Salahkah kalau aku nak tahu?
Salahkah untuk bertanya
perkara yang kita sendiri tak pasti tentangnya?
Tetapi ia melibatkan kita.
Hanya perlu terus diam.
Atau keluarkan soalan?
Untuk apa dan kemana?
Kita perlu tahu,
kerana itu tentang kita.
Masa hadapan kita.
Jangan kerana kita tak ambil kisah,
hidup merana, negara tergadai.
Jadi, salahkah aku?