. TEGAK BERDIRI . TERUS BERLARI . TERBANG TINGGI .

Nov 5, 2014



Manusia; sampai bila bila kita tak akan dapat puas hati manusia.
Even diri kita sendiri pun sama; manusia.
Ada saja tak kena,
buat ini dipersoalkan
"Kenapa la tak buat macam tu ja?"
buat itu juga dipersoalkan,
"Kenapa tak buat macam ni?"

Ada saja tak kena.

Dan untuk terus hidup dengan memenuhi kehendak mereka itu adalah penat.
Tak mungkin dapat menutup mulut mulut itu sama sekali.

Diam dan senyum.

Mereka tidak tahu.
Dan yang struggle untuk setiap battle kehidupan itu ialah aku.
Mungkin tak besar tapi itu kehidupan aku. 
Pergelutan dalam kisah aku.

Mereka hanya melihat dan terus mengutarakan pendapat,
pendapat yang terlampau banyak 
dan kebanyakannya yang tidak berkaitan.
"Kenapa tak pilih yang ni?"
"Kenapa cara ni?"
"Kenapa tak teruskan ja?"

Kenapa, kenapa dan kenapa.
Hanya itu yang mereka mampu,
hanya sikit yang memberi solusi tepat.
Untuk memahami jauh sekali.

Kerana ini pergelutan dalam kisah aku.

Yang mana setiap pandangan yang diutarakan bukanlah solusi yang sesuai untuk kisah ini.
Mereka yang memandang tiada pengetahuan telus, membuatkan pandangan itu bukan yang terbaik.

Aku hanya diam dan mendengar.
Jauh di suatu sudut, aku gembira dan puas.
Gembira dengan setiap keputusan dalam kehidupan ini.
Puas dengan kisah yang terlakar.
Kerana kehidupan ini membawa aku ke sini dan memberikan aku sesuatu yang aku dapat pelajari dan hayati.
Kehidupan ini; kehidupan yang mereka persoalkan setiap jalan kisahnya.

Kata-kata mereka yang tak berkaitan, aku abaikan.
Sampai bila mahu puaskan manusia?
Sedang mereka tidak tahu.
Dan sampai bila pun, redha hakiki itu lebih utama.

Dan sebagai pengakhiran untuk setiap permulaan yang baru,
alhamdulillah ya Rabb a'la kulli hal.











No comments: