mati.
kalau cita pasai mati, semua orang akan takut. aku pon sama. tapi bila fikir fikir balik, kenapa nak takut?
sedangkan mati tu bermaksud kita akan bertemu dengan pencipta kita yang Maha Agung, ALLAH. dan kalau bertemu ALLAH, itu adalah benda paling menggembirakan teramat di alam semesta ini dan merupakan cecita semua umat islam! so maksudnya, mati itu sesuatu yang menggembirakan! :D
tapi, kenapa takut?
kita takut nak berjumpa ALLAH? kenapa? sedangkan berjumpa ALLAH merupakan nikmat yang paling the best!!
sebenarnya, kita takut nak jumpa ALLAH?
or
takut dengan diri kita sendiri yang tak cukup amalan?
takut dengan azab seksa kubur sebab banyak dosa dosa yang ditaubuatkan dan tak ditaubatkan?
dan malu untuk berjumpa ALLAH dalam keadaan diri serba kekurangan dan sangat sangat hina?
takut dengan soalan soalan ALLAH yang membuat kita kelu sendiri?
tu kan sebab yang sebenarnya? sedangkan mati itu best bagi orang yang beramal soleh.
ya! cakap itu mudah. nak buat itu susah.
mati. bila bila masa saja. kita tak tahu.
yang kita tahu,
samada dah besediakah kita?
ukur diri sendiri.
adakah amalan kita itu sudah cukup banyak?
kalau dah banyak, benar benar kah ia diterima?
cukupkah specifications setiap amalan itu untuk di approved?
anggaran setiap solat fardhu ialah 10minit.
10minit X 5kali sehari = 50 minit
50minit dari 24jam
or
50minit dari 1440 minit
or
0.8333jam dari 24jam
tak sampai suku pon dari seharian kita diambil untuk solat lima waktu
tapi kenapa yang 50minit setiap hari tuh pon susah sangat nak khusyuk ha?
hanya 50minit dari 1440! kenapa??
ang ada 1390minit lagi untuk fikir benda benda lain, tapi kenapa
kenapa 50minit tuh yang semua benda nak masuk untuk difikirkan?
toloong, toloong la khusyuk!
50minit ni yang akan tentukan keadaan hidup kita di sana kelak.
ya, memang betul, lagi 1390minit tuh bukan hanya dibuang tanpa berfaedah.
kita still buat ibadah ibadah lain untuk topup yang lain lain.
tapi nih hanya kiraan aku untuk ibadah wajib sehari harian kita.
kalau yang wajib pun masih compang camping,
yang sunat tak yah dok cita laa..
diri aku masih banyak lubang lubang yang perlu diisi.
teguri aku, supaya aku tahu. supaya aku faham.
dan supaya aku amalkan.
"Janganlah bersedih kerana hari esok masih ada untuk anda,
tetapi bersedihlah jika anda tidak sempat untuk ke hari esok."
aku takmau jadi tin kosong.
bunyi ja bising. tapi isi takda pun.
berubahlah diri,
walaupun sikit, asalkan terus bergerak!
spread the love for Islam.


No comments:
Post a Comment