. TEGAK BERDIRI . TERUS BERLARI . TERBANG TINGGI .

Jun 21, 2012

projek mini.

Assalamualaikum!


Angin petang bertiup sepoi sepoi bahasa membawa khayalan aku jauh entah ke mana. Suasana petang di rumah sangat mendamaikan. Udara segar itu aku hirup dalam dalam. Puas. Saat ini telah lama aku rindui dan saat begini tidak mungkin dapat digadai di mana mana kedai pajak gadai. Jauh fikiran aku melayang apabila tiba tiba...
Kedebuk!!
Satu ilham jatuh ke dalam otak aku.
Buaian yang dibuai laju aku hentikan secara tiba tiba, akibat refleks dari buah fikiran yang jatuh, membuatkan maksu yang berada disebelahku hampir tersungkur  ke hadapan.

"Hoii, yang hang berenti ndoi tetiba ni pasai pa??"
"YEAHH!! da tau da nak buat apa!!" jerit aku teruja.
"Apa?! Ish tak betoi la budak nih.."












Stoooooooooooooooooooooppp!!


Apa??!
ingat aku nak karang novel?
tolooong laa, baca novel pon tak penah habis, ada hati nak mengarang.
report prof com dulu pon macam nak mati aku taip, baru dua tiga lai kertas da tunggang tebalik~
nak suh aku karang novel bejuta keping kertas tu??
hoh~ memang tak mungkin la


yeah!
bebalik pada intro yang sengal tadi,
aku dapat satu idea yang dapat dibuat time cuti camni.
idea ni merupakan satu eksperimen baru untuk membuang masa dan tenaga secara berhemah.
hanya idea simple ja, iaitu
buat jam hanya-wujud-satu-ja-kat-dunia-ni.


Mari kita lihat bahan bahan dan cara caranya :


Petama, kita perlu ada jam lama yang takmenarik, dan benang.
Benang benang ni boleh didapati di kedai benang yang dipenuhi dengan barang barang yang sangat menarik yang membuatkan anda teruja dan tak ingin keluar dari kedai tu!!
Untuk experiment ni, aku guna benang cross-stich..bole di dapati dalam pelbagai warna dan harga.



Lepas ampa ada jam lama yang takmenarik, first thing yang perlu dibuat ialah buang talinya. Force yang diperlukan untuk mencabut tali jam tu bergantung kepada harga jam yang ampa beli. Lagi murah jam, lagi sikit force yang digunakan. 


Then, benang benang yang ada tadi akan dipotong mengikut panjang yang diperlukan. Kalau rasa pergelangan tangan tu kecik diameter batang pencil ja, potong pendek pon takpa. Untuk kesesuaian panjang benang tu, aku telah buat banyak experiments yang akhirnya menyebabkan berlaku sedikit pembaziran. :(
tapi takpa, da nama pun experiment, kita try ja la! Kalau tak salah, macam mana nak kenai yang betul, kan?


Selepas mendapat  panjang benang yang ideal, kita potong benang tersebut beberapa utas (?) mengikut ketebalan tali jam yang diidamkan. Kemudian, benang benang tadi diikat ke jam lama yang takmenarik.



antara peralatan lain yang berguna.


Selepas selesai ikatan dibuat, tali jam mula dikait!! Yoooshh! :D
Dengan berbekalkan ilmu jenis jenis ikatan yang dipelajari time pengangkap dedulu, kita dapat membina satu jemaah ikatan yang comel~


da siap jemaah jemaah ikatan! :D



Setelah selesai jemaah ikatan di tali pertama jam lama yang takmenarik, kita ulang semula step nombo (2) di tali kedua jam lama yang takmenarik.


kantoi jam 10hinggit~


Jemaah ikatan terus dibina hingga siap seperti di bawah ini :)


Untuk mendapat kesan nostalgia yang lebih, pelbagai manik dan butang dari kotak ajaib bole diletakkan di jam lama yang takmenarik yang sudah menarik kini.


Bagi menghubungkan dua tali jam baru di pergelangan tangan, butang di bawah ini boleh digunakan. Hanya perlu letakkan butang itu ditempat yang bersesuaian sebelom dijahit kemudiannya.




Finally, setelah berhempas pulas selama seminggu [campur tolak kemalasan yang melanda], akhirnya jam hanya-wujud-satu-ja-kat-dunia-ni telah terhasil!! :D
Bravoo bravoo~



                                           *   *   *   *   *


"Awat struggle sangat smpai camnih skali? kan senang pakai ja jam yang sedia ada tu..kalau nak sangat, p cari jam tali."
"Aaaaahhh, dok diam diam laa.."
"Alang alang bagi la kat cu, buat hadiah besday arini, hi hi hi"
"No waay maaaan !!!"
 -.-''





Jun 19, 2012

eleh~ kacang ja. . .

Assalamualaikum!

antara soalan common yang akan ditanya bila kita sembang dengan rakan rakan :
- skang buat apa? cuti ea?
-oo..eh sat! ang study mna ntah? 
-amik kos apa kat sana?
-emm, cmna study? senang? susah? 


hoh? 
hoh?!
wait a sec..
dia tanya study susah ka senang?


o.O??


hmm..actually, aku tertanya gak, apa jawapan skima untuk soalan nih.
dari dulu lagi
dan sampai sekarang aku tak jumpa jawapan yang kukuh untuk soalan macam ni.


bagi aku, 
susah atau senang dalam belajar ialah sesuatu yang subjektif.
setiap orang berbeza tahap kesusahan yang dialami.
dan benda tu tak sepatutnya ditanya pada orang lain
sebab pendapatnya akan berbeza.
macam la kita define "cantik" dan "hensem".
lain orang, lain citarasanya.


so better kita alami benda tu sendiri
dan baru kita faham apa itu susah dan senang dalam belajar sesuatu.


yes, kita still boleh minta pendapat dari orang lain, pandangan orang lain.
tapi tak semestinya pendapat dia perlu sama dan sebulat bulatnya kita terima.
atau pendapat kita perlu sama dan sebulat bulatnya dia terima.


A boleh jadi hensem untuk C
tapi biasa biasa ja untuk B.


pendapat C dan B takda yang salah atau betul.
so tak perlu lah argue.
hanya hormati satu dan lain.


tapi, dah nama pun belajar
mestilah susah.
sebab kita nak kenal dan faham sesuatu yang kita tak tahu menjadi tahu.
dan untuk tahu sesuatu, bukanlah proses yang mudah.
kalau tak, tak la dinamakan belajar dan kita digelar pelajar.
kan?


tahap kesusahan tu yang membezakan setiap orang.
susah tu ada
tapi mungkin bagi D 40% ja susah,
untuk E 60%.
ikut kemampuan masing masing.


contoh senang, nak minum teh o ais limau.
kita boleh pilih sama ada nak buat sendiri atau beli kat kedai.
kalau beli kat kedai:
kena naik kereta > ke kedai > order > keluarkan duit > minum teh o ais limau.


kalau buat sendiri:
bancuh teh > dapatkan limau > letak gula, teh, limau, ais secukup rasa > minum teh o ais limau.


dan kalau buat sendiri, untuk dapatkan limau tu pon banyak caranya, samada petik dari pokok tepi rumah, atau pergi kedai beli limau.


so bukan mudahkan usaha untuk minum teh o ais limau? 
macam tu lah belajar untuk mendapatkan ilmu.


yang penting kita perlu ingat satu ja.
dalam dunia ni, semua manusia dijadikan pandai.


pandai dalam bidang masing masing.
F pandai dalam bidang G, tapi tidak bagi H.
tapi tak semestinya H dikategorikan sebagai bodoh.
sebab H pandai dalam bidang I yang F tidak pandai.


so siapa yang bodoh sekarang?
tiada kan?


sebab semua manusia dijadikan pandai
dalam bidang masing masing.
sebab tu kita perlu berada dalam satu jemaah.
supaya bidang bidang yang dipakari dapat dimanfaatkan.
bukan hidup dalam gua buat add math sesorang.


dari jemaah tu, kita dapat manfaatkan orang lain untuk keperluan kita.
dan itu sangat bagus! hooyeah!! :D


eh? manfaatkan orang lain? maksudnya mempergunakan orang untuk kepentingan diri?
kita selfish? oh yeah?


dengan kepakaran ibu yang pandai memasak, kita manfaatkan kepakaran ibu untuk belajar memasak.
dengan masa lapang rakan yang sedang bercuti, kita manfaatkan masanya untuk keluar mengeratkan silaturahim.
dengan ilmu guru, kita manfaatkan beliau untuk mendapatkan ilmu.


selfish kah itu?
rasanya tak.
selagi kita manfaatkan orang lain untuk kepentingan diri dengan
tidak memberikan kesan negatif kepada orang yang dipergunakan tu
atau
memberikan kesan positif kepada kedua pihak,
rasanya tu tak selfish.


So dengan ini, jawapan untuk soalan "emm, cmna study? senang? susah? ",
aku dapat simpulkan yang susah atau senang dalam belajar ialah sesuatu yang subjektif.
asalkan kita usaha, kita pasti dapat.


sekian.













Jun 18, 2012

Assalamualaikum!



dan sekarang aku pasti.
aku dulu yang perlu jaga diri sendiri.



Jun 16, 2012

. . .

Assalamualaikum!


setiap kali aku sign in yahoo mail
hanya dengan satu tujuan
dan harapan ada email dari coordinator
umum result sem dua aku.

rasa cam tak sedap hati ja.


ayah aku kata, papon yang terjadi, tu yang terbaik!
so chill la, budak.
:)




Jun 7, 2012

cinta

Assalamualaikum!




cinta.
biarlah hati yang merasa.
walau mata tak pernah bicara.
cinta tetap hadir bersemi.


* * * * *
semalam
aku bermalam di teratak my grandparents
rasa da lama tak tidur sana macam dedulu
sembang malam malam dengan maktok & wan
tengok drama kat tv sesama dengan maktok
minum teh cina dengan wan
dan menikmati waktu yang berlalu dengan perlahan. . .


pasangan ini sweet
buat aku tersenyum sendiri
semalam
macam kebiasaan
wan yang suka mengusik,
akan mengusik maktok
dan seperti kebiasaan
maktok akan muncung panjang
bila diri diusik wan


diam
suasana diam.
maktok masam.
dan wan tiba tiba ketawa 
membuatkan maktok yang masam turut tersengih.
dan tawa mereka bergabung
sebelum maktok bertanya kenapa?


"hahaha, tak dak pa..teringat dulu dulu..mirah nak tau perangai maktok hang masa mula mula kawin dulu..disebabkan malu, maktok......." wan terus mengusik


kisah lama dihamparkan kembali
saat dua hati yang tidak pernah dikenali disatukan keluarga


"time tuh tak aci laa..mana boleh kira", bela maktok.
"haha, hmm orang dulu dulu kawin bukan kenai, tak macam sekarang, masa makan tu la kami baru nak kenai, angkat pinggan pon mengeletaq, malu".


aku hanya tersenyum.
indahnya mereka.
wan boleh ceritakan segalanya tentang maktok
tanpa tertinggal satu pun.
perangai maktok,
tabiat maktok,
hobi maktok,
cara maktok makan
even susunan lauk dalam pinggan maktok pun
wan dapat perincikan setiap satunya.
dan maktok hanya tersenyum malu.


susah senang yang dilalui bersama
saat jatuh bangun
membuat mereka saling memahami
saling mencintai


dan usikan dan gelak ketawa itu
terus menjadi halwa telinga aku
sepanjang malam~


sweetnya mereka!! <3




* * * * *
menular kasih abadi
itulah cinta sejati
cinta yang diredai keluarga
cinta yang berpaksikan Sang Pencinta.








# sweet fact: maktok & wan lahir pada haribulan yang sama!! 
                    aauuuwww~








.less than three.