Fokus- keadaan seseorang yang berada dalam bulatannya sendiri; hanya dia, dan benda yang difokusnya.
-definisi Kamusotaksendiri
setiap orang rasanya setuju dengan maksud di atas kan? ya! setiap orang. aku yakin. kalau tak pon, aku tetap yakin jugak.
akan lupa seketika anasir anasir disekeliling, setiap dari kita bila berada kita dalam bulatan kita sendiri. betapa dahsatnya kuasa fokus! mai la lelaki sehensem adi putra pon, fokus tetap fokus! -serius memerlukan iman yang sangat kuat ! !-
sampai kadang kala, pertanyaan pertanyaan orang luar yang masih didengari hanya seperti angin berlalu. tiada reaksi.
bukan sebab terhadap soalan soalan tersebut, tiada jawapan tetapi disebabkan kita yang berada dalam bulatan kita sendiri menyebabkan masuk telinga kanan, soalan soalan itu, keluar telinga kiri. tanpa jawapan.
biadap. mungkin begitu kelihatan bagi orang yang sedang berada dalam bulatannya yang tidak mengendahkan orang sekeliling. tetapi itu kuasa fokus! orang itu, jangan salahkan kerana kamu yang bertanya tidak pada masanya.
ekspresi fokus itu banyak. berkerut. berkhayal. tenung sampai tertido. banyak sangat! tapi untuk kita memasuki bulatan kita sendiri, begitulah caranya dengan berkuncikan ekspresi wajah.
fokus = khusyuk benda yang sama diapply pada keadaan berbeza.
untuk masuk ke bulatan kita sendiri, perlukan hati dan akal yang selari baru kita boleh masuk ke dalamnya dengan berjaya.
fokus; menajamkan yang kabur.
kamu faham dengan ayat ayat indon di atas ini? tidak? cuba fokus sekali lagi.
tahniah kepada semua candidates SPM 2011 atas result result yang gila gempak!! :O
hebak hebak suma..
terutama kat junior aku weh bangga gila dengan ang, sis! :D pecah rekod sekolah!! sekaligus merealisasikan misi sekolah
"SMK Penanti unggul dan gemilang menjelang 2012."
7A+ 3A bhaaii~
TAHNIAH yana!!
benda nih mungkin benda biasa bagi sekolah sekolah lain kat malaysia tapi bagi sekolah aku yang ceruk mana entah n bila diberitahu nama sekolah tentu refleksnya
" ha?" "sorry, sekolah mana tadi?" "err, ulang sekali lagi bole. . . " keputusan nih da cukup membanggakan :)
# doakan famili aku selamat sampai, sihat dan selamat pulang dari Makkah.
"aku tak suka haiwan bersangkar!!" tetiba perasaan tu wujud. . .
aku tak suka tengok haiwan yang dibela dalam sangkar kesian. . . naluri setiap benda bernyawa mahukan kebebasan tapi tekurung dalam sangkar mana bebasnya?
perasaan ni wujud bila terpandang jenny siaaan jenny, tiap tiap hari berlegar dalam kotak berjaring yang tak sampai dua kaki lebarnya tu da penat berpusing dalam tu, jenny tidur. kebosanan.
aku harap jenny dapat hidup lama~
mungkin situasi kami sama kesorangan yang kadangkala pamitkan perasaan bosan. tapi jenny, "sangkar" aku besar. aku tetap ada kawan. kau, kawan pon takda, bunyi pon tak bole sunyi. . .
ya! bela haiwan dalam sangkar kejam sebenarnya.
kita marah dengan isu palestin, iran, syria yang mahu kebebasan, tapi ditindas oleh pihak yang kejam. israel! musuh utama umat islam.
tapi sedarkah kita? kita ialah "israel" bagi haiwan haiwan kecil ini yang bersangkar? mana ehsannya manusia terhadap haiwan sebagaimana dituntut? kerana mereka tidak difahami dan mungkin bisu bagi kita, tidak bermakna mereka suka dikurung. bebaskan mereka! mereka juga mahu menjelajah bumi ALLAH walaupun tidak sejauh mana.