"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan."
[30:22]
budak kecil itu menangis,
keliru dengan apa yang terjadi
mengapa ini yang berlaku?
mengapa ini semua berlaku di negara yang dicintai?
mengapa mengapa mengapa?
walaupun bukan aku yang berada di situ,
walaupun aku hanya memerhati jauh nun di pelusuk benua,
walaupun aku tidak pernah serius mengambil berat,
tapi tetap aku sedih dan keliru!
keliru mengapa rakyat negara ini sanggup bergaduh begitu sekali,
sedih mengapa rakyat negara ini rendah akhlaknya,
keliru mengapa rakyat negara ini berbalah sesama sendiri,
sedih mengapa rakyat negara ini menjual agamanya.
yang parahnya mengapa rakyat majoriti negara ini yang menjadi pelakon utama?
mungkin betul yang negara ini kurang rahmatNya,
hingga bertempur antara haq yang kabur dan batil yang nyata.
harapan budak kecil itu agar semuanya bersatu di bawah satu nama yang sama,
Islam yang sejahtera.
mungkin pemikiran rakyat negara ini berbeda beda, namun pegangan mereka tetap sama,
pegangan yang akan terus dipegang selamanya,
yang tak akan mampu memecahkan, melagakan rakyat negara ini.
malah pegangan ini yang akan menyatukan rakyat negara ini,
menyatukan hati hati mereka.
walau sejauh mana jurangnya pemikiran pendapat rakyat negara ini,
mereka tetap bertuhankan Tuhan yang sama!
mereka masih bersaudara.
mengapa masih mahu membunuh saudaramu sendiri hanya kerana perbezaan fikrah?
mengapa masih mahu menelanjangkan negara ini di hadapan penduduk dunia?
mengapa masih mahu merumitkan suasana?
mengapa mengapa mengapa?
bukankah ianya mudah jika semua benar benar berimankan Tuhan yang sama?
cukuplah bagiku agamaku.
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."
[49:13]
No comments:
Post a Comment