. TEGAK BERDIRI . TERUS BERLARI . TERBANG TINGGI .

Sep 30, 2016




Terlampau fokus tentang sesuatu,
hingga pergantunganmu seolah di situ.

Seolah-olah kamu akan selamanya hidup;

Hidup di dunia,
Kebal dan
Takkan mati.

Wahan.

Penyakit wahan;
Cintakan dunia,
Takut akan mati.

Siapa Tuhan kamu?



Sep 17, 2016




لا إله إلا الله
"Tiada tuhan selain Allah."

إله iaitu Tuhan;
Maha agung yang kita sembah.

Setiap hari kita ucapkan
tiada tuhan selain Allah.

Tapi memang benar kita memaknai 
ucapan kita?
yang tiada tuhan lain selain Allah? 

Atau tanpa sedar, ada benda lain yang kita 'sembah' lebih agung dari Allah?

Internet.
Kerja.
Exam.
Harta.


Muhasabah.




Aug 30, 2016




Kerap kali aku terfikir,
'Rajinnya depa ni OT, padahal esok public (holiday) kot.'
'Apa faktor penolak depa ni nak kerja lebih masa?'
'Awat tak rileks dengan family ja kat rumah?'

Tak mengerti.

Sebab aku di sini, belum lalui fasa kehidupan mereka.
Aku; tiada tanggungan yang perlu dipertanggungjawabkan.
Atau mungkin rasa tanggungjawab (dengan kerja) tu masih sepenuhnya belum dalam tanggungan? Heh~

Dan setiap orang itu punya kisah berbeza.
Hanya cara ini, keluarga mereka akan bahagia.
Mungkin.
Aku tak tahu.
Yang pasti, mereka berusaha.

Walaupun aku masih belum sepenuhnya faham,
tapi aku yakin setiap orang ada struggle nya.

Hai orang muda, ayuh berusaha!







Aug 29, 2016



Rasa ini.
Satu yang aku pohon
hanya redhaMu.
Kekadang aku takut
sebab aku kenal diri yang lemah lalai.
Selalu pun aku menjauh,
dan dalam menjauh pun aku terjatuh.
Inikan pula terperangkap begini.

Takut.

Hanya satu aku minta;
redhaMu.

Ampunkan aku.



Aug 28, 2016




Bila otak da tak mampu mengeluarkan idea,
itu petanda ilmu yang statik.

Korek-korek buku yang beli tak baca-baca.
Kena paksa diri walaupun tak suka.