dibeza bezakan.
membeza bezakan.
sungguh aku bosan!
dulu, sekarang dan sampai bila aku tak pasti benda ni akan berhenti.
aku tau perasaan hang kerna kita di tempat yang sama.
hanya pada waktu yang berbeda.
aku, hang dan dia.
dibeza bezakan oleh mereka yang membeza bezakan.
memang. sangat tertekan.
sangat sangat tertekan.
kita digasak dan terus digasak
dalam perlumbaan khayalan ciptaan mereka.
sampai satu tahap
seolah olah tiada ikhlas dalam hati.
untuk apa aku buat begini?
untuk apa?
untuk penuhi tuntutan mereka yang tak pernah puas? itu? itu sebenarnya?
dulu, sekarang dan sampai bila aku tak pasti benda ni akan berhenti.
penat.
kasihan hang.
tolong bersabar dan terus bersabar.
aku tahu hang sudah lama bertahan.
cuma tolong bertahan sebentar lagi.
janji Allah itu pasti.
hang akan dapat yang terbaik!
percaya dan terus percaya.
kita mangsa.
aku tak mahu kata kata itu buat kita putus dan makin menjauh.
sedangkan realitinya itu bukan ada apa apa
hanya kerana ketidak puasan mereka,
kita mangsa.
dulu, sekarang dan sampai bila aku tak pasti benda ni akan berhenti.
kalaulah mereka faham
yang manusia itu berbeda
dan hidup saling melengkapi.
dan kalaulah mereka faham
gasakan itu hanya akan mencambah bait bait hasad
yang memutuskan silaturahim.
sungguh perkara ini sudah lama akan berhenti.
if and only if they know and understand.
siapa mereka untuk membezakan?
sedangkan manusia itu diciptakan setaraf
kecuali ketakwaan yang menjadi ukuran.
dan siapa pula mengukur takwa?
hanya Dia, Allah SWT.
dan bukanlah manusia, si hamba hina.
dan kekadang aku terfikir,
bagaimana jika takdir kita sebaliknya?
mungkin aku sedang merasa apa yang hang rasa.
:(
* * * * *
dapat gaji!
gaji mengulat~ kih kih
btw thanks chik :D
| gaji pertama! |
No comments:
Post a Comment