. TEGAK BERDIRI . TERUS BERLARI . TERBANG TINGGI .

Nov 10, 2016




Pernahkah anda rasa menyesal dalam hidup?

Apa yang buat anda rasa menyesal?

Jika diberi peluang untuk mengubahnya, 
adakah anda akan mengubahnya?

Mengapa anda ingin mengubahnya?

Adakah setiap apa yang berlaku ini kehendak anda?

Atau sebenarnya ini semua kehendak Dia?

Pernahkah anda terfikir mengapa ini semua berlaku?

Di mana anda sekarang?

Jika anda tidak melalui nya,
dimanakah kemungkinan anda berada?
Bagaimana keadaan anda?

Adakah anda yang itu akan sama persis anda sekarang?

Jadi, saya tanya sekali lagi,
pernahkah anda rasa menyesal dalam hidup?

Dan sebenarnya,
ada ka perasaan menyesal bagi orang yang sentiasa bersyukur?






Oct 31, 2016




Perubahan.
Sampai satu ketika,
perubahan itu tetap perlu.
Walau sejauh mana kita mahu kekal,
'alam' akan tetap memaksa
untuk kita lakukan perubahan.

_______________________________

Al-kisahnya,
bateri iphone ni bermasalah,
caj 100%, tak sampai 5minit guna da turun 10%.
-.-

So mungkin ni petanda kena beli fon baru,
tapi ada beberapa faktor yang berlegar dalam otak buat aku tetap nak stay dengan fon ni.

Salah satunya,
if aku tukar fon,
no whatsapp pun kena tukar
sebab sekarang, aku masih guna no uk
as no whatsapp and if guna fon baru,
cemana nak dapat verification pin whatsapp if still nak guna no uk kan?
Dan aku takmau tukar no whatsapp tu
atas sebab tersendiri.

So end up,
aku takmau tukar fon
even bateri cam *****

Dan 'alam' akan terus 
memaksa diri
melakukan perubahan.

_______________________________

So salah 'alam' ataupun aku?

'Alam' memang itu sifatnya; tidak kekal; dunia.
Aku yang mahu menyifatkan 'alam' seperti sifat akhirat; kekal. Tidak mungkin!

Jangan terikat dengan yang tak kekal.
Jangan letakkan pengharapan pada yang tak pasti.

Berubahlah untuk kebaikan.












Oct 27, 2016




Muhasabah diri.
Diri ni hamba.

Tapi kekadang,
rasa macam diri buat sesuatu ibadah
dengan harapan permintaan dimakbulkan.
As if Allah mesti makbulkan sebagaimana diri ni nak;
sebagai bayaran dari ibadah diri ini.

Padahal siapa Tuhan?

Aku hamba, yang perlu beribadah sebagaimana Tuhan nak,
Atau Tuhan yang mesti bagi apa yang aku nak?

After all, ibadah tu untuk diri aku sendiri,
sebab Allah is self-sufficient.
He doesn't need us.

But
we need Him.



Sep 30, 2016




Terlampau fokus tentang sesuatu,
hingga pergantunganmu seolah di situ.

Seolah-olah kamu akan selamanya hidup;

Hidup di dunia,
Kebal dan
Takkan mati.

Wahan.

Penyakit wahan;
Cintakan dunia,
Takut akan mati.

Siapa Tuhan kamu?



Sep 17, 2016




لا إله إلا الله
"Tiada tuhan selain Allah."

إله iaitu Tuhan;
Maha agung yang kita sembah.

Setiap hari kita ucapkan
tiada tuhan selain Allah.

Tapi memang benar kita memaknai 
ucapan kita?
yang tiada tuhan lain selain Allah? 

Atau tanpa sedar, ada benda lain yang kita 'sembah' lebih agung dari Allah?

Internet.
Kerja.
Exam.
Harta.


Muhasabah.