. TEGAK BERDIRI . TERUS BERLARI . TERBANG TINGGI .

Jan 7, 2012

Assalamualaikum!


satu tabiat buruk aku: suka mendesak!

maaf kekawan.


Jan 6, 2012

from A to B

Assalamualaikum!

perubahan. semua manusia akan berubah. dan setiap perubahan, bukan hanya mengubah orang yang ingin berubah. tetapi turut mengubah orang disekeliling si perubah.






contoh terdekat dengan aku ialah adik dan maksu aku.
depa akan berubah.
dan aku turut terkena tempiasnya.


selalunya orang sekeliling akan berasa sedih dengan perubahan si perubah.
tak kisah samada sedih kerana gembira, sedih kerana bersyukur ataupun sedih kerana sedih.


begitu juga aku.
satu satunya adik yang aku ada akan berhijrah
ke asrama bagi melanjutkan tingkatan empatnya.
walaupun pada dasarnya aku tidak tinggal di rumah
tetapi aku turut rasa sedih.
sedih kerana kesunyian.


maksu aku yang hanya tua empat tahun dari aku
yang boleh dianggap sebagai kakak 
dan pada masa yang sama seorang sahabat,
akan melangsungkan perkahwinan awal februari ini.
walaupun pada dasarnya dia masih tinggal di rumah bersama sama
tetapi aku turut rasa sedih.
sedih kerana perlu berkongsi.
:P


dan banyak lagi perubahan perubahan orang disekeliling kita
yang akan tetap mengusik perasaan kita walaupun sedikit.


mungkin dulu, aku benci akan perubahan.
kerana bagi aku perubahan hanya membuat kita makin tidak mengerti dan merosakkan.
tidak mengerti dengan situasi baru orang tersebut.
merosakkan memori memori dulu bersama orang tersebut.


tetapi itu dulu.
dan sekarang aku rasa
perubahan perlu untuk kita terus bergerak.
bergerak ke hadapan.
tetapi samada ke arah baik atau buruk,
itu hak si perubah sendiri.
yang mesti, kita perlu berubah.


tetapi masih tiada paksaan dalam perubahan
kerana perubahan ialah satu pilihan.





growing old is mandatory. growing up is optional.


Dec 26, 2011

Assalamualaikum!


hati hancur berkeping keping
:'((



Dec 23, 2011

Assalamualaikum!

Tika itu
aku tersedar
yang kau sudah besar


Ceritamu sering ku bayangkan
dengan anak anak kecil
lari berkejaran


tapi
Tika itu
pabila aku melihat
aku baru tersedar
yang kau sudah besar.


:)








# Q: apa perbezaan mengeluh di belog dari mengeluh di FB?
   A: kau sendiri yang pilih nak serabutkan otak dengan keluhan orang lain.

Dec 20, 2011

Assalamualaikum!

jangan la diam macam ni!
benci laaa. . .
cuba cakap something
so aku tak payah la nganga tunggu tiap tiap hari
result oh result~


cek mara dengan result sem1?
aku lebih pilih result sem1.
cek mara tuh tak kesah la dapat sem depan pon
tapi nak tau result sekarang!!
jeles dengan dak dak bmi & micet.
:(


memang la kami ni anak tiri
tapi cuba sekali, layan kami macam kami wujud sikit
walaupun kami minor.
da bagitau, baru nak tecari.
kalau tak, memang tak da langsung dalam sistem
kan?


heartless.