serabut serabut!
hati tak tenang, rasa kosong dan lost.
ya Allah, berikan petunjuk dan hidayahMu kepadaku.
doa yang sering kali dititipkan selepas solat.
tapi masih, hati terasa kosong.
serabut, stress stress!!
***********************
pernah rasa macam ni?
hidayah.
hidayah milik Allah.
dan kita manusia, perlu buru hidayah itu.
ya, semua orang sudah sedia maklum tentang ni
dan semua orang dalam pemburuan.
tapi walau sejauh mana kita buru,
kita masih tak dapat.
jika tidak, kenapa hati aku masih juga tak tenang, serabut sepanjang masa.
adakah aku tersilap langkah dalam memburu yang buatkan aku tak berjaya?
aku muslim dan aku solat, majlis ilmu sana sini, tapi apa masalahnya?
kenapa hati masih kosong?
"Maka adakah orang yang berjalan melalui jalan yang tidak betul, yang menyebabkan dia selalu jatuh tertumus di atas mukanya, boleh mendapat hidayah--atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata?"
[67:22]
tersentak.
walau sejauh mana pon kau buru hidayah
tapi tetap hidupmu masih bergelumang dengan dosa sehari harian yang kau cipta sendiri,
sampai bila pun, kau tak akan dapat.
sesiapa saja bole memburu.
tetapi dalam pemburuan ada caranya.
yang dapat hanya orang yang terus istiqamah patuh dalam perjalanan hidupnya
bukan si chipsmore,
yang kekadang baik dan kekadang jahat.
No comments:
Post a Comment