. TEGAK BERDIRI . TERUS BERLARI . TERBANG TINGGI .

Feb 28, 2012

Assalamualaikum!

amanah itu berat.
amanah itu perit.


diri ini diamanah satu benda kecil yang perlu dijaga
lelah, berat sungguh amanah itu
walaupun benda kecil ini bukan apa apa 
yang sepenting benda lain yang besar saiznya.


tetapi kerana nilainya
benda kecil ini dilihat besar beharga
melebihi segala


tugas aku?
hanya perlu menjaga benda kecil ini
sebaiknya
agar ia tidak dikotori.
mudah.


tidak mudah bagi aku.
amanah ini besar.
amanah ini berat.
aku hanya senipis kulit bawang
mana mungkin mudah untuk menanggung amanah ini


tika aku sedar,
benda kecil ini aku jaga rapi
tika alpa,
tercalit kotoran, aku pandang sepi


benda kecil ini,
bukan hanya aku miliki
kamu juga
ya kamu juga ada satu
dan aku juga harus menjaga itu
agar sama sama tidak kotor angkara aku
sesungguhnya,
ini amanah yang berat.


aku harap
benda kecil ini
tidak dapat digapai tangan tangan jahat
yang ghaib mahupun tidak
tidak tercalit kotoran kotoran
lumpur mahupun dosa.
tetapi,
benda kecil ini hanya
perlu memenuhi matlamat kewujudannya.


aku selalu berdoa moga benda kecil ini
sentiasa dilindungi oleh Sang Pemberi Amanah
agar suatu tika nanti
saat aku kembalikan benda kecil ini
ia masih suci seperti dulu
saat tika aku diamanahkan.




benda kecil ini
letaknya disini
ya disini!
ia seketul daging yang dipanggil qalb.









hati.

No comments: