. TEGAK BERDIRI . TERUS BERLARI . TERBANG TINGGI .

Jan 13, 2013

Assalamualaikum!

sedang mengulangkaji untuk final yang akan bermula minggu depan.








dan sekarang aku konfius.
aku ni budak engineering ka medic?
-_-''


tak sangka kita bertemu kembali, musuh lama!

biology. best untuk dipelajari tapi takbest untuk jawab exam.
dan sekarang aku tengah struggling nak revise benda ni untuk exam ari isnin ni.
ya! esok exam, malam ni baru pulun.
bagus la bagus. last minute revision. again.
resolusi tahun baru?
heh~ awal awal tahun da buat perangai lama.


mungkin sebab dia biology.
sedangkan subjek yang lagi dua minggu nak exam, awai awai da cover.
so betullah, setiap perkara yang dilakukan perlu disertai dengan cinta.
kalau tak, macam ni la jadinya. procrastinate.


so kalau tak cinta, kenapa awal awal dulu hang pilih subjek ni sedangkan ni subjek pilihan?
hang ada pilihan kan?


yes.

tapi senior senior aku kata, antara tiga, subjek ni yang senang nak score. 
dan aku tertipu dengan tu.
salah kan depa?
tak, salahkan diri sendiri. sebab pilihan kat tangan aku.
orang boleh suggest apa apa ja, tapi still, pilihan kat tangan aku.
so no point for you to blame others on the decision that you made. the wrong decision that you made.
salahkan diri sendiri yang tak tetap pendirian! yang hanya ikut arus.


memang pada mulanya, aku nak amik subjek manufacturing
tapi disebabkan subjek tu kedengaran sangatlah mekanikalnya
dan keberangkalian untuk dikelilingi dengan lelaki amat amat lah tinggi.
so hajat dilupakan walaupun aku sangat minat nak amik subjek tu.
dan sekali lagi, salah aku.

sepatutnya aku teruskan dengan niat tu. kuasa cinta dapat mengalahkan segala galanya!! peerghh
maksudnya, kalau hang da minat gila something, automatically hang akan sanggup hadapi semua risiko yang mendatang dan bersedia untuk semua risiko. tanpa sebarang penyesalan.
 so just go on ja even jarang orang buat.


ilmu tak mengenal jantina. kalau niat dari awal betul, insyaAllah semua akan terlindung.
so alasan aku untuk menolak subjek manufacturing hanyalah alasan. da kos mechanical engineering, mana mungkin akan pupusnya lelaki dalam kos ni. 


so sekarang menderitalah dengan biology.
setelah puas mengadu domba, ni konklusi mak aku:
  • semua ni ada hikmah.
  • lain kali jangan ikut orang, ikut pilihan hati. apa yang kita nak.
  • jangan salahkan orang lain. sendiri yang pilih, sendiri yang tanggung. sila betanggungjawab habiskan benda yang hang da mulakan.
  • lepas lepas ni, jangan buat dah macam ni.
  • minta ilmu tu dekat Allah. Dia akan bagi.
selepas ditarbiyah oleh puan suraya, maka terbukalah notes biomechanics dengan redonya. hoho.

dan sebenarnya, bukan la teruk sangat pun belajar biomechanics.
atleast, hang jumpa juga dengan "manusia" dari 24jam bermesin.