. TEGAK BERDIRI . TERUS BERLARI . TERBANG TINGGI .

Mar 29, 2014




Jika dirasakan seseorang itu 'cantik' di mata,
maka sebarkanlah kepada orang lain
bukan si empunya badan,
kerana pujian itu nanah.

Jika dirasakan seseorang itu 'buruk' di mata,
maka khabarkanlah kepada empunya diri agar dia dapat perbaiki,
bukan orang ramai
agar menjadi umpatan fitnah.

Tetapi zaman sekarang,
it happens the other way around.

:(








Mar 19, 2014

Assalamualaikum!


kemarau, MH370, Festival Future Music Asia 2014;
rasanya cukup kot 10 ayat Asy-Syura ni untuk jelaskan semuanya

''26. Dan Ia memperkenankan doa permohonan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, dan Ia menambahi mereka dari limpah kurniaNya selain dari yang mereka pohonkan. 
Dan sebaliknya,orang-orang yang kafir, disediakan bagi mereka azab seksa yang seberat-beratnya.

27. Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana);
akan tetapi Allah menurunkan rezekiNya itu menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata.

28. Dan Dialah yang menurunkan hujan setelah mereka berputus asa, dan Ia pula menyebarkan rahmatNya merata-rata.
Dan ingatlah, Dialah Pengawal yang melimpahkan ihsanNya, lagi Yang Maha Terpuji.

29. Dan di antara tanda -tanda kekuasaanNya ialah kejadian langit dan bumi serta segala yang Ia biakkan pada keduanya dari makhluk-makhluk yang melata;
dan Ia Maha Kuasa menghimpunkan mereka semuanya apabila Ia kehendaki melakukannya.

30. Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan atau bala bencana,
maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa;
dan dalam pada itu, Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.

31. Dan kamu tidak akan dapat melemahkan kuasa Allah (daripada menimpakan kamu dengan bala bencana, walaupun kamu melarikan diri di mana sahaja) 
di muka bumi atau di langit;
dan kamu juga tidak akan beroleh sesiapapun yang lain dari Allah, sebagai pelindung atau pemberi pertolongan.

32. Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kapal-kapal yang besar tinggi seperti gunung, belayar laju merempuh lautan.

33. Jika Ia kehendaki, Ia menghentikan tiupan angin, maka tinggallah kapal-kapal itu terapung-apung di muka lautan. 
Sesungguhnya yang demikian mengandungi tanda-tanda yang besar pengajarannya bagi tiap-tiap seorang mukmin yang sentiasa bersikap sabar, lagi sentiasa bersyukur. 

34. atau jika Ia kehendaki, Ia binasakan kapal-kapal itu disebabkan dosa-dosa yang dilakukan oleh orang-orangnya, (lalu setengahnya dibiarkan mati lemas) dan (setengahnya diselamatkan dengan jalan) Ia memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa mereka.

35. Berlakunya yang demikian supaya nyata kekuasaan Allah dan supaya orang-orang yang membantah ayat-ayat keterangan Kami mengetahui, bahawa mereka tidak akan dapat jalan melepaskan diri dari azab seksa.

36. Oleh itu, apa jua yang diberikan kepada kamu, maka ia hanyalah nikmat kesenangan hidup di dunia ini sahaja,
dan sebaliknya apa yang ada di sisi Allah (dari pahala hari akhirat) adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhannya.''

[Asy-Syura 42: 26-36]



tak perlu kot tergocoh buka al-Quran mencari keajaiban,
jika isi kandungannya tidak diamalkan kehidupan seharian.

kembali pada Tuhan
dengan sepenuh pengharapan.



#taubatuntukummat







Mar 17, 2014

sebab Allah rindu



Dekat point di mana hang takut nak bergerak.
gerak sikit pun, takut makin teruk jadinya.

atau mungkin hang boleh ja gerak
dengan syarat tinggalkan 'beban' tu?

supaya dapat bergerak lebih laju?
Patutkah begitu?

tapi bukan itu yang diajarkan.

diri masih tertanya apakah ini semua?
dari dulu hingga kini, ujiannya sama.
cuma berbeza isi dan masa.
tapi masih situasinya sama.
malah makin hebat!

salah aku?
masih salah aku?
kerana itu ujiannya sama?

atau

memang untuk aku?
masih ujian itu memang tercipta untuk aku?
agar diri semakin kuat?

bingung.

apa yang terbentang, hang dapat hadapi.
sebab tu memang dah janji Ilahi.

dan mungkin ini tapisan,
antara orang yang sabar atau tidak.


so,
Keep calm & makan ayam!
:)









Mar 11, 2014

Stay sabar
Allah knows the best! 
:)










:')









:'|













:'(






Feb 24, 2014




Hidup.
penuh dengan perasaan.

bila gagal peperiksaan,
aku ingatkan waktu aku berjaya.
aku ingatkan rezeki yang ku terima berbanding orang lain.
Ah, apa salahnya sekali gagal?
agar sedar siapa aku sebenar.

bila rindu ibu,
aku ingatkan mesej mesej seharian dengannya.
aku ingatkan teman teman yang kehilangan.
Ah, apa lah sangat perasaan itu jika nak dibandingkan mereka?
sedang aku masih punya peluang bergurau mesra.

bila menghadap makanan bukan kegemaran,
aku ingatkan rezeki ilahi.
aku ingatkan anak syria yang menagih daging.
Ah, siapa aku kerana mahu mengadu?
sedang aku masih punya rezeki untuk sehari hari.

bila ketemu teman menjengkelkan,
aku ingatkan kebaikannya.
aku ingatkan ini tarbiyah ilahi. 
Ah, kenapa perlu bermasam muka?
sedang itu bukan caranya.

bila diri ditimpa ujian,
mengeluh ada hadnya.
kita bukan berseorangan.
Allah kan ada?

:)