. TEGAK BERDIRI . TERUS BERLARI . TERBANG TINGGI .

Jul 4, 2014




Berkenaan video nak sedekah kurma tapi tak boleh masuk bazar sebab tak da surat.

Lelaki baju biru memang pelik, tak dinafikan lagi dan tak payah dibincangkan+dihuraikan lagi.
Tapi yang aku terfikir sekarang ialah
orang yang nak memberikan kurma tu.

Perlu ka pakai baju yang melambangkan sesuatu organisasi if niat dia betul betul nak bersedekah?
Mungkin nak bagitau sedekah tu ditaja oleh pihak ini, 
sambil menyelam minum air lah.
Tapi untuk apa? Perlu kah?

Aku tak tahu.

Yang aku tahu, 
jika niat untuk berkongsi (sedekah),
maka bersihkan niat itu untuk berkongsi (sedekah).

Sebab suatu hari nanti, orang akan tahu juga dari mana si baju putih itu datang.
InsyaAllah.

:)




Jul 1, 2014





Terkesima. 
Macam ada arus elektrik mengalir dalam badan ini bila aku dengar kata yang keluar dari mulut itu.

Ya Allah! Sedih. Sangat sangat sedih.
Sedih lagi bila mulut aku kelu untuk menutur yang sepatutnya.
Membiarkan saja kau berlalu pergi.

Apa aku dah buat?
Apa aku nak buat?

Tinggalkan kau, tak mungkin sekali!
Tapi. . aku tak mampu.
Hanya dengan hati, aku membenci.


"Oleh sebab orang yang kufur ingkar tidak percayakan hari akhirat,
maka ia tidak mengakui kebenaran yang diwajibkan meyakininya;
dan ia tidak mengerjakan sembahyang yang difardhukan mengerjakannya!

Akan tetapi ia mendustakan dan berpaling ingkar!

Kemudian ia pergi kepada keluarganya dengan berlagak sombong megah.

Wahai orang yang kufur ingkar!
Sudahlah dekat kepadamu kebinasaanmu,
sudahlah dekat!"

(75: 31-34)


Bait bait ayat ku susun rapi dalam minda. 
Tapi masih, di muka pintu itu sepi, 
aku biarkan kau pergi.

:'(

Yang rapat itu lebih susah untuk diteguri.
Namun aku sayang kau masih. . .












Jun 29, 2014





Perasaan ini lain.
Perasaan bila melihat orang ramai berpusu pusu di depan pintu darul isra sebelum insya tadi,
perasaan teruja tahap dewa.

Pada mula mula aku membuat keputusan untuk berpuasa di sini,
agak ragu ragu juga dengan diri sendiri.
Mampukah berpuasa buat pertama kali di negara orang ditambah waktu puasa yang agak panjang?
Dua tiga hari sebelum tibanya Ramadhan, hati gusar tiada sebab.

Semua perasaan itu bertukar saat kaki melangkah untuk solat terawikh,
menyambut kedatangan Ramadhan sebentar tadi.
Hati yang gusar bertukar teruja yang teramat, saat melihat saudara seislam lain mengorak langkah menuju arah yang sama.

Tahun tahun sebelum ini, disebelah aku mesti makcik makcik dari satu kampung
atau mungkin jauh sedikit, dari kampung sebelah.
Tetapi tadi, pelbagai bangsa, pelbagai warna kulit, pelbagai mazhab sujud pada Tuhan yang sama, menyambut kedatangan Ramadhan.
Allahu!
Perasaan tu, tak dapat digambarkan.
Walau di bumi asing, yang bukan majoritinya islam, masih tidak keseorangan.

:')

Sedang menunggu waktu bersahur memandangkan jarak antara insya dan subuh hanya 4jam.

Selamat menjalani ibadah puasa buat semua! 
Ramadhan Kareem.





Jun 28, 2014

Dari zagora ke hati.






Kurma dari zagora.
Dibeli ketika aku ditengah perjalanan menuju ke sahara.
Bukan dibeli kerana aku lapar atau mengidamkan,
tetapi kerana kasihan melihatkan si kecil itu.
10 tahun umurnya, kanak kanak yang bernama Muhammad itu.
Dia yang menjual kurma yang berharga hanya 25dirham sekotak.
Aku tika seusianya tidak tahu apa apa,
hanya berlari main di halaman rumah.
Tidak perlu memikirkan kewangan keluarga.
Tidak perlu bersusah payah menunggu di tepi jalan sebegitu.
Hidup terlalu mewah.
Tersentuh hati bila memikirkan nikmat Tuhan sejak dari kecil.

Melihat keadaan hidup penduduk di sini
buat aku tunduk memikir.
Mengapa dari duit yang aku belanjakan ke sini, tak dapat dikongsikan dengan mereka walau sedikit pun?
Padahal duit yang ada di poket sudah melebihi keperluan.
Ku kira, itu bukan cara bersyukur yang betul.
Tidak cukup dengan hanya "alhamdulillah" menjadi ucapan,
tetapi maknakan perkataan dengan perbuatan, untuk mereka yang memerlukan.

"Mereka menanyakan kepadamu (Muhammad) tentang arak dan judi.
 Katakanlah, "Pada keduanya terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia. 
Tetapi dosanya lebih besar dari manfaatnya." 
Dan mereka menanyakan kepadamu tentang apa yang harus mereka infakkan.
Katakanlah, "Kelebihan dari apa yang diperlukan."
Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu agar kamu memikirkan"

(2:219)


Boleh simpan kurma zagora ni untuk sahur & buka puasa :)
Salam Ramadhan untuk semua!




Jun 18, 2014

Sesuatu yang pasti

 

Berapa peratus kepastian kita dapat bertemu dengan Ramadhan tahun ni?

0%

Sebab kematian itu lebih hampir.

Dua tiga hari ni dapat berita kematian yang tidak disangka.
Kisah sahabat terdekat keluarga yang meninggal dunia.
Dan satu kisah pelajar di uni of surrey yang bakal graduate tahun ini, juga meninggal dunia.
Semuanya berlaku dengan pantas, dengan pasti.
Beberapa hari lagi bertemu Ramadhan yang tak pasti milik siapa lagi.

Allah, sampaikan aku pada Ramadhan.
Sampaikan aku pada keluarga
dengan izinMu.

Mati itu sangat hampir sangat pasti
dari seluruh dunia dan seisi.
Persoalannya apa persediaan kita menemui mati?

Alfatihah buat arwah dan keluarga.

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; 
dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar);
dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap tiap sesuatu."

(64:11)




#teguranilahi