. TEGAK BERDIRI . TERUS BERLARI . TERBANG TINGGI .

Jun 28, 2014

Dari zagora ke hati.






Kurma dari zagora.
Dibeli ketika aku ditengah perjalanan menuju ke sahara.
Bukan dibeli kerana aku lapar atau mengidamkan,
tetapi kerana kasihan melihatkan si kecil itu.
10 tahun umurnya, kanak kanak yang bernama Muhammad itu.
Dia yang menjual kurma yang berharga hanya 25dirham sekotak.
Aku tika seusianya tidak tahu apa apa,
hanya berlari main di halaman rumah.
Tidak perlu memikirkan kewangan keluarga.
Tidak perlu bersusah payah menunggu di tepi jalan sebegitu.
Hidup terlalu mewah.
Tersentuh hati bila memikirkan nikmat Tuhan sejak dari kecil.

Melihat keadaan hidup penduduk di sini
buat aku tunduk memikir.
Mengapa dari duit yang aku belanjakan ke sini, tak dapat dikongsikan dengan mereka walau sedikit pun?
Padahal duit yang ada di poket sudah melebihi keperluan.
Ku kira, itu bukan cara bersyukur yang betul.
Tidak cukup dengan hanya "alhamdulillah" menjadi ucapan,
tetapi maknakan perkataan dengan perbuatan, untuk mereka yang memerlukan.

"Mereka menanyakan kepadamu (Muhammad) tentang arak dan judi.
 Katakanlah, "Pada keduanya terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia. 
Tetapi dosanya lebih besar dari manfaatnya." 
Dan mereka menanyakan kepadamu tentang apa yang harus mereka infakkan.
Katakanlah, "Kelebihan dari apa yang diperlukan."
Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu agar kamu memikirkan"

(2:219)


Boleh simpan kurma zagora ni untuk sahur & buka puasa :)
Salam Ramadhan untuk semua!




No comments: