aku menanti dia.
sangat tak sabar menanti dia.
:(


aku harap, dia dapat aku miliki
selamanya. 
itu doa aku.
dan aku harap, aku masih dapat bertemu mata dengan dia
pada hari mendatang.
insyaAllah, ameen.


walaupun kita hanya berjumpa sebulan dalam setahun,
sungguh aku cinta kau, wahai Ramadhan!


untuk tahun ni, dah sepuluh hari kita dating, hehe
thanks ya awak sebab sudi datang jumpa saya lagi ^^
semoga hubungan ini terus diredhaiNya :)
luv ya~ <3










;)


Jul 26, 2012

Assalamualaikum!


sehari selepas status ni dikeluarkan, dia meninggal dunia.


sungguh, dia takda dalam senarai friend fb aku, aku tak kenai dia.
tapi status ni cukup terkesan.
dan untuk dia, Al-fatihah.






sungguh, kita dapat rasa saat kita tiba?



Jul 23, 2012

Assalamualaikum!




"Patutkah kamu menyuruh manusia berbuat kebaikan 
sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; 
padahal kamu semua membaca Kitab Allah,
 tidakkah kamu berakal?" 
[2:44]