. TEGAK BERDIRI . TERUS BERLARI . TERBANG TINGGI .

Oct 23, 2014




Data yang banyak dan Microsoft Excel.

Walaupun dari sekolah menengah bergelumang dengan Excel, setiap kali nak guna jugaklah akan discover benda baru; benda yang memudahkan penyusunan data yang berjela iaitu masalah besar bagi aku.
Padahal Excel tu sama ja,
tapi setiap kali buka Excel, mesti akan discover something new.

Sama.

Sama macam Al-Quran.
Setiap kali buka Al-Quran, pasti akan belajar benda baru.
Even ayat tu dah berkali kali aku tadabur.
Amazing!
Padahal sama ja Al-Quran tu.

Kenapa macam tu?

Macam Excel, walaupun da selalu sangat guna, still data yang dimasukkan dalam tu berbeza-beza.
So sebab tu setiap kali guna Excel, akan discover cara baru; mengikut input data yang kita ada dan output apa yang kita nak ketika tu.

Begitu juga Al-Quran.
Al-Quran yang sama, tetapi kita buka tika waktu berbeza, situasi diri yang berbeza.
Pengajaran yang diperoleh juga akan meninggalkan kesan yang berbeza.

Cumanya Excel tuh sudah di-upgrade beberapa kali sejak menengah, jadi tak pelik sangatlah if kita discover benda baru setiap kali guna.

Al-Quran tu masih tetap sama, selamanya.
dan mendapat setiap pengajaran baru itu Mukjizat paling besar!!
Seriously amazing!!!



#ibrahwinddata





No comments: