perubahan. semua manusia akan berubah. dan setiap perubahan, bukan hanya mengubah orang yang ingin berubah. tetapi turut mengubah orang disekeliling si perubah.
contoh terdekat dengan aku ialah adik dan maksu aku.
depa akan berubah.
dan aku turut terkena tempiasnya.
selalunya orang sekeliling akan berasa sedih dengan perubahan si perubah.
tak kisah samada sedih kerana gembira, sedih kerana bersyukur ataupun sedih kerana sedih.
begitu juga aku.
satu satunya adik yang aku ada akan berhijrah
ke asrama bagi melanjutkan tingkatan empatnya.
walaupun pada dasarnya aku tidak tinggal di rumah
tetapi aku turut rasa sedih.
sedih kerana kesunyian.
maksu aku yang hanya tua empat tahun dari aku
yang boleh dianggap sebagai kakak
dan pada masa yang sama seorang sahabat,
akan melangsungkan perkahwinan awal februari ini.
walaupun pada dasarnya dia masih tinggal di rumah bersama sama
tetapi aku turut rasa sedih.
sedih kerana perlu berkongsi.
:P
dan banyak lagi perubahan perubahan orang disekeliling kita
yang akan tetap mengusik perasaan kita walaupun sedikit.
mungkin dulu, aku benci akan perubahan.
kerana bagi aku perubahan hanya membuat kita makin tidak mengerti dan merosakkan.
tidak mengerti dengan situasi baru orang tersebut.
merosakkan memori memori dulu bersama orang tersebut.
tetapi itu dulu.
dan sekarang aku rasa
perubahan perlu untuk kita terus bergerak.
bergerak ke hadapan.
tetapi samada ke arah baik atau buruk,
itu hak si perubah sendiri.
yang mesti, kita perlu berubah.
tetapi masih tiada paksaan dalam perubahan
kerana perubahan ialah satu pilihan.
growing old is mandatory. growing up is optional.
No comments:
Post a Comment