| ehsan google |
nih bukan isu besaq pon..hanya isu kecik di laman sosial popular-facebook.
dari pemerhatian yang dibuat rasa macam dok karang report lab lak,hoho aku sendiri termalu dengan perbuatan sesetengah manusia sekaum aku..awat? depa buat DP tak tutup aurat??
aaarrghh, tuh da banyak da entri entri teguran yang dikarang blogger2 prihatin di luar sana..aku hanya mampu membenci dengan hati..depa da belajaq agama kat skola kurang lebih 11 taun..sendiri ingat la aurat sendiri..
tapi yang aku nak citakan kat sini ialah tentang relationship..ya, relationship!!
lantaklah ampa nak declare satu bumi nih ampa bercinta, sikit pon aku tak amik pusing!! becinta la bagai nak rak pon bukan kredit celcom aku yang habis~
tapi yang aku jadi termalu nih bila kekasih abadi sepanjang hayat nih putus tetiba ditengah jalan..terjunam dalam gaung ka pa, aku tak tau..tak sempat nak tarik b4 putus kot~ :P
tak da jodoh, nak buat macam mana kan? mandi dengan tangisan ja la jawabnya~
tak! tak! bukan cinta yang tak kesampaian nih yang buat aku termalu!! tidak sama sekali!!
yang buat aku termalu ialah..
1st: ang dah declare satu dunia "in relationship with XY" siap tag nama si kromosom XY tuh segala!
2nd: tak cukup dengan declare status..upload lagi gambar gambar! tak cukup setakat satu gambar kat wall, buat pulak satu album "cinta abadi kami ke surga" surga ke pala hotak? tak cukup jugak! terpampang muka si XX dengan kekasih jantung hati si XY as their DP~ sebesar alam pulak tuh!! haish~
3rd: sebulan relationship..gamba gamba manis bersama diupload tak cukop album..DP sentiasa bertuka menunjuk aktiviti bahagia bersama <3
4th: wall dipenuhi madah madah cinta dua merpati bahagia ke surga~ wekk!!
5th: hubungan masuk bulan ke dua, tiga, empat, liiiiiii...tutt tutt tuut maaf,talian anda terP U T U S ! ! !
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
album "cinta abadi kami ke surga" didelete..DP dituka kepada gamba si XX berseorangan..."in relationship" dituka kepada "single" ...wall dipenuhi cacian dan makian bercampur kata kata nista si XX yang kasihan~
keesokan,
XY was tagged in his own album- " kami bahagia selamanya"
dan si XX? marah? benci? rasa terhina dan dihina lagi menghinakan? heh~ ada aku kesah?!
hey
weh!! maluuu sioott!
gamba cinta abdi kau canang sana sini tetiba ilang dari simpanan??
madah madah yang selama nih jadi bukti cinta kau tersemadi baik punyeerr kat wall kau tetiba tuka jadi cacian nista??
status "in relationship" yang kau agungkan tuh tetiba tuka "single"??! putus tengah jalan??!!
seriusly, aku yang tengok rasa termalu..malu dengan perbuatan
kerana kamu seorang rosak pandangan orang lain terhadap wanita wanita muslimin yang tak berdosa kat luar sana..remember that!
kat sini bukan aku nak kata siapa siapa, tapi dah banyak kali aku jumpa kat dalam facebook aku kes camnih..ramai kawan kawan FB aku yang terima nasib macam nih..sakit iman woo tengok!
ya ukhti, aku cuma nak bagitau yang kaum lelaki yang bekromosom XY nih tak rugi apa apa pon..tengok laa, kemarin break..harini da ada peganti! yang ruginya kamu, ya kamu!! si perempuan malang!
bukan aku nak hina kaum aku, tapi aku just nak cakap realiti yang aku nampak..sebenarnya aku kesian gila bila tengok kes macam nih..tapi nak buat macam mana bila tuan punya diri pon tak kesian dengan diri sendiri~ tak kan aku lak kalut kalut nak bagi tazkirah? sekali dua boleh la, masuk kali ketiga konfem kena block terus!! hahaha
yesh! betul cakap/pesan ayah aku-
" orang lelaki nih tak rugi dan tak ada kesan apa apa pon kalau berkepit dengan perempuan..memang la dia berdosa tapi tu antara dia dengan ALLAH la..zahirnya, dia tak terkesan apa apa pon..tapi yang nampak kesannya kat pompuan laa..buat sama sama tapi pompuan yang buncit..laki macam tuh ja la kurus dia~"
betul! aku percaya tuh! kenapa?
sebab ayah aku pun lelaki! dan lelaki lebih kenai hati budi lelaki kan? tapi ayah aku tak temasuk golongan di atas nih ok!!
sedih weh! serius sedih aku tengok macam ni..aku harap sangat kepada gadis gadis comey sekaum aku, pelish! pelish laa jaga kehormatan anda! aku tak kisah la kalau ampa ampa semua nak berkapel ka apa (seriusly couple tuh haram & berdosa!! tapi ampa pon sendiri dah tau kan? so pikir la sendiri~) tapi tolong la bersederhana dalam perbuatan anda!!
nak upload gamba ka apa, tak kesah lah tapi ingat jugak di kemudian hari..langit tak selamanya cerah kan kekawan? :) so masa depan pon wajib difikirkan!! cinta tuh manis..tapi jangan sampai makan diri sendiri disebabkan kesilapan yang dibuat kamu pada arini..
aku nak mintak MAAF kalau bahasa aku kat atas nih agak kasar..well~ habit perempuan kan suka menyindir~ aku pon tak terkecuali,ngeh2 :P
aku bukan nak jaga tepi skirt ampa, tapi nih apa yang aku nampak dan perhati..dan dari perhatian wujudnya kata kata..
yes! aku akui, manusia suka menilai..tapi suka menilai orang lain..kurang menilai diri sendiri..aku pon termasuk gak sebab aku kan manusia? hehe..aku tau aku pon penuh dengan kesalahan dan kesilapan, iman aku pon senipis kulit bawang..tak layak nak menegur..tapi ini hanya pandangan otak sempit aku :)
dan tak kan nak tunggu kaum XY yang alim alim tego kita kot? lagi la betambah malu~ ish2
aku pon tak tau ke depan nanti aku macam mana..nauzubillah, aku mintak simpang dari benda benda macam nih..dan kamu! ya kamu! kamu sangat bertanggungjawab untuk menegur, memarahi, menasihati, menyindir saya hingga ke pangkal jalan jika kamu terlihat saya sudah terpesong dari jalan yang diredoi-Nya!! hidup kan perlu saling tegur menegur, ingat mengingati dan nasihat menasihati, tak gitu kekawan? :) oohh..ohhh..napa ayat aku semua cam emo semacam?? adoyai~
so lastly, kamu kamu si XX, sila jaga diri dan maruah anda! sekian~
dan kalau tak puas hati apa apa, jom la gadoh kat lubang komen bawah nih ok? hahaha..satu lagi nak cakap..aku sayang kamu kamu semua!! :D weh!! bukan maksud aku nih lesbo ok! dan kerana itulah wujud ini entri! :)
#well~ kan aku da cakap, nih hanya isu kecik kat facebook ja..jangan la sentap dalam dalam sangat..lagipon kamu tak buat benda benda kat atas nih kan? ngeh3 :P
2 comments:
cayalahh
nice post. =D
Post a Comment