. TEGAK BERDIRI . TERUS BERLARI . TERBANG TINGGI .

Sep 29, 2014



Hari pertama kelas untuk tahun terakhir pengajian dimulakan dengan mendapat berita gembira jauh nun dari sana.
Semoga Allah redha dan ini permulaan jalan kepada redhaNya.
Mohon semoga semuanya dipermudahkan.
Dan moga jodoh kita panjang!

Ameen.
;)



Sep 5, 2014



Terus berjalan.

Kau lihat aku,
dan mahu kehidupan seperti itu.

Semuanya tampak indah indah.
"Ya! Aku mahu itu!!" kata kau.

Namun jalan kau harus tetap kau lalui.
Begitu juga aku dengan jalan aku.

Kau terus bergerak.
Laju dan semakin laju.
Mungkin kadang kadang kau masih lihat aku.
Bentak hati masih mahu seperti aku.

Tanpa kau sedari, 
aku juga memandang engkau,
dan mahu seperti engkau.

______________________________

Setiap kehidupan ada cerita tersendiri
tanpa pernah kita tahu ke-struggle-an si penghuni kehidupan.

Pandang dan tuding; mahu itu mahu itu!

Tanpa sedar yang kemungkinan jika aku ganti jadi watak dalam kehidupan dia, mungkin endingnya tak sama seperti yang aku tonton.

Sebab itu kehidupan dia; yang memang tercipta untuk dia.

Dan aku hanya penonton setia; yang juga  punya kehidupan untuk dicipta.


"When I was able to let go of what I wanted,
I received what was truly mine."


Berhenti dari terus hidup dalam kehidupan orang lain, 
sedangkan cerita sendiri masih tiada happy ending.

Kuncinya; bersyukur dan lakar sehabis baik. 
Supaya aku dan kau, tersenyum puas dengan lakaran kehidupan kita.


"You have to do what is right for yourself. Nobody else is walking in your shoes. Every path has its puddles. I'm grateful my path has brought me to where I am today. Alhamdulillah."


Tiada menang atau kalah;
sebab setiap suratan itu sudah cukup indah.

Be strong and let's move on!










Aug 28, 2014



Lebih kurang lagi sebulan.
4th year mechanical engineering.
Tahun akhir.
Harapan setinggi pencakar langit.

Tapi. . .
semuanya dah tak sama.
Lagi sebulan, suasananya lain.
Orangnya lain.
Ketawanya lain.
Rindunya lain.

Bila fikir, jadi sedih pulak.
Hmmm

Begitulah kehidupan, 
datang dan pergi,
pasang dan surut.

Setiap orang yang kita temui,
setiap insiden yang kita lalui,
setiapa masalah yang kita hadapi,
menjadikan kita hari ini.

Dan semua itu akan berlalu pergi untuk dihargai,
hadir pula yang lain untuk diteladani.

Yang utamanya,
kebergantungan itu perlulah pada yang sama.
Walau setiap perkara datang dan pergi, yang sama tetap Dia.

Oleh itu perjuangan masih tetap perlu diteruskan!
dan bersama itu, doa kutitipkan.

Moga murah rezeki hendaknya,
buat kamu dan aku.

:)


#wajibkawentahundepankehkehkeh




Aug 26, 2014



Biasakan diri dengan menghargai.
Walaupun pekerjaan itu hanya kecil, tapi penghargaan itu besar.
Amat besar untuk buat dia tersenyum sepanjang hari.
Sekadar ucapan 'terima kasih'.
Percuma!


Ringankan mulut dengan menghargai.



Jul 20, 2014



"Meah, paling lambat kena balik sebelum pukul berapa?"
     "Emm, macam biasalah. Before maghrib, 7.00 macam tu?"
"Ok."

Pertanyaan yang akan diajukan setiap kali keluar dengan aku, sebagai tanda hormat.

Jauh merantau, menjaga diri sendiri.
Tetap bila balik rumah, peraturan yang sama perlu dipatuh.
Masih, aku dibawah pantauan keluarga.
Jadi, rumah keluarga, peraturan keluarga.
Sejak dari kecil, maka aku sudah senang begitu.

Untung juga punya kawan sejak dari kecil,
tak perlu hurai kenapa dan mengapa,
mereka sudah faham benar dengan cara hidup aku,
malah tetap menghormati hingga kini.

"Wey, raya ni rumah hang lah, macam biasa?" Sengih.
       "Eleh, pernah ka sebelum sebelum ni minta kebenaran? Selalunya terus serbu jaa. Haha, mai ja lah!"
"Hehe masak sedap sedap eh, macam selalu."

Setiap tahun, ini juga ritualnya. Sudah lali bila satu kelas datang bertandang.

"Tahun ni berapa orang pulak? 10? 20?" Cu bertanya.
          "Haha, tahun ni tak ramai lah. Ramai yang tak da."


Sahabat.
Tiada tarikh luput.
Tiada label lama atau baru.
Selagi hati terikat, selamanya sahabat.
:)