. TEGAK BERDIRI . TERUS BERLARI . TERBANG TINGGI .

Jan 30, 2017

Lunch.




Lunch.
Satu topik yang menarik.
'Depa dapat RM800/ hari
hanya dengan minta sedekah.
Siap ada permit lagi.'
Celoteh kakak di depan aku.

'Kalau macam tu, aku pon mau.
Senang-senang ja dapat RM800.
Cuba kira 800x30 hari,
tak ka banyak tuu.'
Sambung pula omelan dari kakak di sebelah kiri.

'Tu laa, orang Malaysia ni baik sangat, kesian sedekah banyak.'
Tokok lagi kakak di hadapannya.

Makanan tetap aku jamah, diam sepi.
Dalam hati ada kata-kata,
tapi hanya mati di situ.

Allah Maha Adil.
Depa dapat selayaknya dengan apa yang depa hadapi.
Kalau aku, tak mungkin aku sekuat mereka;
mangsa perang,
tiada rumah,
tiada keluarga,
tiada harta,
berpindah randah.

Nikmat apa lagi yang kita dengkikan?

Depa masih saudara kita.

Mungkin kita takkan persoalkan,
jika kita lihat mereka sebagai saudara?

Banyak mana sangat yang depa dapat
nak dibandingkan dengan yang depa korbankan?

Diam dan makan saja lah!




Jan 1, 2017

2017.




Bila terlalu fokus pada sesuatu yang dirancang akan datang;
itu tujuan sekarang yang mahu dicapai.

Hingga lupa, 
mati itu bila-bila masa.

Mungkin sesaat nanti.

Sungguh berjaya orang yang sentiasa
mengingati mati.
Sebab setiap masa akan ada tujuan.

Sebab mati
boleh jadi bila-bila
dari sekarang.

Terlampau fokus ke hadapan 
hingga lupa tujuan.
😢

Terlampau fokus ke hadapan
hingga dunia jadi rebutan.


Dem!






Nov 21, 2016




There is something i wanna tell,
but I couldn't say it out loud.

Can you hear me,
or at least understand me?

Just that.
Please understand.



Nov 10, 2016




Pernahkah anda rasa menyesal dalam hidup?

Apa yang buat anda rasa menyesal?

Jika diberi peluang untuk mengubahnya, 
adakah anda akan mengubahnya?

Mengapa anda ingin mengubahnya?

Adakah setiap apa yang berlaku ini kehendak anda?

Atau sebenarnya ini semua kehendak Dia?

Pernahkah anda terfikir mengapa ini semua berlaku?

Di mana anda sekarang?

Jika anda tidak melalui nya,
dimanakah kemungkinan anda berada?
Bagaimana keadaan anda?

Adakah anda yang itu akan sama persis anda sekarang?

Jadi, saya tanya sekali lagi,
pernahkah anda rasa menyesal dalam hidup?

Dan sebenarnya,
ada ka perasaan menyesal bagi orang yang sentiasa bersyukur?






Oct 31, 2016




Perubahan.
Sampai satu ketika,
perubahan itu tetap perlu.
Walau sejauh mana kita mahu kekal,
'alam' akan tetap memaksa
untuk kita lakukan perubahan.

_______________________________

Al-kisahnya,
bateri iphone ni bermasalah,
caj 100%, tak sampai 5minit guna da turun 10%.
-.-

So mungkin ni petanda kena beli fon baru,
tapi ada beberapa faktor yang berlegar dalam otak buat aku tetap nak stay dengan fon ni.

Salah satunya,
if aku tukar fon,
no whatsapp pun kena tukar
sebab sekarang, aku masih guna no uk
as no whatsapp and if guna fon baru,
cemana nak dapat verification pin whatsapp if still nak guna no uk kan?
Dan aku takmau tukar no whatsapp tu
atas sebab tersendiri.

So end up,
aku takmau tukar fon
even bateri cam *****

Dan 'alam' akan terus 
memaksa diri
melakukan perubahan.

_______________________________

So salah 'alam' ataupun aku?

'Alam' memang itu sifatnya; tidak kekal; dunia.
Aku yang mahu menyifatkan 'alam' seperti sifat akhirat; kekal. Tidak mungkin!

Jangan terikat dengan yang tak kekal.
Jangan letakkan pengharapan pada yang tak pasti.

Berubahlah untuk kebaikan.