. TEGAK BERDIRI . TERUS BERLARI . TERBANG TINGGI .

Mar 29, 2012

Assalamualaikum!

Fokus- keadaan seseorang yang berada dalam bulatannya sendiri; hanya dia, dan benda yang difokusnya. 
                   -definisi Kamusotaksendiri

setiap orang rasanya setuju dengan maksud di atas kan?
ya! setiap orang. aku yakin.
kalau tak pon, aku tetap yakin jugak. 


akan lupa seketika anasir anasir disekeliling, setiap dari kita
bila berada kita dalam bulatan kita sendiri.
betapa dahsatnya kuasa fokus!
mai la lelaki sehensem adi putra pon,
fokus tetap fokus!
-serius memerlukan iman yang sangat kuat ! !-


sampai kadang kala,
pertanyaan pertanyaan orang luar
yang masih didengari
hanya seperti angin berlalu.
tiada reaksi.


bukan sebab terhadap soalan soalan tersebut, tiada jawapan
tetapi disebabkan kita yang berada dalam bulatan kita sendiri
menyebabkan masuk telinga kanan, soalan soalan itu, keluar telinga kiri.
tanpa jawapan.


biadap.
mungkin begitu kelihatan bagi orang yang sedang berada dalam bulatannya
yang tidak mengendahkan orang sekeliling.
tetapi itu kuasa fokus!
orang itu, jangan salahkan
kerana kamu yang bertanya tidak pada masanya.


ekspresi fokus itu banyak.
berkerut.
berkhayal.
tenung sampai tertido.
banyak sangat!
tapi untuk kita memasuki bulatan kita sendiri, begitulah caranya
dengan berkuncikan ekspresi wajah.


fokus = khusyuk
benda yang sama
diapply pada keadaan berbeza.


untuk masuk ke bulatan kita sendiri,
perlukan hati dan akal yang selari
baru kita boleh masuk ke dalamnya dengan berjaya.




fokus; menajamkan yang kabur.










kamu faham dengan ayat ayat indon di atas ini?
tidak?
cuba fokus sekali lagi.





No comments: