Dulu
Waktu kita bersama
Dalam sebuah pasukan besar
Suasananya sangat gembira, ceria
Kesusahan ditanggung bersama
Kita keluarga
Ya! Sebuah keluarga bahagia!
“Kita ibarat satu pasukan, susah dan senang hadapi bersama, antara kita tiada rahsia!!”
Kini
Kita masih bersama
Tetapi berpisah
Mengikut kehendak, jalan masing masing
Pasukan yang dulunya besar,
kini mengecil
Namun kita masih satu
Hubungan kita masih utuh seperti dulu
“We are siblings!”
Tetapi
Di sini kita lebih mengenali
Siapa ahli keluarga kita yang sebenar
Dulu
Mungkin kita berselindung antara satu dan lain
Mungkin kewujudannya kurang diendahkan
Ya! Kita ramai
Dan keramaian itu yang telah mengaburkan
Tapi kini
Kekaburan itu telah jelas
Lebih jelas dari dulu
Kini aku tahu, siapa diri kamu yang sebenarnya
Dan kebenaran itu amat amat menyakitkan
Kamu yang setahun dahulu
Kini berbeza
Sangat sangat berbeza
Hampir hampir saja aku bingung
Dengan siapa sebenarnya aku berhadapan kini?
“Adik bradik biase la bergaduh.”
Tapi kini
Aku lebih memahami
Memahami kamu lebih mendalam
Lebih dalam dari setahun dulu
Ya! Kini aku tahu, siapa diri kamu yang sebenarnya
Dan kebenaran itu menyentakkan aku, tersedar!
Walau pada mulanya
Aku sakit
Sakit dengan kebenaran yang kamu hamparkan
Tapi kini
Aku gembira
Gembira dengan kebenaran yang dihamparkan
Kerana kini aku lebih mengenali
Kenal ahli keluarga aku sendiri.
Kerana kini aku lebih mengenali
Kenal ahli keluarga aku sendiri.
“No matter what happens, bros will always forgive each other. Isn't that right?”
Dan pergaduhan itu
Kesulitan saat itu
Pengalaman itu
Mengajar aku untuk
hargai,
menghargai kamu, yang melengkapkan perjalanan.
menghargai kamu, yang melengkapkan perjalanan.
fahami,
memahami isi hatimu sebenar, yang tidak terluah.
dan
matangi,
mematangi diri aku, si remaja kembara.
Mungkin dulu,
kita dekat, tapi hati kita jauh.
Kini,
kita jauh, tapi hati kita satu.
Kerana aku lebih mengerti.
Kita keluarga.
Ya! Sebuah keluarga bahagia yang saling memerlukan,
Yang saling melengkapkan!
:)
sahabat.
1 comment:
like. =D
Post a Comment