Terus berjalan.
Kau lihat aku,
dan mahu kehidupan seperti itu.
Semuanya tampak indah indah.
"Ya! Aku mahu itu!!" kata kau.
Namun jalan kau harus tetap kau lalui.
Begitu juga aku dengan jalan aku.
Kau terus bergerak.
Laju dan semakin laju.
Mungkin kadang kadang kau masih lihat aku.
Bentak hati masih mahu seperti aku.
Tanpa kau sedari,
aku juga memandang engkau,
dan mahu seperti engkau.
______________________________
Setiap kehidupan ada cerita tersendiri
tanpa pernah kita tahu ke-struggle-an si penghuni kehidupan.
Pandang dan tuding; mahu itu mahu itu!
Tanpa sedar yang kemungkinan jika aku ganti jadi watak dalam kehidupan dia, mungkin endingnya tak sama seperti yang aku tonton.
Sebab itu kehidupan dia; yang memang tercipta untuk dia.
Dan aku hanya penonton setia; yang juga punya kehidupan untuk dicipta.
"When I was able to let go of what I wanted,
I received what was truly mine."
Berhenti dari terus hidup dalam kehidupan orang lain,
sedangkan cerita sendiri masih tiada happy ending.
Kuncinya; bersyukur dan lakar sehabis baik.
Supaya aku dan kau, tersenyum puas dengan lakaran kehidupan kita.
"You have to do what is right for yourself. Nobody else is walking in your shoes. Every path has its puddles. I'm grateful my path has brought me to where I am today. Alhamdulillah."
Tiada menang atau kalah;
sebab setiap suratan itu sudah cukup indah.
Be strong and let's move on!
No comments:
Post a Comment